Posts

Showing posts from December, 2016

TOK WAN SYEIKH TOYYIB AL MAKKI BERPESAN

Image
Tokwan (Syeikh Toyyib Al Makki) berpesan: 1) Tiap-tiap hari bangun pukui 1 ka 2 ka...buat solat tahajjud 10 rakaat baca surah daripada Al Ikhlas sampai ad-Dhuha..bahagi-bahagikan ...kalau tak hapai..,ulamak-ulamak mekah kata takpa klo tengok alQuran. 2) Kemudian solat tasbih 4 rakaat ...ada 300 kali tasbih ..hadisnya sahih..,siapa-siapa duk buat..dosa macam pasir kat pantai pun...Allah kikih habih. 3) Kemudian solat witir 11 rakaat ..nie yg Nabi saw duk buat..hadisnya sahih. 4) Hampa jangan lupa selawat 1000 kali pagi..1000 kali malam...Inshaallah nanti boleh jumpa Nabi..aku nak jumpa Nabi..masalah apapun selesai...buat baik-baik. 5) Baca Bismillahirrahmanirrahim...1000 kali...kat situ ada 3000 nama Allah...buat tiap-tiap hari. 6) Kalau hampa nak rezeki melimpah ruah...malam jumat baca surah alWaqiah 41 kali...tak payah makan gaji...hampa nak apa pun dapat. 7) Syeikh ijazahkan pada semua amalan tersebut ,sambutlah dengan kata "Qabiltu" -Bintu Walid-

MAKE ME UP - HJ ZULKIPELI SALLEH

Image

SESIBUK MANA PUN HIDUP KITA, JANGAN LUPA AKAN AGAMA

Image
SESIBUK MANA PUN HIDUP KITA, JANGAN LUPA AKAN AGAMA Sebagai individu Muslim, kita semua sedia tahu bahawa beriman kepada hari akhirat merupakan rukum iman yang kelima iaitu kita meyakini bahawa kita akan menghadapi kehidupan yang kekal apabila dibangkitkan daripada mati kelak. Hari akhirat adalah hari pengakhiran semua makhluk dan alam semesta. Kita semua akan dibangkitkan daripada kubur, dikumpulkan di Padang Mahsyar untuk perhitungan yang adil dan saksama oleh Allah serta menerima keputusan sama ada beroleh balasan syurga atau neraka. Setiap satu amalan kita di dunia ini akan dihisab dan kita akan menerima ganjaran yang setimpal dengan amalan tersebut. Maka, berpada-padalah kita terhadap kesibukan dunia yang cuma seketika ini. Masa semakin singkat, akhirat kian dekat. Walau sepadat mana pun jadual kita, carilah cara untuk dekat dengan Allah. Bersiap-siagalah kita untuk menghadapi kehidupan akhirat yang bakal menjelang nanti. 5 PERSIAPAN AKHIRAT VS 5 KESIBUKAN DUNIAWI Dunia yang

SALAM MAULIDUR RASUL 1438H - SALAM HATI KU JUGA

Image
BIODATA RASULULLAH SAW 🌴 🌴 Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim. Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah). Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah. Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim. Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf. Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW). Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab). Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah). USIA 5 TAHUN Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya. USIA 6 TAHUN Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung