Posts

Showing posts from March, 2009

welcome new blogger! NEW START

Image
Tok Guru Nik Abdul Aziz juga akan buka blog beliau sendiri.Akan dilancarkan pada 26 Mac ni. Makin meriahlah nampaknya dunia siber kita. Tentu blog Tok Guru itu akan popular dan dikunjungi ramai dari dalam dan luar negara. Tahniah Tok Guru!

aduhai malaysia ku!

Image
Dalam akhbar tempatan dua tiga hari kebelakangan ni seakan berita buang bayi menjadi berita hangat.Ada-ada saja bayi ditemui di tempat-tempat yang tak sewajarnya seperti dalam tong sampah dsbnya.Semua ini menjadi bukti hakikat bahawa dalam `masyarakat haiwan tidak ada manusia tetapi dalam masyarakat manusia ada binatang' Namun berita kat bawah ni membuatkan saya terkesima..... Burung gagak berkerumun patuk mayat bayi - Teluk Bahang, Batu Feringgi TELUK BAHANG - Kehadiran sekumpulan burung gagak yang mengerumuni sesuatu di tepi jalan Batu Feringghi berdekatan kawasan Pulau Asmara di sini bukanlah asing bagi tukang sapu Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), T. Verappa, 36. Namun, semalam dia berasa tidak sedap hati lalu berpatah balik untuk melihat apa yang sebenarnya dikerumuni oleh kumpulan gagak tersebut. Mengejutkan, kumpulan gagak itu sedang mematuk mayat seorang bayi yang masih bertali pusat dalam keadaan tertiarap di sebatang longkang di situ. "Walaupun saya sudah terl

istiqamah

1/8. 2/8. 3/8. 4/8. 5/8. 6/8. 7/8. 8/8.

muhasabah diri

Tanda seseorang itu mendapat taufiq : 1) mudah mengerjakan amal walhal dia tidak berniat ke arah itu. 2) berusaha melakukan maksiat tetapi selalu terhindar daripadanya 3) selalu terbuka baginya hajat kepada Allah Tanda seseorang dihina Allah : 1) sukar melakukan ibadat walaupun ia berusaha bersungguh-sungguh 2) mudah terjerumus ke dalam maksiat walaupun ia berusaha menghindarinya 3) tertutup pintu untuk berhajat kepada Allah sehingga ia merasakan ia tidak perlu berdoa lagi..

bicara motivasi dari Rasulullah SAW

Image
Pagi tadi ketika sedang menonton rancangan tazkirah kat TV9 sempena Hari Maulidur Rasul,saya terpana bila ustaz tu cakap; Sabda Rasulullah SAW : "Beruntunglah orang-orang yang dapat bersama-sama Ku dan mereka amat menyayangi Ku dan beruntunglah, beruntunglah, beruntunglah, beruntunglah, beruntunglah, beruntunglah, beruntunglah orang-orang yang tidak dapat bersama-sama Ku tetapi mereka amat menyayangi Ku" Aduhaiiiii beruntungnya kita!.Jika mereka-mereka yang sezaman dengan Baginda hanya 1X sahaja beruntung tetapi kita ni ditawarkan 7X beruntung.Syaratnya sama saja iaitu kita menyayangi Baginda tetapi imbalannya tak sama.7X ganda ....... banyak tu! Jom kita genggam erat-erat,kita junjung tinggi-tinggi rohani dan jasmani Al Quran dan As Sunnah.Pusaka peninggalan Rasulullah SAW itu kita bawa kemana-mana sahaja,Insha Allah kita akan berjaya dunia dan akhirat. "Bismillahi tawakkal tu alAllah" "Lau haulawala quwatainla billah hila'li hilazim"

Difference Between Focusing On Problems And Focussing On Solution

Image
One of the most memorable case studies on Japanese management was the case of the empty soapbox, which happened in one of Japan's biggest cosmetics companies. The company received a complaint that a consumer had bought a soapbox that was empty. Immediately the authorities isolated the problem to the assembly line, which transported all the packaged boxes of soap to the delivery department. For some reason, one soapbox went through the assembly line empty. Management asked its engineers to solve the problem. Post-haste, the engineers worked hard to devise an X-ray machine withhigh-resolution monitors manned by two people to watch all the soapboxes that passed through the line to make sure they were not empty. No doubt, they worked hard and they worked fast but they spent a large amount to do so. But when a rank-and-file employee in a small company was posed withthe same problem, he did not get into complications of X-rays, etc., but instead came out withanother solution. He bought a

