Posts

Showing posts from April, 2011

adusss..... pokka la plak !!!

Image
terkedu aku bila baca kenyataan bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Hashim Yahaya nih. "Jika rakyat negara lain seperti Tunisia menjadi 'pokka' lebih 30 tahun, Mesir juga lebih 30 tahun, rakyat Malaysia pula menjadi pokka lebih dari 50 tahun.." kata beliau serius dalam seloroh. nak tau cerita sepenuhnya jom layari laman : http://www.ibnuhasyim.com/2011/04/tak-taat-kjaan-boleh-dibunuh-ulama.html Pokka atau sesumpah, adalah haiwan mirip mengkarung yang kerjanya hanya angguk sahaja, tak kira apa jadi sekelilingnya.
Image

Bank Islam Alor Setar 18.04.2011 - awat jadi lagu tu!

Sekadar menceritakan pengalaman apa yang berlaku petang tadi agar menjadi peringatan kepada pelanggan-pelanggan bank tersebut yang lain.Apa yang aku alami ini tak pernah berlaku ketika berurusan dengan autoteller machine bank-bank tempatan yang lain. Kisahnya begini. Petang tadi aku ke Bank Islam di Lebuhraya Sultanah (Sambungan) Alor Setar.Jalan nak ke Shahab Perdana tu laa.Cadang tu nak keluarkan skit duit dari akuan simpanan kat situ. Terdapat 2 autoteller machine yang boleh digunakan untuk urusan pengeluaran duit dan aku beratur di barisan pengguna machine yang sebelah kanan.Tiba giliran aku selepas memasukkan kad,no pin,memilih urusan serta memasukkan nilai/amaun duit yang hendak dikeluarkan - tertera kat skrin tu kenyataan (aku lupa dah wording asal nya) yang bermaksud amaun yang aku key ini itu lebih dari jumlah simpanan dalam akaun.Selepas itu keluar plak kenyataan `Urusniaga Dibatalkan' dan kad pun ditendang keluar dari machine. Terkejut gak aku kerana aku yakin + pasti am

Rasulullah SAW kelaparan ......

Suatu ketika, Rasulullah SAW bersama para sahabat melaksanakan solat berjemaah, Umar bin Khattab yang berada di saf depan berasa terganggu fikirannya. Setiap gerakan Rasulullah SAW di depan para sahabat terasa berat dan sukar. Terdengar bunyi seolah-olah sendi Baginda saling bergesel antara satu sama lain. Solat kali ini terasa lebih lama dari biasa. Selepas solat, Umar RA yang begitu khuatir dengan keadaan Rasulullah mendatangi Baginda. Dengan hati-hati Umar duduk di sisi Baginda yang serta-merta Baginda sambut dengan senyuman. “Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah engkau sedang menanggung penderitaan yang sangat berat, sakitkah engkau, Ya Rasul?” tanya Umar. Rasulullah SAW tersenyum sambil menggeleng, “Tidak wahai Umar, Alhamdulilah aku sihat.” “Mengapa setiap kali engkau menggerakkan tubuhmu, kami mendengar seolah-olah sendi tubuhmu saling bergeselan?”. ”Kami yakin engkau sedang sakit wahai Rasul. Meskipun keadaannya agak lemah dan agak pucat, Rasulullah SAW tetap tersenyum. Kera

Kita di ziarah malaikat maut setiap 21 minit??

Seram nyer !!! Sebuah hadis Nabi S.A.W yg diriwayatkan oleh Abdullah b Abbas R.A, bahwa Rasullullah S.A.W bersabda yang maksudnya “Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dlm sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati org itu ada yg sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail: “Alangkah hairannya aku melihat org ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala utk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa”. Manusia tidak akan sedar bahawa dirinye sentiase diperhati oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yg sentiasa mengingati mati. Golongan ini tidak lalai & sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana mereka sentiase meneliti hadis-hadis Nabi S.A.W yg menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal ehwal mati dan hubungannya dgn malaikat maut. 1 hari=24 jam= 1440 minit 1440 minit/70=20.571 minit INI BERMAKNA MALAIKAT MAUT MENZIARAHI KITA SETIAP 21 MINIT! Kawan-kawa

Sembilan Mimpi Nabi Muhammad SAW

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi- mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Isra' kan........" 1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatulmaut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, makamalaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA. 2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amatmenyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA. 3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitandan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah. 4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuatdaripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkanrantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK t