Posts

Showing posts from January, 2012

Alhamdulillah - bapa sihat!

Syukur Alhamdulillah kerana bapa telah selamat dioperasi matanya pagi tadi di Hospital Alor Setar (hospital lama) Terima kasih banyak-banyak kepada semua anggota perubatan yang terlibat dalam pembedahan tersebut. Juga tidak dilupakan ucapan terima kasih kepada para jururawat dan pembantu hospital yang bertugas di Wad F1 hospital tersebut.

Teman Kehidupan Seharian Ku

Image
Dalam menjalani kehidupan seharian selain dari deretan buku-buku di dalam librari mini,aku juga ditemani oleh majalah-majallah yang turut mewarnai kehidupan ku.Inilah wajah 3 buah majallah yang begitu bermutu dan punyai sentuhan yang serasi dengan keperluan fizikal dan spiritual ummah.Semoga SOLUSI,ANIS dan Q&A akan tetap istiqamah dengan wadah yang sedia ada ini dan semakin dimantapkan dari masa ke semasa demi membendung lain-lain majallah yang bernafas jahiliah. Bila membaca catatan Sdr. Abu Hassan Morad di kolum Sekapur Sireh Seulas Bicara di dalam buku Destinasi Haji & Ummrah,terdetik rasa kesal dihati dengan situasi di negara ku ini.Rupanya majallah-majallah islamik sebegini terpaksa mengharungi berbagai sepak terajang birokrasi demi untuk kelangsungan hidup dan terus berada di pasaran menemui pembaca. Mungkin liku-liku yang dilalui itu seiras @ senada dengan yang dilalui oleh sekolah-sekolah agama rakyat yang terpaksa bergelut untuk terus hidup di sebuah Negara Islam in

Happy Birthday To Me!

Image

Aku tension! Aku stress nih!

Image
Pagi ini kesihatan ku terganggu lagi. Mungkin kesan dari gangguan tidur ku.Sememangnya sejak bulan November dan Disember lalu,aku sukar untuk mendapat tidur yang nyenyak.Seringkali aku terjaga tengah malam memikirkan besok akan ke mahkamah lagi kerana ada kes yang perlu diselesaikan dan kemudiannya di pejabat ada lagi urusan yang menanti untuk dibereskan. Sehinggalah suatu hari selepas selesai urusan di mahkamah semasa sedang memandu pulang ke pejabat aku diserang sakit kepala.Cukup menyakit kan seperti di palu dengan benda keras.Nasib baik aku masih mampu memandu dengan selamat.Singgah di sebuah kedai di pinggir jalan membeli panadol.Esoknya aku ke klinik membuat pemeriksaan tekanan darah ..... 155 / 105 Pagi ni aku demam tetapi ku gagahi juga ke pejabat kerana ada kerja yang perlu dibereskan sebelum aku bercuti rehat yang agak panjang.Cuti untuk release tension dan stress.Aku bercuti mengalahkan kaum Cina yang bercuti Tahun Baru Cina. Pagi ni dadaku terasa mengucuk-nyucuk bila bernaf