khutbah wida Rasulullah SAW

Image
INI ADALAH KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W DISAMPAIKAN PADA 9HB. ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRIYAH DI LEMBAH URANAH,BUKIT ARAFAH "Wahai manusia,dengarlah baik-baik apa yang hendak aku katakan.Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini. Wahai manusia,sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikanlah harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemilik yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu.ALLAH telah mengharamkan riba,oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang. Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.Dia

detik-detik terakhir Rasulullah SAW

Image
KISAH WAHYU TERAKHIR KEPADA RASULULLAH Diriwayatkan bahawa surah AI-Maa-idah ayat 3 diturunkan pada sesudah waktu asar iaitu pada hari Jumaat di padang Arafah pada musim haji penghabisan [Wida']. Pada masa itu Rasulullah s.a.w. berada di Arafah di atas unta. Ketika ayat ini turun Rasulullah s.a.w. tidak begitu jelas penerimaannya untuk mengingati isi dan makna yang terkandung dalam ayat tersebut. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersandar pada unta beliau, dan unta beliau pun duduk perlahan-lahan.Setelah itu turun malaikat Jibril a.s. dan berkata:"Wahai Muhammad, sesungguhnya pada hari ini telah disempurnakan urusan agamamu, maka terputuslah apa yang diperintahkan oleh Allah s.w.t.dan demikian juga apa yang terlarang olehnya. Oleh itu kamu kumpulkan para sahabatmu dan beritahu kepada mereka bahawa hari ini adalah hari terakhir aku bertemu dengan kamu." Sebaik sahaja Malaikat Jibril a.s. pergi maka Rasulullah s.a.w. pun berangkat ke Mekah dan terus pergi ke Madinah. Setelah Rasu

apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah SAW???

Image
Malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang yang berselawat ke atas Rasulullah. Baginda bersabda bahawa Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail telah berkata kepada baginda. Berkata Jibril: "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak 10 kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar." Berkata pula Mikail: "Mereka yang berselawat ke atas kamu, akan aku beri mereka itu minum dari telagamu." Berkata pula Israfil: "Mereka yang berselawat kepadamu, akan aku sujud kepada Allah dan aku tidak akan mengangkat kepalaku hingga Allah mengampuni orang itu." Izrail pula berkata: "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut roh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut roh nabi-nabi." Dalam satu riwayat Sufyan As Sauri menceritakan: "Apabila bertawaf mengelilingi Kaabah, saya melihat seorang lelaki, dia membaca selawat

keajaiban sewaktu kelahiran Rasulullah SAW

Image
Keajaiban Sewaktu Kelahiran Rasulullah SAW "Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. pada 12 Rabiulawal, Tahun Gajah di Mekah al-Mukarramah sebagai pembuka rahmat di pelosok alam semesta.Kelahiran baginda menjadi seribu satu tanda bahawa baginda akan menjadi utusan terakhir dalam menyampaikan risalah Islam. Ia merupakan peristiwa utama dalam sejarah Islam. Baginda mempunyai kelebihan luar biasa, bukan sahaja dilihat dalam konteks sebelum kelahirannya tetapi dalam konteks semasa dan selepas dilahirkan. Peristiwa luar biasa ini disebut sebagai Irhas. Irhas bermaksud satu perkara luar biasa bagi manusia yang normal dan hanya diberikan kepada bakal nabi. Irhas dikategorikan kepada tiga: 1. Irhas yang dinyatakan di dalam kitab yang tidak boleh diubah atau dipinda. 2. Alamat-alamat kerasulan yang dibuktikan melalui perkhabaran daripada orang alim melalui ilham dan sebagainya. 3. Kejadian luar biasa yang berlaku semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Sehubungan itu, masih ramai masyarakat Islam yan

rabiul awal & maulidur rasul

Image
Alhamdulillah ...... dah pun 12 Rabiul Awal 1430.Ulang tarikh detik maha penting dalam jagat raya ini iaitu kelahiran Baginda Rasulullah SAW.Begitu pantasnya masa berlalu pergi setelah rasanya baru sekejap hari ini bersama kita lalu telah pun menjadi semalam.Itulah masa dan kehidupan,samada kita telah bersedia atau pun masih dilalai oleh keperluan kehidupan dunia,masa tetap berinjak pergi bersama-sama usia kita yang semakin senja. Apa yang terbaik untuk kita ialah `muhasabah diri' sendiri agar kesilapan semalam tak akan berulang lagi.Jika semalam ianya terjadi kerana `kurangnya ilmu' hari ini ianya telah memberi kesan pengajaran supaya lebih bersedia.Makanya marilah hari ini kita jadikan lebih terbaik dari hari semalam dan esok,Insha Allah pasti akan lebih baik dari hari ini. Hakikatnya : kejayaan yang besar itu adalah himpunan daripada kejayaan yang kecil-kecil.Lakukan setiap hari perubahan positif yang kecil-kecil sahaja.Kekalkan ianya supaya berterusan sebagai tabiat dan him

