Posts

Showing posts from July, 2011

Kerjaya Jadi Ibadah Jika Ikut Islam

Image
SEGELINTIR masyarakat tidak memahami pekerjaan seharian dinilai sebagai ibadah apabila memenuhi garis panduan ditentukan syariat. Malah di situlah letaknya nilai keunikan Islam sebagai cara hidup jika difahami dengan teliti. Pernyataan ini sekali gus menafikan pandangan serong yang cuba memisahkan agama dengan kehidupan kerana setiap gerak geri dan tindak tanduk umat Islam dinilai baik ataupun buruknya. Matlamat akhir sesuatu pekerjaan dilakukan mestilah bertujuan memperoleh keredaan Allah. Justeru, beberapa perkara perlu diperhalusi bagi mencapai maksud dan tujuan mulia itu antaranya, niat ikhlas ketika bekerja kerana tidak dinafikan setiap orang pasti mengharapkan balasan bersifat duniawi seperti gaji dan ganjaran lain terhadap kerja yang dilakukan. Saranan Baginda Nabi Muhammad SAW supaya pekerja dibayar upah sebelum kering peluhnya menunjukkan bagaimana Islam sangat mengambil berat persoalan ini. Lebih daripada itu, niat ikhlas ketika bekerja boleh diterjemahkan dengan tidak curi t

Pengurusan Masa @ Usia @ Nyawa

Image
Pantasnya detik demi detik masa berlalu datang dan pergi,tapi aku masih tetap begini,masih leka dan panjang angan-angan sedangkan jatah usia semakin memendek dan kematian bila-bila saja.... betapa terpedayanya aku dengan dunia! Aduhai masa @ nyawa - Sesungguhnya aku ni kekal merugi dan menganiayai diri sendiri. Ayuh! bangunlah aku .... berdiri - bertatih - jom berlari! Pantas kerana masa semakin singkat! ..... TERUS BERGERAKKKKKKKKKKKKK ............. CARILAH KEREDHAAN ALLAH SWT. Sabda Rasulullah SAW "Adalah dikira sebagai tanda berpalingnya Allah Taala dari seseorang hamba apabila ia selalu mengerjakan perkara yang tidak berfaedah.Dan seandainya ada satu saat sahaja daripada umurnya yang telah digunakannya pada barang yang bukan merupakan tujuan hidupnya (iaitu beribadat kepada kepada Allah)maka layaklah bahawa akan panjang penyesalannya (pada hari kiamat nanti dan siapa yang umurnya lebih daripada 40 tahun sedangkan kebaikannya masih belum dapat melebihi kejahatannya maka layakla

Tazkirah Jumaat Ini

Image

Blog Yang Paling Saya Suka

Boleh dikatakan tiap-tiap malam saya akan kunjunginya dan entri-entrinya menjadi pelampias rindu saya kepada kedua-dua Tanah Haram tersebut Makkatul Mukarramah http://manzlie-makkah.blogspot.com/ Madinatul Munawwarah http://msaadhamid.blogspot.com/ Semoga usaha dan niat ikhlas kedua-dua blogger ini diberkati Allah SWT dan beroleh ganjaran pahala yang setimpal. Alhamdulillah!

Aku Mensyukuri Nikmat Mu,Ya Allah!

Image
Photo kenangan famili ku yang asasnya dibina pada 27.12.1986 dan kini menjangkau usia 25 tahun.Penyeri kehidupan ku bersama isteri kesayangan - 2 putera (Muhammad Shafiq Ashraf & Muhammad Nabil Farhaan) dan 3 puteri (Ummi Faridatul Akmar,Ummi Fatin Izzati & Ummi Farah Aqilah) Mama - Abah loves u so much & thanks for everything! Putera Puteri ku - abah tak mampu menyediakan kehidupan sosial yang mewah buat kalian namun abah berjanji akan menyediakan kemudahan yang sewajarnya untuk kalian menimba ilmu pengetahun dunia dan akhirat,Insha Allah! Ya Allah Ya Tuhanku - aku bersyukur di atas semua nikmat Mu,Alhamdulillah! Nikmat menjadi tetamu Mu,Ya Allah sehingga kini tetap meruntun rasa sebak ku - betapa agung kasih Mu alKhalik kepada hamba Mu yang hina ini.Aku ingin ke sana lagi - perkenankanlah Ya Allah!

Lawak Berita Radio Malaysia

Petang tadi ketika sedang menunggu anak keluar dari sekolah aku onkan radio kereta.Kebetulan ketika itu satu stesyen radio kat Malaysia ni sedang menyampaikan berita.Aku layan jerr antara peduli dengan tidak. Tiba-tiba aku rasa nak tersedak.....Suara pembaca berita itu menyatakan beberapa orang tokoh akademik tidak bersetuju dengan cadangan untuk menyerapkan NGO ke dalam SPR kerana NGO itu pasti akan mempunyai agenda lain dan ini akan menganggu SPR yang telus dan bebas itu. Pada firasat aku dalam kotak fikiran tokoh-tokoh akademik tu tentu berfikir "cakap jerr camtu rakyat marhaen bukannya tahu pun hal yang sebenar" dan rakyat marhaen yang mendengar cakap mereka tu (macam aku ni) tentu berfikir "macam mana la depa ni boleh jadi tokoh akedamik hal yang sebenar camtu pun depa tak tau" ahak! ahak! lawak berita kat radio tu!

