Posts

Showing posts from September, 2010

Sedekah

Diceritakan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Turmudzi dan Ahmad, seperti berikut: Tatkala Allah Ta'ala menciptakan bumi, maka bumi pun bergetar. Lalu Allah menciptakan gunung dengan kekuatan yang telah diberikan kepadanya, ternyata bumi pun terdiam. Para malaikat kehairanan akan penciptaan gunung tersebut. Kemudian mereka bertanya "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada gunung." Allah menjawab, "Ada, iaitu besi" (kita mafhum bahawa gunung batu pun boleh menjadi rata ketika dikorek/bore dan diratakan oleh buldozer atau sejenisnya yang dibuat dari besi). Para malaikat bertanya lagi "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada besi ?" Allah yang Maha Suci menjawab, " Ada, iaitu api" (besi walau sekeras manapun boleh menjadi cair dan hancur setelah dibakar api). Para malaikat kembali bertanya "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada api ?" Al

Pekeliling Perkhidmatan Bil 4 / 1984

____________ PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 4 TAHUN 1984 ____________ PERATURAN MENGENAI KELAYAKAN CUTI HAJI DI BAWAH PERINTAH-PERINTAH AM 34 DAN 35, BAB "C" Tujuan Tujuan Pekeliling Perkhidmatan ini ialah bagi melaksanakan keputusan Kerajaan untuk meminda peraturan mengenai kemudahan Cuti Haji bagi membolehkan seseorang pegawai yang berugama Islam, termasuk guru-guru, yang berkhidmat kurang daripada 10 tahun perkhidmatan mendapatkan kemudahan Cuti Haji bergaji penuh untuk menunaikan fardhu haji sekali di sepanjang tempoh perkhidmatannya. Kelayakan Cuti Haji 2. Kerajaan telah bersetuju supaya peraturan-peraturan berikut dipakai berhubung dengan Cuti Haji bagi membolehkan pegawai Kerajaan yang berugama Islam, termasuk guru-guru, mengambil cuti bergaji penuh bagi maksud menunaikan fardhu haji di Mekah. Peraturan-peraturan berkenaan adalah seperti berikut: (i) Ketua Jabatan boleh meluluskan Cuti Haji bergaji penuh selama 40 hari termasuk cuti hujung minggu dan hari kelepasan am ke

Meraih Hidayah Ilahi,Alhamdulillah!

Image
Rasanya sudah ramai yang tahu tentang kesusahan lampau saya kerana banyak majalah menyiarkan cerita itu. Niat saya tiada lain, hanya mahu menjadi pencetus semangat untuk wanita di luar sana. Biar mereka tahu, sebagai manusia jangan terlalu mengharapkan orang lain untuk berjaya dalam hidup. Saya pernah jadi penoreh getah, sambil-sambil itu melakukan bermacam-macam kerja kampung untuk menampung hidup. Malah pernah juga cuba berniaga kedai runcit, menyertai MLM dan bekerja kilang. Apabila berjaya dengan perniagaan Sendayu Tinggi, saya mula sedar manusia perlu ada tiga sifat jika mahu berjaya. Pertama, mereka mesti mengorak langkah untuk memulakan perkara kecil dalam diri. Kemudian, jangan pernah berkata tidak sebelum mencuba kerana tiada apa yang mustahil. Ketiga, jangan suka menyalahkan orang lain. Nilai sepuluh sen Bila sudah berjaya mengumpul kekayaan, tiap-tiap tahun saya pergi umrah. Ada banyak peristiwa yang dialami di tanah suci namun ada satu pengalaman yang paling menarik. Ia ber

Esok Masih Ada ???