langkah JUARA menggamit syafaat

Image
Sekejap lagi dengan berkumandangnya azan solat ferdhu Maghrib bererti telah bermulah hari yang baru.Telah bersilih ganti hari yang lama menjadi hari semalam dan hari yang baru tiba ini akan menjadi hari ini.Kini telah tibalah tarikh keramat ulangtahun kelahiran Junjungan Yang Mulia Rasulullah SAW.Di bumi yang penuh barakah Makkah Al Mukarramah.Di utuskan untuk membawa Syiar Islam ke maya pada ini.Berhadapan dengan berbagai-bagai rintangan dan halangan dalam usaha Baginda hendak menyelamatkan umat manusia dari kelalaian dan kealpaan bahawa dunia ini hanyalah untuk sementara.Sekadar persinggahan untuk menyiapkan bekalan bagi satu perjalanan yang maha jauh di alam akhirat nanti. Bermula hanya disambut baik oleh kalangan keluarga dan sahabat-sahabat terdekat lalu sedikit demi sedikit melalui perjuangan akidah lalu berkembanglah Islam di jagat raya ini melampaui tanah Arab sehinggalah ke nusantara ini sebagai satu pegangan hidup yang syumul. Ad Din. Alhamdulillah! Lalu dek kerana nenek moy

dari mimbar al-lutphi

Image
Hari ni Khatib memfokuskan mengenai modus operandi 5F orang-orang yahudi dalam usaha mereka nak membalas dendam dan memusnahkan umat Islam di dunia ini.Berpegang teguh kepada ajaran kitab talmud di mana orang-orang yahudi memandang bangsa-bangsa lain di dunia ini selain dari orang yahudi adalah sama taraf dengan `binatang' sahaja.Memusnah orang-orang (selain dari yahudi) adalah sesuatu yang wajar demi untuk membersihkan kekotoran yang ada di dunia ini.Sebab itulah mereka melakukan kekejaman demi kekejaman kerana pada pandangan mereka itu semua adalah wajar sedangkan kita semua menganggapnya suatu kezaliman. Dalam strategi bangsa yahudi untuk menjahanam umat Islam,mereka bertindak melalui strategi 5F iaitu : F1 = Film : Serangan melalui filem di pawagam,vcd dsbnya telah berjaya mencarikkan akidah umat-umat Islam.Lahirnya berbagai budaya seperti bohsia,bohjan,bersekedudukan tanpa nikah,mat rempit adalah kesan dari filem yang ditonton.Lalu kualiti umat Islam semakin hari semakin rosak

Dugaan Hidup .... Laluan Untuk Berjaya

Image
Melakar pelan arah perjalanan selangkah demi selangkah kehadapan adalah mudah.Semudah menyusun buah catur di atas papan catur.Semuanya tersusun rapi step by step.Dari A ke B,C dan pada ketikanya dimatlamatkan akan sampai ke Z.Lalu aku pun berjaya dan terciptalah sebuah kejayaan dalam mentadbir sebuah kehidupan mengikut landasan iman. Namun hakikatnya sering berbeza.Kita hanya merancang tetapi Allh SWT yang menentukan.Kita merancang dan Allah SWT juga merancang dan pastinya perancangan Allah SWT adalah mutlak kerana telah sedia tercatat di Luh Mahfuz.Lalu muncullah dugaan dan cabaran yang menjadi perintang kelancaran perancangan kita itu.Samada dugaan atau cabaran itu akan melemahkan atau pun mematangkan kita terserahlah kepada nilai iman yang ada.Kehidupan yang penuh cabaran adalah kehidupan yang indah kerana dipenuhi dengan berbagai-bagai warna kehidupan.Andainya semua yang dikehendakki mudah diperolehi - kehidupan ini akan menjadi hambar dan terlalu murah. Pentingnya husnuzon kepada