MATI - antara Hablummin Allah Hablumminannas

Image
Pagi ni minda ku diasak dengan persoalan MATI @ saat kematian ku. Mati pemutus kelazatan.Mati merupakan perpindahan dari alam kepura-puraan ke alam realiti dan mati juga permulaan tempoh masa penyesalan. Sijahil akan menyesal kerana semasa hidupnya tidak bertakwa dan si alim pun juga menyesal kenapa cuma di tahap itu sahaja takwanya. Mahu berbalik semula ke dunia adalah mustahil lalu penyesalan itu akan berlarutan hinggalah ke final ending iaitu samada syurga atau neraka. Mengapa tiba-tiba saja persoalan ini menghunjam datang dengan begitu mendebarkan - apakah ketika ini Malaikat Maut telah datang menziarahi ku? Bukankah telah Rasulullah SAW berpesan bahawa Malaikat Maut akan datang menziarahi kita setiap 27 minit. Persoalan takwa adalah persoalan hablummin Allah Bila diri telah berpisah roh dan jasad lalu jasad dimandi,dikafan dan di kebumikan.Ketika itulah saudara mara,sahat handai dan kenalan akan datang berziarah buat kali yang terakhir. Mungkin ramai mungkin sedikit tergantunglah

Doa Malam Nisfu Syaaban

Image
Dengan nama Allah,yang Maha Pengasih dan Penyayang.Segala puji bagi Allah,Tuhan yang memiliki alam dan selawat dan salam atas semulia-mulia Rasul-Rasul,junjungan kami Muhammad dan atas keluarga dan sahabat beliau sekeliannya. Ya Allah Tuhan yang membangkitkan dan tak ada yang sanggup membangkitkan akan dia,Ya Tuhan yang Maha Mulia dan Maha Agung,dan Ya Tuhan yang Maha Pemurah memberi nikmat-nikmat.Tidak ada Tuhan yang lain melainkan Engkau yang menolong orang-orang yang memohon pertolongan dan melindungi orang-orang dari hal-hal yang dibimbangkan dan ditakuti. Ya Allah andainya telah ditakdirkan disisi Mu akan daku dalam kitan Azali,bahawa aku celaka atau sedikit rezeki,terusir dan diharamkan akan daku maka hapuskanlah (apa-apa tercatit/tertulis pada Azali itu) dengan kemurahan Mu akan kecelakaan dan sedikit rezeki dan terusirlah akan kurang rezeki ku itu dan tetapkanlah disisi Mu dalam Azali itu(tukarkanlah akan keadaan di Azali ku itu) dengan berbahagia lagi beroleh rezeki yang dipe

Istiwa A’zam – Kedudukan Matahari Tepat di atas Ka’bah

Image
Arah Qiblat boleh disemak dengan tepat ketika Istiwa A'zam Penentuan arah qiblat yang tepat sangat penting kerana ia merupakan antara syarat sah solat samada solat fardhu atau sunnat. Jadi ummat ISLAM mesti memastikan kedudukan arah qiblatnya tepat mengadap Ka’bah. Alhamdulillah, setiap tahun ada 2 waktu yang telah ALLAH subhanahu wata’ala tentukan kedudukan matahari betul-betul tepat di atas Ka’bah. Fenomena ini dipanggil Istiwa A’zam (Istiwa Utama). Alhamdulillah, dengan ketentuan ALLAH ‘Azza wa Jalla ini, membolehkan ummat ISLAM di seluruh muka bumi sejak dahulu hingga hari kiamat memeriksa dan menyemak arah qiblat dengan mudah dan tepat. SubhanALLAH… Mudah-mudahan perkongsian ini bisa memberikan manfaat buat tuan/puan yang mahu mengambil manfaat. Sebarkan, InsyaALLAH… WAllahu Ta’ala A’lam. Shahmuzir Nordzahir - http://www.muzir.wordpress.com/

Menumang Tekad & Azam di Nisfu Syaaban 1432H

Image
Masa yang lepas tak akan kembali lagi.Menangis air mata darah sekali pun ianya tak akan berulang.Begitulah peredaran zaman dan perjalanan usia.Esok menanti giliran untuk menjadi hari ini dan kemudiannya akan menjadi semalam.Semalam tak akan reverse untuk menjadi hari ini dan esok.Mustahil pada hakikatnya.Makanya jatah usia semakin memendek / singkat. Begitulah juga dengan bulan Rejab yang mendatangi kita dengan kelebihan-kelebihan yang dimilikinya itu telah pun berlalu.Pergi dengan keadaan diri leka dan masih panjang angan-angan @ jahil akan hakikat kehidupan yang sementara ini.Detik penuh barokah dan semangat peristiwa Israk & Mikraj juga gagal untuk merubah aku untuk menjadi yang baru. Meski pun insan tak mampu untuk merubah titik awal tempat bertolak namun insan tetap diberi pilihan dari masa ke semasa sepanjang perjalanan usia untuk memilih titik akhir destinasi kita. Aku mahukan husnul khatimah .... sesuatu yang mudah disebut namun kriteria untuk penuhi syarat menggapainya ama

tukang gunting rambut ku ......

