Posts

Showing posts from November, 2009
Image
We should give meaning to life, not wait for life to give us meaning

bila raya hari jumaat !!!

Syukurlah kerana Hari Raya Aidil Adha dapat disambut dalam corak suasana alam yang cerah.Tak ada tanda-tanda redup hujan nak turun seperti hari-hari yang sebelumnya,so dapatlah leluasa berziarah beraya. Jam 9.00 di Masjid Al-Lutphi Pondok Hampar,khutbah bermula. Intisari khutbah berkisar dengan kisah pengorbanan Nabi Allah Ibrahim a.s. dan Nabi Allah Ismail a.s. yang tersohor dalam sejarah Islam dan penghayatan `konsep korban' itu dalam kontek kehidupan umat manusia masa kini. Sebenarnya selain dari korban sembelihan,ada banyak lagi `korban' yang perlu kita lakukan dalam usaha kita mengangkat diri dari status muslim ke status mukmin.(Setiap orang mukmin adalah muslim tetapi orang muslim belum tentu mukmin).Korban wang ringgit dalam bentuk sedekah jariah,derma atau sumbangan kepada masjid,anak-anak yatim dll. golongan yang berkeperluan.Korban masa yang ada supaya boleh menghadirkan diri di masjid atau surau untuk solat berjemaah dan lain-lain program keugamaan yang diadakan. Kit

selamat hari raya aidil adha 1430

Image
Salam ingatan manis khas buat anda semua pelawat blog ini Selamat Hari Raya Aidil Adha,Maaf Zahir & Batin Blog Pilihan : 1. http://manzlie-makkah.blogspot.com/ 2. http://rezeki-suatucatatanperjalanan.blogspot.com/ 3. http://hjarshad.blogspot.com/ 4. http://www.na5wa.com/2009/11/siri-kembara-6-sahabat-ke-arafah-episod.html 5. http://ummihumaira.blogspot.com/

hari ini 1420 tahun yang lalu.....khutbah wida !!!

* perbezaan waktu antara Malaysia & Mekah : di Malaysia 5 jam lebih awal (terdahulu) dari di Mekah* السَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ Tarikh : 9 Zulhijjah Tahun 10H (1420 tahun yang lalu) Masa : Antara waktu Zohor dan Asar Tempat : Lembah Uranah,Bukit Arafat,Makkatul Mukarramah Ketika itu Rasulullah SAW mengerjakan ibadah hajinya yang terakhir, Baginda telah menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin,yang dikenali sebagai Khutbah Wida' atau Khutbah Perpisahan.Di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah SAW itu ialah: “Wahai manusia,dengarlah baik-baik apa yang hendak aku katakan.Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini. Wahai manusia,sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikanlah harta y

semoga sukses semua calun SPM di Pendang

kalau hangpa sangkut,tang mana hangpa nak ambik paper Julai tu ???

jom bermain angka-angka kehidupan

Waktu kerja di jabatan kerajaan 8.00 am - 1.00 pm = 5 jam 2.00 pm - 5.00 pm = 3 jam Hari Isnin,Selasa,Rabu & Khamis camtu so, 8 jam x 4 = 32 jam ......(i) Hari Ahad plak, 8.00 am - 12.15 pm = 4 jam 15 min 2.45 pm - 5.00 pm = 2 jam 15 min so jumlahnya = 6 jam 30 min ..... (ii) Jumlah jam kerja dalam seminggu (i) + (ii) = 38.5 jam..(iv) Katakanlah gaji bulanan + elaun2 = RM3719.74 ....(v) so gaji mingguan = (v) / 4 = RM929.94....(vi) Nilai sejam masa kerja = (vi) / (iv) = RM24.15...(vii) Nilai seminit masa kerja = (vii) / 60 = RM0.40 Let say,kita dok sembang-sembang kosong @ tak buat kerja la selama 30 minit maknanya kita dah makan gaji buta sebanyak RM12+ dan nilai itu dari gaji bulanan yang kita terima pada hujung bulan nanti akan kita gunakan untuk menyara hidup kita dan anak isteri kita. Lalu kita sekeluarga pun membesar bersama-sama dengan sumber rezeki yang bercampur-campur antara halal dan haram.Lalu sukarlah untuk kita memperoleh keberkatan dan kebahagiaan dalam kehidupan ini

anak-anak AlWadi,aku rindukan kalian !!!