Wirid Yang Ku Kenali

Image
Hampir jam 3.30 pagi ketika mata ini terjaga.Memulakan kehidupan hari ini seawal begini.Fikiran ku menerawang memikirkan satu persatu urusan yang belum selesai.Urusan untuk dunia dan juga untuk akhirat.Betapa hari esok yang semakin menakutkan kerana hari kiamat semakin hari semakin hampir namun aku masih gagal untuk membuat persiapan yang terbaik untuk bekal ke sana.Ibadah yang dilakukan seperti ada-ada saja yang tak kena.Ada-ada saja yang tak menjadi.Mengapa terlalu sukar bibit keimanan ini untuk bertugu kukuh di jiwa dan raga ini.Mengapa Ya Allah ??? Mengapa??? Apakah ini semua adalah dugaan dan cubaan yang harus aku lalui dan hadapi Ya Allah??? Andai begitu,aku redha dan pasrah dengan Qadha dan Qadhar Mu - namun doa pengharapan ku,Ya Allah agar rahmat Mu,taufik dan hidayah Mu,pertunjuk Mu tetap mendatangi hamba Mu ini dalam suatu waktu yang terdekat ini.Datangnya bersama dengan sebuah kejayaan yang amat-amat saya dambakan ketika ini. Ya Allah Ya Tuhan Ku,janganlah Kau balik-balikkan

Cabaran Untuk Berubah

Image
Seperti mana sukarnya mengurus masa begitu jugalah susahnya untuk berubah.Beredar dari satu titik kepada satu titik baru di hadapan.Tidak statik dititik yang sama.Itu dikatakan berubah dan pastinya titik yang dihadapan itu adalah lebih baik dari titik yang sebelumnya kerana apa yang kita mahukan dalam kehidupan ini ialah "hari ini lebih baik dari hari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini".Kita tak mahu menyebut langsung mengenai perubahan negetif kerana itu namanya kegagalan atau kemunduran sedangkan yang mahu kita lakukan ialah perubahan positf yang namanya kemajuan dan kejayaan.Kejayaan meningkatkan kualiti diri sendiri dan kualiti kehidupan. Sukarnya untuk berubah ialah kerana kita keberatan untuk meninggalkan `comfort zone' yang kita sedia diami sekarang ini.Tak mahu bergerak keluar dari kepompong persekitaran yang kita ada sekarang ini walau pun kita tahu ada yang lebih berkualiti di luar sana.Kita telah selesa dengan apa yang kita ada sekarang ni walau pun

Santai Bersama ..... ehem ! ehem !

Santai Bersama Miichael Jackson Plak

Santai Bersama Datuk Shah Rukh Khan

more than thousand words 2

Image

more than thousand words 1

Image

satu perjalanan baru bermula .... rahmat Allah SWT ada dimana-mana!

Image
Alhamdulillah .... syukur ke hadrat Nya kerana masih diberi ruang masa untuk bernafas lagi di alam yang fana ini.Semoga hari ini akan berhasil lebih baik dari semalam dan tekad ku agar hari esok akan lebih baik dari hari ni,Insha Allah! Buku catatan harian yang baru telah saya buku.Di helaian pertama telah saya catatkan Single Day Action.Di helaian kedua saya catatkan segala impian yang akan di pacu menjadi kenyataan di hari esok dan hari-hari yang mendatang. Satu perjalanan baru bermula .... satu perjalanan yang beribu batu bermula dengan langkah pertama .... kini langkah pertama ku telah pun bermula.Better late than never! Aku yakin dan pasti.Rahmat Allah SWT ada di mana-mana saja dengan sifat ar Rahman dan ar Rahim Nya.Aku pasti berjaya! BERJAYA SEBAGAI JUARA !!!

berniaga itu sunnah Rasulullah SAW

Image
Kata orang .... ini adalah daki dunia. Kata orang .... inilah nilai cinta.Ada wang abang disayang,tak ada wang abang melayang Kata orang .... tua pun tak pa,banyak ini dinda gerenti sayang giler Kata orang .... berhantu.Boleh menjadi sumber perpecahan dalam keluarga.Pemutus persahabatan. Hakikatnya : Inilah status imej dan nilai diri manusia (insan) buat masa ini dan seterusnya hingga ke akhir zaman. Inilah yang dikejar,dicari oleh setiap insan untuk survival kehidupan. Inilah juga penentu tahap iman seseorang.Kepapaan boleh membinasakan iman. Inilah fokus hidup setiap individu meski pun cuba dinafikan. Natijahnya : Wang adalah lambang kekayaan,kemewahan.Mesti dicari supaya kita akan kaya dan mewah.Supaya kita mampu hidup seadanya.Mampu menyediakan keperluan hidup,membesarkan anak-anak dan memberikan pendidiikan yang sewajarnya dengan ilmu dunia dan akhirat. Kita mesti kaya supaya kita mampu mengerjakan ibadah haji dan melengkapkan Rukun Islam, berzakat.Berinfak.Sedekah jariah.Membant