Image
pandai gunting rambut! hehehehe ... lokasi premis perniagaan : bangunan kedai Majlis Bandaran Alor Setar di Simpang Tiga Pekan Kota Sarang Semut,Alor Setar Kedah yang menunggu masa jerr nak dirobohkan aku & famili adalah pelanggan tetap kat sini.Aku memanggilnya Bang Mad tetapi anak-anak ku memanggilnya Tok Wan.Kat atas tu - Tok Wan sedang `mengerjakan' kepala Muhammad Nabil Farhaan.

Salam sayang buat anak-anak ku!

Image
Kalimah di atas itu adalah ucapan wasiat seorang umarak dan ulamak di zaman kegemilangan empayar Islam dahulu (abah dah lupa namanya) kepada anakandanya yang akan mewarisi takhta pemerintahannya.Agar pemerintahan anakandanya nanti akan berlandaskan neraca pertim bangan yang selari dengan amanah dan tanggungjawab yang dipikul dari sudut penilaian alKhalik,amanat ini diwariskan dengan penuh kasih sayang dari seorang ayahanda. Begitu mendalam tafsiran yang tersurat dan tersirat dari amanat ini.Untuk memahamnya pastinya akan merujuk kepada tahap keimanan masing-masing.Sememangnya ketika ini pun status diri kita dalam kehidupan sementara di dunia ini adalah sebagai ulamak dan umarak.Ulamak dan umarak kepada diri sendiri,keluarga dan masyarakat dalam ruang lingkungan jemaah islamiah. Abah titipkan pesanan ini buat bekalan buat anak-anak kesayangan dan kebanggaan abah - Ummi Faridatul Akmar (UTHM),Muhammad Shafiq Ashraf (UiTM),Ummi Fatin Izzati (UiTM),Ummi Farah Aqilah (SMKAK) dan Muhammad Na

Rindunya MH

Image
Sebak & sayu melampias rasa di : http://manzlie-makkah.blogspot.com/2008_11_01_archive.html Syukran CL
Image
Petang tadi aku singgah jap kat gerai buku di tingkat bawah Pasaraya Giant Alor Setar.Jenguk-jenguk kot ada buku yang berkenan.Akhirnya beli gak sebuah buku motivasi dakwah dan majallah Asuh untuk hero bongsu aku tu,Muhammad Nabil Farhaan. Sewaktu memandu tetiba Farhaan menghulur sesuatu dari belakang kepada ku `nah bah penanda buku untuk abah' Aku ambil dan melihatnya ..... wordingnya! Ya Allah ... Astaghfir Allah .... apakah ini peringatan .... amaran .... perintah dari Mu melalui medium penanda buku ini untuk hamba Mu yang sering lalai ini.Aku akui sememangnya aku punyai satu sifat / sikap yang cukup negetif iaitu suka bertangguh bila mahu melakukan sesuatu. Ya Allah Ya Tuhan ku....berikanlah aku pertunjuk Mu .... Ampunkanlah dosa hamba Mu yang sering panjang angan-angan dan alpa lalai ini.... Astaghfir Allah!

Odyssey Abu Farhaan alPendangi

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Salam ukhuwah buat semua pengunjung blog ini yang saya hormati.Semoga kita semua akan beroleh manfaat dari blog ini. Entri yang akan memenohi laman blog ini bukanlah mendabik dada dengan secebis ilmu yang ada tetapi lebih merupakan muhasabah diri.Memperingati diri sendiri disamping berkongsi ilmu yang ada sesama kita untuk tujuan yang satu - mencari keredhaan Illahi. Tanggungjawab kita semua adalah berdakwah.Cuma medium berdakwah itu saja yang akan berbagai berdasarkan kepada minat dan kebolehan masing-masing.Pastinya pada diri saya akan mencuba,Insha Allah akan menjadikan blog ini sebagai alat untuk berdakwah kepada diri sendiri khususnya dan pembaca semua amnya. Justru itu saya memohon agar teguran,pandangan dan cadangan dari anda pembaca sekelian akan memenuhi ruang komen entri-entri blog ini nanti untuk manfaat kita semua bersama. Seiring dengan keberkatan tarikh ulang memperingati peristiwa agung Isra' dan Mikraj 1432H - saya membuat perubahan title blog