Masih lagi awal pagi.Baru jer jam 4.00 pagi aku dah pun terbangun. Sukar nak memejamkan mata semula.Plan nak tidur lama skit (sebab hari ni ngan esok cuti) tak menjadi juga.Lantas bangun masuk bilik study dan on pc.Kadang-kadang tu on pc pun semata-mata nak dengar radio jerr Entah mengapa hati ini teringatkan anak-anak AlWadi .Dah agak lama aku tak ke sana.Pasti sebab itu aku rindukan mereka.Aku mesti ke sana juga dalam waktu yang terdekat ini,sekurang-kurangnya sebelum 2009 ini berakhir,Insha Allah! Hanya tinggal lebih kurang 37 hari saja lagi tahun 2009 ini - bagaimana dengan azam tahun baru ku yang dipateri semasa penghujung tahun 2008 dulu ??? Menilai diri sebagai seorang anak,sebagai seorang suami,sebagai seorang abah,sebagai seorang anggota masyarakat,sebagai seorang anggota jabatan kerajaan dan yang paling paling paling penting aku sebagai seorang hamba Allah SWT yang tugas utamanya di dunia ini ialah :(Surah Adz Dzariayat : 56) "Tidak Aku ciptakan jin dan manusia kecuali m

foto yang menarik ... fikir-fikirkan !!!

Image
MB ke ni...? makan nasi bungkus harga RM2 tepi jalan je.mana pi bodyguard2 nya.tak kan duduk atas kerusi plastik je.Tak kan berlauk kan seketul ayam goreng je..Nasi bungkus dibungkus dengan surat khabar cina je..Betul ke ini seorang MB Gempar : PAS sudah ada kapal terbang sendiri?

sedih dengan pergolakan dalam PAS

Sebagai seorang insan berbangsa Melayu dan berugama Islam aku merasa amat sedih dengan pergolakan yang sedang melanda Parti PAS mutakhir ini. Satu demi satu badai melanda.Biar pun katanya dapat diselesaikan dengan baik namun pastinya ada kesan negatifnya kepada orang awam.Kepada yang fanatik pasti tak akan berubah kejap duduk bersilanya tapi kepada yang hanya duduk di atas pagar pasti akan merasa bosan dan lenguh lalu terjun ke bawah.Untunglah kalau terjunnya ke arah kita tetapi bagaimana kalau ke arah sana.Arah yang menjanjikan kemewahan duniawi tak dinafikan akan tergugat juga iman. Teringat satu ceramah oleh Ustaz Kazim Elias Al-Hafiz yang antara lain komennya - suatu ketika dulu PAS lantang memperjuangkan HUDUD tetapi setelah menjadi rakan dalam Pakatan Rakyat kini nada HUDUD dah tak selantang dulu kerana nak `menjaga hati' rakan-rakan lain.Kalau dulu kemenangan dalam pilihan raya totally kerana takdir Allah SWT tetapi kini beranggapan kejayaan itu dicapai kerana bantuan rakan-

10 Hari Pertama Zulhijjah

Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda, Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan seperti hari-hari ini – iaitu 10 hari Zulhijjah. Para sahabat baginda bertanya, Tidak juga Jihad pada jalan Allah (boleh menyaingi kelebihan hari-hari tersebut)? Ujar Baginda, Tidak juga (termasuk) berjihad pada jalan Allah kecuali bagi seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun. Imam Ahmad r.a. dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari 10 Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah). Ibnu Hibban di dam kitab Sahihnya meriwayatkan dari Jabir r.a. bahawa baginda s.a.w bersabda, “Seutama-utama hari adalah hari Arafah”. Amalan yang dianjurkan padanya 1. Menunaikan ibadah haji dan umrah yang merupaka

aku berhenti berharap !!!

Image
Teman Buat kesekian kalinya ku sapa diri mu Buat kesekian kalinya ku ketuk pintu hati mu Buat kesekian kalinya ku rayu belas simpati mu Maafkan segala salah silap ku,halalkan segala makan minum ku. Nyatanya pintu hati mu terkunci rapat Diselak kuat Dirantai erat Dan tiada ruang lagi untuk aku mendekat Andai maaf mu terlalu mahal Andai ampun mu terlalu agung Andai terhakis sudah simpati di hati Aku tak akan mengemis lagi Sedang usia semakin menginjak senja Diri ini dah tak mampu bertahan lama Detik ini ku gumpal sisa-sisa semangat Lalu aku BERHENTI BERHARAP. Selamat tinggal semalam dan kenangan Hari ini ku gendong semula semua impian Aku mahu melangkah gagah dan jitu Memahat jejak-jejak iman dan ilmu Menjana indah AKU YANG BARU Wassalam! * catatan 3.20 pm 20 November,2009

nota @ 4.17 am 10/7/1997

Image
HARI INI 1. HARI INI aku bersukur kepada Allah S.W.T. kerana aku masih lagi hidup di atas kehendakNya.Maka dengan itu,hari ini adalah sebaik-baik hari untukku.Akan aku gunakan dan mempertanggungjawab kan dengan sepenuhnya untuk hari ini. 2. HARI INI aku berazam untuk menghadapi hidup ini dengan rasa penuh bersemangat dan dedikasi,tabah,penuh berminat dan lebih berwarna lagi.Aku ingin menceburkan nasib untuk menjulang impian, menegakkan cita - cita dan aku akan sentiasa bersedia untuk bangun dan jatuh sekali pun. 3. HARI INI aku berjuang dan berdikari di atas keupayaan dan kemampuan yang tersedia ada dalam diriku.Aku percaya akan kuasa yang sedia ada dalam diri manusia yang dicipta oleh Tuhan Yang Maha Esa.Aku yakin terhadap diriku,kebolehanku,bakatku,ilmu pengetahuan dan juga pengalaman-pengalaman yang lebih menja minkan diri ini untuk hari-hari yang mendatang. 4. HARI INI aku akui bahawa apa yang akan terjadi terhadap diriku di masa masa mendatang adalah bergantung kepada bagaimana s

tanda-tanda kiamat

mengapa gagal ???

