Posts

Showing posts from August, 2020

Masuk TAHUN BARU Perbaiki Diri Dan Ibadah, USAHA Mengundang Redha Allah

  A wal Muharram atau Maal Hijrah bermulalah kiraan masuk tahun baru dalam kalendar Hijrah.Sempena tahun baru kebesaran Islam ini, sebaiknya kita pasang niat berazam memperbaiki diri dan ibadah sebagai salah satu usaha dalam mengundang redha Allah.Biarpun sikit amalan yang dilakukan, berusahalah untuk kekal istiqamah dalam melakukannya.   Antara amalan yang boleh dilakukan ialah;  1. Solat Sunat Qobliah (Subuh) Jangan tinggal Solat Sunat Qobliah (Subuh) sekalipun bangun jam 6:45am kerana Nabi saw ada bersabda bahawa ganjaran solat ini adalah lebih baik dari dunia dan seisinya.  2. Istqamah amalan zikir-zikir Subhnanallah, Alhamdhulillah, Allahu Akbar, 33 kali jangan ditinggalkan setiap kali lepas solat. Kerana ini lah zikir khas buat menantu Nabi saw sebagai zikir istiqamah penguat semangat.  3. Solat Subuh Berjemaah Berusahalah sedaya upaya untuk Solat Subuh Berjemaah di rumah-rumah Allah, @ paling kurang berjemaah dengan anak isteri di rumah. Kerana ganjaran solat subuh berjemaah ada

Asmaul Husna & Kelebihan Mengamalkannya

Image
  Assalamualaikum. Berikut ialah khasiat bagi setiap satu asma ul husna yang mana jika kita amalkan, setiap satu darinya mempunyai khasiat yang berbeza-beza mengi kut apakah hajat yang kita inginkan. Insya Allah... 1. YA RAHMAAN Yang Maha Pengasih. Apabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500x maka hati kita akan menjadi terang, tenang & sifat-sifat pelupa & gugup akan menjadi hilang dengan izin Allah. 2. YA RAHIIM Yang Maha Penyayang. Apabila dizikirkan sebanyak 100x setiap hari, Insyaallah kita kan mempunyai daya penarik yang besar sekali hingga manusia merasa cinta & kasih serta sayang terhadap kita. 3. YA MALIK Raja Yang Maha Berkuasa. Apabila dizikirkan sebanyak 121x setiap pagi atau setelah gelincirnya matahari, segala pekerjaan yang dilakukan setiap hari akan mendatangkan berkat dan kekayaan yang diredhai Allah. 4. YA QUDDUS Yang Maha Suci Apabila dizikirkan sebanyak 100x setiap pagi setelah tergelincir matahari, maka hati kita akan terjaga dari semua penyak

Selamat Datang 1 Muharram 1442H

Image

Motivasi Maal Hijrah 1442

 

AKHIR SEBUAH KISAH KEHIDUPAN KU

Image
DI KUBUR - AKAN DISOAL BAB IMAN DI PADANG MAHSYAR - AKAN DISOAL BAB AMAL  DAH SIAP BERSEDIAKAH NAK MENJAWABNYA??? (KERANA MATI ITU BILA-BILA MASA SAJA) 

Cara Untuk Mematikan Santau/Sihir

Image
●SANTAU /SIHIR ●CARA UNTUK MEMATIKAN SANTAU/SIHIR ●Santau/sihir memberikan kesan sakit kronik pada tubuh badan seperti sakit kenser, ketumbuhan atau sakit kroni k yang lain. ●Bagaimana cara untuk mematikan racun santau/sihir tersebut? ●Cari kelapa muda, Minum air kelapa tersebut pada jam lebih kurang 12 tghr - 1 ptg. Minum jangan letak ais batu atau gula (ori). Sebaiknya minum didalam buah kelapa tu juga, tak perlu pakai cawan atau straw. ●Sebelum minum air kelapa tersebut baca surah Al-Fatihah 1x dan surah Taha Ayat 69 sebanyak 3x kemudian doa (contoh: Ya Allah jadikan air kelapa ni sebagai penawar bagi segala penyakit dan racun bagi segala gangguan jin dan syaitan). Minum dengan perlahan diselangi dengan selawat nabi sehingga habis. ●Jika ditubuh kita mempunyai racun santau/sihir kita akan muntah lendir seperti air liur tapi dalam bentuk berbuih-buih. itula bisa-bisa santau yg ada di tubuh seseorang yg terkena santau. ●Amalkan minum air kelapa seminggu 2 kali. Insya Allah jika dijadi

husnul khotimah