Posts

Showing posts from June, 2010

Kebinasaan Dengan Jawatan

Image
Artikel yang sangat mengesankan hati ini saya copy paste dari http://genta-rasa.com/ Kepada penulis artikel ini : terima kasih banyak baaaaanyak kerana melontarkan peringatan ini untuk dikongsi bersama ummah. Jawatan satu amanah, bukan anugerah. Jika kita ingin melihat sejauhmana benarnya kata-kata pemimpin yang amanah, lihat harta, sikap dan ibadah khususnya selepas menyandang jawatan. Kalau hartanya semakin susut (atau hanya bertambah sedikit berdasarkan keperluan), kalau akhlaknya semakin halus dan menarik, kalau ibadah khususnya (solat malam, baca Al Quran, doa, munajatnya) semakin lebat… Ya itu petanda dia memperalatkan jawatannya untuk melaksanakan amanah. Tetapi jika sebaliknya, itu petanda ia telah “diperalatkan” oleh jawatan yang dianggapnya satu anugerah. Bila satu jawatan atau tugasan diberikan kepada seseorang yang bukan ahlinya, tunggulah saat kebinasaannya. Begitu, antara lain maksud hadis Rasulullah SAW. Hati kita tertanya-tanya, siapakah yang bukan ‘ahlinya’ itu dan apa

Bermulanya ..... Berakhirnya Satu Perjalanan Kehidupan

Cerita Pasal Harta Dunia

Tukang Kapak, Mungkar dan Nakir..........Al-kisahnya seorang jutawan telah menulis satu wasiat barang siapa yang dapat menjaganya di dalam kubur setelah beliau mati nanti akan diwarisi separuh dari harta peninggalannya. Lalu ditanya pada anak-anak semua adakah mereka sanggup menjaganya di dalam kubur nanti. Lantas menjawab anak, mana mungkin kami sanggup menjagamu wahai ayah kerana pada masa itu ayah sudah pun menjadi mayat. Selang keesokan dipanggil semua adik-beradiknya dan beliau berkata, "Wahai adik-adikku sekalian sanggupkah kamu menjaga akan daku setelah aku mati nanti bersama selama 40 hari di dalam kubur yang kuhias indah seperti banglo mewah ini dan aku juga akan memberi setengah daripada harta ku kepada di antara kamu yang sanggup bersamaku." Adik-adiknya pun menjawab, "Wahai abangku, adakah engkau sudah gila mana mungkin manusia sanggup bersama mayat selama itu di atas bumi inikan pula di dalam tanah." Lalu dengan sedih jutawan tersebut membawa diri ke ka

Satu Perjalanan : Satu Permulaan - Fokus Manasik Haji

Image
Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangi mu di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci oleh Allah kerana tiada lagi yang mengasih mu di akhirat kelak. Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan d0amu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan...kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya Wallahua'lam. Jangkaan pernerbangan yang pertama membawa bakal haji dan hajjah ke Tanah Suci Mekah pada musim haji 1431H ini ialah disekitar 10 Oktober 2010 @ 2 Zulkaedah 1431.Ertinya hanya lebih kurang 105 hari saja lagi untuk tiba ke tarikh itu. Aduhai cepatnya masa beredar.Cepatnya usia ku berlalu.Sehari demi sehari usia berkurang dan tarikh keberangkatan pun semakin mendekat.Lalu bagaimanakah dengan persiapan fizikal dan mental yang ada??? Terus terang aku masih tak punya apa-apa.Fi

Dari Pendang ke Madinah

Debaran dihati semakin hari dirasakan.Tuntutan perasaan yang mengharapkan sesuatu kurniaan yang amat besar dari Illahi sedangkan bekalan persiapan teramat minima. Surat arahan dari Tabung Haji yang meminta supaya disediakan gambar untuk passport,visa dan juga buku sijil kesihatan telah diterima.Ertinya satu lagi proses pentadbiran telah berjalan untuk urusan ke Tanah Suci.Aku merancang bersama isteri pada minggu hadapan akan ke Pejabat Imegresen di Anak Bukit (Komplek Pejabat-Pejabat Kerajaan Persekutuan kat Anak Bukit ni dipanggil Putrajaya gak oleh sesetengah orang.Mungkin kerana jelas duplikasinya dengan Putrajaya kat Selangor tu) Setelah berbincang bertukar-tukar fikiran dengan Tuan Haji Kamarul,pegawai di Pejabat Tabung Haji Pendang yang terlibat menguruskan jemaah-jemaah haji – aku dan isteri telah memilih penerbangan awal untuk ke Tanah Suci dan mengerjakan haji mengikut kaedah Haji Tamattuk.Iaitu mengerjakan umrah terlebih dahulu dan diikuti dengan mengerjakan ibadah h

Masihkah Kau Ingat ???

Ingatlah amaran nabi Muhammad s.a.w melalui sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Said al-Khudri: قال الرسول e : لَتَتَّبِعُنَّ سُنَنَ اَّلذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ شِبْرًا بِشِبْرٍ وَذِرَاعًا بِذِرَاٍع حَتَّى لَوْدَخَلُوْا فِى حُجْرِ ضَبٍّ لاتبَّعْتُمُوْهُمْ قُلْنَا : يارسولَ الله آليَهُوْدُ وَالنَّصَارَى؟. قَالَ : فَمَنْ ؟ Maksudnya: Kamu akan mengikut jejak langkah umat sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga jika mereka memasuki lubang dhob nescaya kamu pun akan turut mengikuti mereka. Para sahabat bertanya : ” Ya Rasulullah! Adakah Yahudi dan Nasrani?. Nabi bersabda: Siapa lagi kalau tidak mereka

Kiamat Nak Jadi Dah !!!

Sabda Rasulullah: "Kiamat itu ada dua... Kiamat Sugra (Kecil) dan Kiamat Qubra (Besar)... Kiamat Sugra ialah Kiamat dimuka bumi sahaja diakhir zaman... Akan masih ada segolongan kecil yang hidup untuk pembiakan umat baru yang akan bertemu Nabi Isa A.S... Manakala Kiamat Qubra ialah Kiamat yang seluruh alam semesta dan galaksi hancur... Tiada lagi manusia yang hidup, dan tiada lagi bumi..." "Umatku ada dimuka bumi ini selama 1,500 tahun lamanya... Sebelum terjadinya Kiamat Qubra, akan tiba Kiamat Sugra... Sebelum datangnya Kiamat Sugra, akan ada tanda-tandanya... Begitu juga sebelum tibanya Kiamat Qubra..." Ayat al-Quran: "Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..." "Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, lang

Inside Of Kaabah

Image
The Never Seen Video of Inside of KAABA ! The Only Video ! Don't Miss Muslims !chk Discription - For more funny videos, click here

Kaabah Banjir (Tahun 1941M)

Image

Banjir di Masjidil Haram

Image

Rindu seRindu Rindunya

Image
Semakin Rindu Semakin Sayang