Image
Hanya ada 2 pilihan sahaja di dalam arah masa depan kehidupan ini.BERJAYA atau GAGAL.Kita bebas untuk memilih samada mahu berjaya atau mahu gagal.Masing-masing ada yang perlu dibuat @ dilakukan supaya kejayaan atau kegagalan itu dapat dicapai. Minda insan yang sihat pastinya mahukan kejayaan dan melontar-lontar jauh-jauh kalimah kegagalan.Semahunya apa sahaja yang dilakukan akan berakhir dengan kejayaan.Plan of action akan segera dirangka dan map of success terlakar kemas di atas kertas.Bermula dari A sebagai langkah yang pertama dan Z di akhirnya pastilah yang bernama `kejayaan' Namun sekemas mana pun perancangan,serapi mana pun peta minda tidak ada bermakna jika tidak ada tindakan.Jika kaki tidak dihayun ke hadapan,kita akan tetap statik di titik yang sama.Ilmu dan amal (teori dan praktikal) adalah gandingan yang amat merbahaya jika dipisahkan. Sabda Rasulullah s.a.w,diriwayatkan menerusi Syaddad bin Aus r.a. "Orang yang cerdik ialah orang yang sentiasa memuhasabah diri send

wasiat berguna buat para pejuang

Image

musim sibuk mai dah !!!

Image
Nampaknya musim `sibuk' yang acap melanda di setiap akhir tahun dan awal tahun telah bermula.Bahangnya mula terasa bila jadual perancangan aktiviti mula padat.Kotak-kotak hari yang kosong di dalam planner pun dah semakin kurang. 4.11.2009 hingga 6.11.2009 aku menghadiri Kursus Tatacara Mahkamah,Pendakwaan dan Perbicaraan di Safira Country Club,Seberang Jaya,Pulau Pinang.Info-info yang dikongsi bersama oleh Timbalan Pendakwa Raya Negeri Kedah Darul Aman,Tuan Ahmad Zakhi Mohd Daud dan Tuan Majistret Zulhazmi Abdullah dari Mahkamah Majistret Alor Setar,Kedah amat bermanfaat bagi aku dan lain-lain rakan setugas dalam usaha nak memantapkan lagi kualiti kerja seharian di pejabat. Tuan Ahmad Zhaki sedang melayan soalan-soalan peserta kursus Selesai kursus dan check-out di Safira Country Club,Seberang Jaya aku kena check-in di Cinta Sayang Golf Country Club di Sungai Petani pula untuk menghadiri Mesyuarat Pelan Tindakan 2009. Hmmm burn laa cuti hujung minggu ku. Minggu-minggu depan pun dah

malam purnama zulkaedah 1430

Image
bulan purnama - aku mencuba Nikon Coolpix P90 Ternyata aku perlukan sebuah tripod ... kosnya berapa ek??? jalan di depan rumah ku ....... dan akhirnya bulan pun kesiangan !!!
Perjalanan ini masih jauh jejak matlamatnya Masa pun semakin suntuk baki yang ada Mampukah aku memecut sederas kuda lumba Sedangkan kudrat semakin dimamah usia Jika aku masih bertatih begini Jika aku masih leka menang sendiri Jika aku masih degil mahu muhasabah diri Jika aku masih teruskan semalam ke hari ini ..... pasti hajat ku terkubur mati !!! Aku mesti bangun segera Aku wajib bangun semula Menggenggam niat,iman dan takwa Amal ku menapak ke daerah redha Nya. Jika hari ini senyum ku tak selebar semalam Jika hari ini tawa ku tak sedekah semalam Jika hari ini aku pamit untuk bersendirian Maafkan aku teman-teman Detik ini aku teramat kalut Antara harap dan takut Menebar luas hamparan TAUBAT Melarik menganyam kalimah SYAHADAT Semoga aku masih SEMPAT Amin !!! 7.30 pm 15 Zulkaedah 1430 @ 2/11/2009 Masjid Sultanah Bahiyah Jalan Sultanah,Alor Setar,NKDA. Nota Kenangan : Selesai solat maghrib,terpaksa berkaki ayam ke kereta (nasib baik parking kereta dekat jerr ngan masjid).Pinjam pakai kasu