Talqin dibacakan oleh arwah M.Rajoli dalam filem Esok Masih Ada (1982) Andainya,tiada lagi hari esok dan hari ini adalah yang terakhir dalam kehidupan kita Apakah kita telah punyai bekalan yang mencukupi untuk merentasi satu perjalanan yang teramat jauh dan tragis itu nanti ???

macam orang bercinta la plak!

seminggu sebelum raya dan sehingga hari ni pun aku dah jadi macam orang tengah bercinta jerr.Asyik tertunggu-tunggu kedatangan posman....bila la nak mai! Hari ahad start kerja semula setelah bercuti raya,tengahari rasa tak sabar nak balik tengok kotak surat kat rumah ... ada tak lagi surat yang ditunggu-tunggu tu! Bukannya surat dari kekasih hati yang ditunggu nanti tu tapi surat dari Lembaga Tabung Haji.Mengikut kata pegawai kat pejabat tabung haji minggu akhir bulan puasa tu jemaah-jemaah haji yang terpilih untuk mengerjakan ferdhu haji tahun ni akan mula menerima surat pemberitahuan tarikh penerbangan masing-masing. Itu yang suspen tu,yang dok tunggu-tunggu surat Tabung Haji tu sebab tarikh penerbangan pertama ialah 9 Oktober,2010.Tarikh untuk aku dan isteri bila plak??? Suspen! Suspen!

Fikir-fikirkan....Renung-renungkan!

Image
Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya ''Jangan berbangga dengan Calvin Klien & Armani Exchangeanda kerana…. pakaian terakhir anda adalah Kain Kafan…& perfume anda adalah kapur barus.. '' Jangan berbangga dengan BMW & Caldina GTfour anda kerana…. kenderaan terakhir anda adalah Keranda yang akan diusung… '' Jangan berbangga dengan banglo dan condo anda kerana…. tempat istirehat anda yang terakhir adalah Kubur.. '' Jangan berbangga dengan kehenseman atau kecantikan anda kerana….. akhirnya hanya menjadi santapan si Cacing dan Serangga.... "

Puasa Enam Di Bulan Syawal - Jom Segerakan!

Persoalan Agama: Puasa enam seelok-elok disegerakan 2010/09/12 SAYA ingin tahu mengenai puasa enam pada Syawal ini. Apakah ia sebaik-baiknya dilakukan pada awal atau hujung Syawal? Bolehkah ustaz jelaskan pahala yang terkandung di dalam puasa enam ini? Hamba Allah, Serdang, Selangor. ALLAH SWT berfirman dalam surah al-Maaidah ayat 48 yang bermaksud: “Maka berlumba-lumbalah membuat kebajikan.” Imam Ibnu Kathir pula menyebut dalam tafsirnya: “Pada ayat itu Allah SWT menganjurkan agar bersegera dan berlumba-lumba dalam membuat kebajikan.” Ayat itu sudah menjelaskan kita sepatutnya menyegerakan puasa enam kerana melambat-lambatkan boleh membawa pelbagai masalah. Ini adalah pandangan Imam al-Syafie dan Hambali tetapi dibolehkan kita menyempurnakannya sehingga pertengahan atau akhir bulan. Satu hadis riwayat Muslim daripada Abu Ayyub, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang puasa pada Ramadan kemudian diikutinya dengan puasa enam hari pada Syawal, maka ia seperti puasa sepanj

Bertaut Kasih Bercantum Saudara Di Aidil Fitri

Image
Aidil Fitri 1431 ini pasti suatu hari yang begitu menggembirakan hati ibu ku kerana dikunjungi oleh saudara maranya (saudara mara aku juga ler) yang berlainan sebapa tetapi berlainan ibu dari Kampung Banggul Enggok,Baling pada hari raya kedua. Alhamdulillah berpadu semula jalinan kekeluargaan yang telah lama tidak bertemu setelah generasi pertama keluarga telah meninggal pun dunia.Pada hari raya ketiga (petang tadi) pula setelah berhari raya di rumah bapa saudara ku di Kampung Banggul Berangan,aku membawa pula ibu dan keluarga berkunjung balas berhari raya pula ke rumah mereka.

Menjenguk Alam Barzah

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1431H/2010M

Image
Sempena hari yang mulia ini saya menyusun jari memohon ampun dan maaf kepada semua sahabat rakan yang mengenali saya dan juga sesiapa saja yang pernah berurusan dengan saya disepanjang masa perkhidmatan saya sebagai anggota jabatan kesihatan.Pohon juga dihalalkan segala makan minum saya semasa bersama kalian Saya juga telah memaafkan semua salah silap kalian dan menghalalkan makan minum kalian.Semoga bermulanya Aidil Fitri ini hubungan silaturrahim kita akan lebih utuh atas niat hubungan baik sesama ummah Islam.Insha Allah!

