Posts

Showing posts from December, 2011

Persediaan Menyambut Penghulu Segala Hari

Image

Jom Kita Anjak Paradigma Kita !!!

Image

Renungan Buat Muhasabah Diri

Image

Dimanakah Rasulullah SAW di hati ku ???

Image

VC No. 4 tu - cam tuju kat aku jerrrr

Image

Siapakah Rasulullah SAW dihati kita ???

Image
Andai kita disoal begitu,apakah kita juga akan mengalirkan air mata seperti wanita ini ???? Tersentuhkah hati kecil kita ???

Jadilah Diri Sendiri - Yakin! Boleh!

Image

Ombak Rindu vs Emak Ingin Naik Haji

Image
Dah tonton Ombak Rindu ??? Ngak ada apa-apa kan .... biasa biasa aja gitu! Tonton aja yang ini ... pasti tersentuh hati Menetes air mata ini! lebih nyaman kalau download aja kat sini: http://cinema-starmovie.blogspot.com 2011/04/emak-ingin-naik-haji.html

8A 1B Syukur ... nikmat Mu Ya,Allah!

Image
Hari ni keputusan PMR diumumkan.Hari yang dinanti-nantikan oleh semua pelajar-pelajar yang telah berusaha penuh gigih menghuni dewan peperiksaan 2 bulan yang lepas. Bagi ku,hari-hari peperiksaan berlangsung lebih mendebarkan dari hari pengumuman keputusan peperiksaan ini.Berdebar memikirkan bagaimana tahap kesihatan fizikal dan mental anak yang akan menghadapi peperiksaan sekejap lagi.Ok ker tak dia sekarang ni di dalam dewan peperiksaan,cool ajer ker atau tengah gelabah sakan sebab soalan susah atau sebagainya - lalu yang mampu dititipkan ketika itu hanyalah doa dan bacaan surah Yassin oleh mamanya (jika ada waktu senggang ketika peperiksaan berlangsung) Hari ini cuma nak terima keputusan saja - tak boleh buat apa-apa dah untuk merubah keadaan! Apa-apa pun hasilnya - terima saja! Syukurlah! Nikmat Mu melimpah ruah lagi dalam kehidupan ku sekeluarga.Puteri ke 3 ku ini berjaya meraih keputusan yang memberansangkan.Syabas sayang! 8A 1B (1B = BI) Semoga tempias aura kejayaan ini termasuk
Image
KITA MESTI MENGUBAH PERSEPSI DIRI TERLEBIH DAHULU SELEPAS ITU BARULAH KITA DAPAT MENGUBAH DIRI KITA YA ALLAH YA TUHANKU SESUNGGUHNYA AKU MEMOHON KEAMPUNAN KEPADA MU JANGANLAH KAU JADIKAN AKU ANTARA ORANG-ORANG YANG RUGI DI DUNIA DAN AKHIRAT AMIN !!! Sabda Rasulullah SAW "Bila engkau berada pada pagi hari, janganlah menunggu datangnya petang hari. Bila engkau berada pada petang hari, janganlah menunggu datangnya pagi hari. Doa Rasulullah SAW "Ya Allah berilah petunjuk kepada ku dan berikanlah kepada ku sikap istiqamah dan ketetapan dalam segala urusan" LAKUKANLAH YANG TERBAIK KETIKA INI KERANA HANYA HARI INI YANG DAH PASTI KITA MILIKI SEMALAM.......... TELAH BERLALU ESOK PULA..........BELUM TENTU !!!

Penguasaan diri dan tanggungjawab

Suatu ketika Rasulullah SAW telah didatangi oleh salah seorang pak ciknya seraya berkata kepadanya; "Wahai Rasulullah! Sungguh aku ingin mendapat kedudukan,seperti mana engkau memberi kedudukan kepada si Fulan" Rasulullah menjawab; "Wahai Abbas! Wahai pak cik Rasulullah! Menguasai diri sendiri adalah lebih baik dari menguasai orang ramai tetapi tidak dapat melaksanakan tanggungjawabnya" Petikan ini terdapat di halaman 10 buku Nasihat Untuk Orang Terlanjur Melakukan Dosa.Untuk muhasabah diri sendiri dan sesama kita dalam memeta perjalanan hidup di dunia ini. Betapa resam dan tabiat manusia sentiasa mahu mengejar pangkat dan kedudukan agar lebih terpandang oleh awam.Dari peringkat bawahan hinggalah atasan sentiasa mahu untuk lebih ke atas dari sebelumnya.Lalu berbagai kaedah dilakukan untuk mencapai kehendak itu. Lalu terpikullah tanggungjawab yang sentiasa menuntut hak nya.Tetapi berapa ramai orang yang hanya mahukan pangkat kedudukan tetapi mengabaikan tanggungjawab