Dari Menara Alor Setar Bandaraya Alor Setar Kedah

Image

Restoren Berpusing D' Saji Menara Alor Setar Kedah

Image

15 Nasihat Luqman alHakim Kepada Anaknya

Hai anakku : ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam,banyak manusia yang karam ke dalamnya.Bila engkau ingin selamat,agar jangan karam,layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA,ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.Orang-orang yang sentiasa bersedia untuk menerima nasihat,maka dirinya akan sentiasa mendapat penjagaan dari Allah.Orang-orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain,dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari Allah juga. Hai anakku : orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada Allah,maka dia akan tawaduk kepada Allah,dia akan lebih dekat kepada Allah dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada Allah. Hai anakku : jika ibu bapa mu marah kepada mu kerana kesilapan yang dilakukan mu,maka marahnya ibu bapa mu itu adalah bagaikan baja bagi tanam-tanaman. Hai anakku : jauhkan darimu dari berhutang kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu si
Hai anakku : bukanlah satu kebaikan namanya bila mana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya.Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar,maka setelah banyak itu ia tidak mampu memikulnya,pada hal ia masih mahu menambahkannya
Hai anakku : bila engkau berteman,tempatkanlah diri mu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya.Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu dari mu.Jadikanlah diri mu dalam segala tingkah laku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya' yang akan mendatangkan cela pada diri mu. Hai anakku : janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hati mu selalu disusahkan oleh dunia saja kerana engkau diciptakan Allah bukan untuk dunia sahaja.Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya. Hai anakku : usahakanlah agar mulut mu jangan mengeluarkan kata-kata yang busuk dan kotor serta kasar kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri.Kalau berbicara,usahakanlah agar bicara mu mendatangkan manfaat bagi orang lain. Hai anakku : janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang melucukan,janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti,j
Hai anakku : engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat tetapi lebih berat lagi daripada semua itu,bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat. Hai anakku : janganlah engkau mengirimkan orang yang tidak cerdik sebagai utusan.Maka bila tidak ada orang yang cerdik,sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.Jauhilah bersifat dusta,sebab dusta itu mudah dilakukan,bagaikan memakan daging burung,pada hal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya. Hai anakku : bila engkau mempunyai dua pilihan,ziarah orang mati atau hadir majlis perkahwinan,pilihlah untuk menziarahi orang mati,sebab ianya akan mengingatkan mu kepada kampung akhirat,sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan diri mu kepada kesenangan duniawi sahaja. Janganlah engkau makan kenyang yang berlebihan,kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing asahaja. Hai anakku :

Sekadar luahan rasa hati ini .......

Image
Dewasa ini berbagai-bagai kerenah orang Melayu Islam yang seakan mahu menyekat atau memperlahankan usaha pihak yang lain yang mahu memarakkan syiar dan syariat Islam di tanah air kita ini.Sedangkan penentangan yang logiknya dilakukan oleh bangsa lain tidak pula berlaku. Sesekali fikir apakah irama sejarah silam kembali berulang.Jika dahulu usaha Nabi Muhammad saw mahu mengembangkan ugama Islam ditentang oleh bangsa Beliau sendiri di bumi Mekah dan kini apakah sebegitu juga di Malaysia.Usaha pihak tertentu untuk menyemarakkan syiar dan syariat Islam ditentang hebat oleh bangsa yang berugama sama. Apa yang ada dilingkungan kita semuanya sama - Allah swt yang sama,Rasulullah saw yang sama,bangsa Melayu yang sama,bahasa Malaysia yang sama hatta susur galur asal usul dan warna darah pun sama - cuma yang berbeza hanyalah warna dan logo bendera.Kibaran sehelai kain itu telah berjaya memporakperandakan bangsa kita dan memecahbelahkan ukhuwah islamiah kita. Sedih memikirkan ... jika engkau gaga

Azam Haji Zulkipeli bin Salleh Tahun 2012M / 1433H

Image
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

HARI NI .... AKU YANG BARU!

Image
Dah pun bermula tahun baru 2012 - ertinya termasuk hari ini aku hanya 22 hari lagi berbaki usia 50 tahun ku.23 Januari,2012 nanti usiaku akan melewati angka 51 tahun (telah separuh abad aku dilahirkan dan hidup di alam fana ini) Andai dihitung kaedah tahun Hijriah pula - pada 8 Syaaban 1433 nanti,usia ku adalah 53 tahun.Hari Isnin 23 Januari 1961M adalah bersamaan dengan 8 Syaaban 1380H. Andai dirujuk kira usia wafat Rasulullah s.a.w. iaitu 63 tahun dan Baginda pernah bersabda jangka masa usia umat Baginda adalah disekitar usia Baginda itu.Ertinya anggaran kasar aku hanya (Insha Allah!) punyai jangka hayat 10 tahun sahaja lagi untuk membuat recovery untuk semua lagha yang telah mengisi ruang kehidupan ku separuh abad yang lalu - Allahu Rabbi! mampukah aku lakukan semua itu dengan ilmu dan iman yang lebih tipis dari kulit bawang ini. Apakah tahap iman dan nilai diri ku ini akan tetap sama bila menjangkau usia 51 @ 53 dan ke atas ini dengan usia 50 @ 52 tahun dan ke bawah dahulu ??? Apak