Dajal Akan Menguasai Dunia Ketika Tasik Galilie Kering

Image
Kenapa kita perlu meninjau kepada paras air di Tasik atau laut Galilee?. Apa istimewanya Laut ini kepada kita orang Islam? Saya cuba mendapatkan beberapa pandangan dari beberapa sumber yang saya kira boleh dikongsi untuk kebaikan kita semua. Yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu dari kelemahan penulis ini sendiri. Insya Allah. Tasik Galilee ini juga dipanggil "Lake of Gennesaret". Juga ada yang memanggil "Lake Kinneret" dan ada yang menyebut "Sea of Tiberias". Ia terletak berdekatan dengan Bukit Golan. Ia merupakan tasik air tawar terbesar di Timur Tengah, dan memiliki ukur lilit sepanjang kira-kira 53 km (33 batu), kira-kira 21 km (13 batu) panjang, dan 13 km (8 batu) lebar. Tasik ini memiliki keluasan sebanyak 166 km², dan kedalaman maksima kira-kira 43 m (141 kaki). Pada kedalaman 209 meter di bawah paras laut, menjadikan tasik air tawar ini adalah yang kedua terendah di muka Bumi. Laut Mati adalah sebuah tasik air masin yang pertama te

Panji Panji Hitam Dari Timur

Hadis pertama menyebut panji panji hitam dari arah timur dahulu hadith kedua barulah menyebut dari arah khurasan....khurasan tu adalah tempat pertemuan sebenarnya..setelah panji panji hitam dari sebelah timur bertemu di khurasan barulah mereka bergerak dari khurasan itu.. maknanya "panji panji hitam" itu maknanya bukan dari satu pasukan atau satu negara tapi "panji panji" itu sendiri sudah melambangkan berbilang pasukan dari berbilang negara yg akan berkumpul dan bercantum di khurasan.. hadis-hadis Rasullulah tentang Panji-panji Hitam Dari Timur. 1. Sabda Nabi SAW: Al-Mahdi akan datang setelah muncul Panji-panji Hitam dari sebelah Timur yang mana pasukan itu selalu tidak pernah kalah dengan pasukan mana pun. (Ibnu Majah) 2. Sabda Nabi SAW: Orang ramai daripada Timur akan muncul, kemudian menyerahkan kekuasaannya kepada al-Mahdi. 3. Sabda Nabi SAW: Panji-panji Hitam akan keluar dari Khurasan (Setelah Pemuda Bani Tamim bertemu al-Haris Harras dan pada masa itu juga ka

Solat Jenazah

Kiamat Semakin Dekat / Kun Fayakun!

Dimanakah TAUBAT ku ??? Astaghafirullahilazim .....!

Berhati-hati di jalan raya!

Raya dah dekat.Cuma 5 hari saja lagi.Jalan raya,lebuhraya pun dah mula jamm.Di Bandara Raya Alor Setaq tu tok sah cakap laa.Nak parking cukup susah.Dah la tempat parking sediada pun tak banyak mai dekat raya tempat parking tu pulak depa buat tapak gerai meniaga.Ish ish ish siksa ... siksa! Pada yang nak balik beraya tu.Pesanan utama : hati-hati memandu noo Jangan laa dok pikiaq Ops Sikap saja tapi peringat diri sendiri - jangan plak hari raya kengkawan sedara mara mai beraya tup tup kena baca tahlil plak! Lebih kena berhati-hati ialah hangpa yang drive kereta nasional tu!

Doa Ashabul Kahfi

Image
"Wahai Tuhan Kami! Mudahkanlah bagi kami mendapat rahmat,pertunjuk dan mendapat keredhaan Mu di dalam semua urusan kami,iaitu pertunjuk untuk berbuat ketaatan dan bebas mengamalkan ibadah kepada Mu,serta kurniakanlah keampunan dan keselamatan daripada bahaya musuh yang mengancam kami" - doa Ashabul Kahfi -