Tip Untuk Rasa Lebih Tenang Dalam Hidup

Untuk rasa lebih tenang dan tenteram, berhentilah berharap pada orang lain. Sebab kalau kita berharap pada orang, nanti kita akan kecewa apabila harapan kita tu tak ditunaikan. Kita ni memang biasanya suka sangat meletakkan harapan dan berhajat pada pertolongan orang, terutamanya apabila dalam kesulitan. Ini silap besar. Islam tak ajar kita berharap pada makhluk. Islam menyuruh kita hanya meletakkan sepenuh harapan pada Allah. Sebab hanya Allah lah yang dapat membantu kita. Setiap hari, kita berikrar dalam solat setidak-tidaknya 17 kali mengatakan “Hanya kepada Allah kita sembah, dan kepada Allah sajalah kita mohon pertolongan.” Habis, apa perlunya lagi kita berharap dan meminta bantuan daripada manusia lain? Sedangkan manusia itu pun berharap pada Allah juga. Apabila kita berharap pada orang lain, orang yang kita harapkan tu tak dapat tunaikan hajat kita, maka kita pasti kecewa, kita bengang dan kita akan terasa hati. Sedangkan itu semua adalah salah kita. Siapa suruh kita berharap p

Fenomena Gerhana Bulan, Raikan Dengan Solat Sunat

Image
"Fenomena gerhana bulan penuh akan dapat disaksikan rakyat Malaysia dan rakyat di rantau Asia Tenggara pada 10 Disember, esok. Kita berpeluang menyaksikannya bermula dari pukul 7.34 malam esok sehingga 1.30 pagi Ahad. Pegawai penyelidik Agensi Angkasa Negara Redzuan Tahar berkata gerhana dapat dilihat dengan mata kasar mulai 8.46 malam, manakala fasa umbra bermula dari 10.06 malam dan akan berlanjutan kira-kira 51 minit. Ayuhlah sama-sama kita raikannya dengan solat sunat gerhana bulan. Rasullullah S.A.W bersabda : Dari Abu Mas’ud Al Ansari beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya matahari dan rembulan (bulan) adalah dua di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya (kalau sedang gerhana) oleh Allah digunakan untuk menakuti para hambaNya. Dan keduanya tidaklah gerhana lantaran kematian seseorang di antara manusia. Kerana itu, apabila kalian melihatnya, maka lakukanlah solat dan berdoalah kepada Allah sampai hal yang menakutkan itu hilang” HUKUM SOLAT GERHANA Sunat

Perhimpunan Agung 2011

Baru la rasa lega sikit bila on tv.Tak ada dah sumbatan gambar-gambar dan pidato berapi-api pemimpin-pemimpin rakyat (?) di perhimpunan agung UMNO.Hari-hari kemarin tu,buka laa saluran mana pun mesti ada punyer hinggalah tertanya-tanya plak siaran tv kat Malaysia ni hak kerajaan ker atau hak parti politik tertentu? Di suatu segi siaran yang keterlaluan sebegini adalah langkah promosi yang terbaik untuk menarik minat dan menambah ahli parti.Namun sebaliknya kepada yang tidak berminat dengan politik yang akan merasa meluat dan akhirnya tak mahu lagi bertenggek di atas pagar lalu akan melompat terus ke sebelah sana. Ketika melihat personel-personel ini berhujah - yang muncul di kotak minda ku ialah kata-kata pesanan @ peringatan; 1. Orang yang banyak bercakap akan banyak buat salah.Orang yang banyak salah akan banyak dosa dan orang yang banyak dosa,nerakalah tempatnya. 2. Satu jari kita menuding orang itu melambangkan keangkuhan @ ego kita dan 4 jari lagi menuding balik ke arah kita memba

Jom Kita Puasa - 9 & 10 Muharram 1433H

Hari ni dah 9 Muharram 1433H.Jika ketika ini anda masih lagi belum lagi menjamah apa-apa makanan,teruslah berniat puasa sunat dan berpuasa sehari lagi besok,10 Muharram 1433H iaitu Hari Assyura. Pastinya ramai yang akan bercakap mengenai peristiwa Karbala di Hari Assyura ini dan yang pastinya itulah tragedi yang menjadi catatan sejarah bagaimana pengkhianatan kaum Syiah kepada Sayidina Hussein (cucu Rasulullah SAW) dan membunuh beliau dengan kejam di Karbala,Iraq.Sehingga kini pun menjadi amalan mereka meratapi kematian dan menyesali apa yang terjadi kepada Sayidina Hussain di perayaan Hari Assyura mereka seolah-olah tokoh-tokoh silam mereka itu tidak ada kena mengena dengan peristiwa di Karbala itu.Mereka memanipulasi peristiwa Karbala ini untuk meraih simpati umat Islam kepada mereka seolah-olah mereka pembela keluarga Rasulullah SAW. Berbagai peristiwa dikatakan berlaku (Hari Ini Dalam Sejarah) pada 10 Muharram @ Hari Assyura ini tetapi yang pernah disebut oleh Rasulullah SAW hanyal