Posts

Showing posts from February, 2016

SAMPAIKANLAH KEBAIKAN MESKIPUN KITA BELUM SEPENUHNYA BAIK

Image
SAMPAIKANLAH KEBAIKAN MESKIPUN KITA BELUM SEPENUHNYA BAIK Menyampaikan kebaikan,saling nasehat-menasehati cerminan seorang mukmin, Apa itu hanya tugas pendakwah saja ? tentu tidak! semua umat muslim berkewajiban menyampaikan kebaikan,meskipun diri kita baru belajar menjadi baik, simaklah nasehat Al-Imam Hasan Al-Bashri rahimahullah dengan penuh tawadhu' beliau berkata : “Wahai manusia, sesungguhnya aku tengah menasehati kalian, dan bukan berarti aku orang yang terbaik di antara kalian, bukan pula orang yang paling shaleh di antara kalian. Sungguh, aku pun telah banyak melampaui batas terhadap diriku. Aku tidak sanggup mengekangnya dengan sempurna, tidak pula membawanya sesuai dengan kewajiban dalam menaati Rabb-nya. Andaikata seorang muslim tidak memberi nasehat kepada saudaranya kecuali setelah dirinya menjadi orang yang sempurna, niscaya tidak akan ada para pemberi nasehat. Akan menjadi sedikit jumlah orang yang mau memberi peringatan dan tidak akan ada orang-orang yang be

KU MULAKAN DENGAN AL-FATIHAH

DAHSYATNYA GETARAN AL FATIHAH ( 3 X ULANG ) Posted by Kun Anta on 23hb Februari 2016 JOM SEMAK BACAAN FATIHAH ANDABERSAMA TAN SRI HASSAN AZHARIULAMA QURAN TERKEMUKA NEGARA KITA Posted by Surau Al Jawhar on 21hb Februari 2016

JANGAN KEDEKUT BELANJA MINUM

Amalan ampuh murah rezeki! 󾌳 Posted by University of Life on 28hb Februari 2016

KERJA SEBAGAI IBADAH

KERJA SEBAGAI IBADAH PENDAHULUAN Setiap perbuatan yang dilakukan oleh seorang Muslim akan dianggap sebagai ibadah jika ia mematuhi garis panduan yang dikehendaki oleh syarak. DEFINISI Kerja bermaksud “Kesungguhan yang dilaksanakan oleh manusia bagi mendapatkan upah atau ganjaran”. Ibadah bermaksud “Kepatuhan dan ketaatan kita kepada ketinggian dan kekuasaan Allah yang diiringi kesanggupan menyerah diri kepadaNya”. Kerja sebagai ibadah bermaksud “ Tugas atau tanggungjawab untuk meraih pendapatan dan keredhaan Allah”. . TUJUAN BEKERJA 1.Tuntutan di dalam Islam. 2. Untuk mendapat rezeki kurniaan Allah 3. Sebagai mekanisme untuk memakmurkan muka bumi. AYAT AL-QURAN MENGENAI TUNTUTAN BEKERJA Surah at-Taubah ayat 105 bermaksud; “Katakanlah wahai Muhammad: Beramallah kamu (akan segala yang di perintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata,

SEJARAH MELAYU YANG DISEMBUNYIKAN

Sejarah melayu yang di sembunyikan from Nizam Zan

DIDIKAN BAPA MITHALI

Image
Terkesan lihat seorang alim.Dia didik anaknya untuk tidur awal setiap malam. Pukul 10 malam sahaja semua anaknya dah tidur lena. Dalam pukul 4.45 pagi semua anaknya dengan mudah bangun dan semuanya solat tahajud dan baca Al-Quran. Dengan sekali panggil a naknya berebut-rebut nak pergi masjid solat subuh. 6 orang anaknya umur 4 tahun sampai umur 15 tahun. Dari kecil dia didik anaknya zikir 300 pagi dan 300 petang. 100 kali tasbihat, 100 selawat, 100 x istighfar. Untungnya anak-anaknya. Untungnya mak ayahnya. Hari ini ramai orang latih anaknya untuk main bola sejak kecil. Menyanyi sejak kecil. Pandai matematik sejak kecil. Pandai menari sejak kecil. Benarlah agama ini mudah dan nikmat untuk orang iman kuat dan mengenal Allah. Bila iman lemah orang kata agama mudah juga tapi setelah mereka permudahkan sendiri. Ya Allah umurku sudah tua tapi masih belum istiqamah bangun tahajud dan menangis. Ya Allah apalah yang aku cari dalam dunia ini. Wahai diri berapa lama lagi kamu perlukan masa

10 WASIAT IMAM HASSAN AL-BANNA

Image
Imam Hasan Al-Banna merupakan seorang pejuang yang gigih dan berani, berjaya menyedarkan masyarakat dengan fikrah dan pendekatan barunya dalam gerakan dakwah dan manhaj tarbiahnya yang syumul. Walaupun beliau telah pergi menemui Ilahi, namun fikiran dan gerak kerjanya masih menjadi rujukan dan pegangan pejuang pejuang dan harakah Islamiah pada hari ini. Mari kita hayati pesanan-pesanan beliau kepada umat islam khasnya dalam menyusuri kehidupan seharian untuk ke akhirat kelak. 1. قم إلى الصلاة متى سمعت النداء مهما كانت الظروف. Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walau bagaimana keadaan sekalipun. 2. أتل القران أو طالع أو استمع أو ذكر الله ولا تصرف جزءا من وقتك في غير فائدة. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis- majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah. 3. اجتهد أن تتكلم بالعربية الفصحى فإن ذلك من شعائر الإسلام. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana baha

HAKIKAT MEMADAMKAN KEPALSUAN

Image
Ramai mereka yang dilihat biasa tapi luarbiasa ramai mereka yang dilihat luarbiasa tapi mereka adalah biasa… Uwais Al-Qarni dilihat biasa sehingga tiada manusia bumi yang menghiraukannya tetapi hakikatnya dia adalah luarbiasa dia dicintai Nabi walaupun tiada menemuinya dia adalah sebaik-baik tabieen di zamannya tiada pujian, harta, wanita yang dapat mengugah keimanannya Dia bagaikan sebuah gunung yang kukuh pintu langit terbuka untuknya ketika berdoa Allah sentiasa menghadapkan wajahNya kepadanya dengan penuh cinta… Al-Bal'am dan Al-Basyisor adalah manusia luarbiasa kealiman, kewarakan dan karamahnya amat disanjung segala kalamnya dipatuhi, sang raja tunduk padanya namun dia adalah manusia biasa di sisi Allah yang tiada tahan dengan pujian dan kemewahan yang tiada tahan dengan pujukan wanita sehingga langit menutup pintu padanya dan Allah tiada memandang pada wajahnya melainkan dengan penuh kemurkaan sehingga ditutup pintu keimanan akhir kalamnya Dia

RAHSIA PENERIMAAN DOA NABI YUNUS YANG JARANG DIKETAHUI

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim. Nota Kelas Tafsir (al-Saffat [37:139-143-144]) pada 29 Disember 2016. Antara isunya adalah rahsia penerimaan doa Jangan bermusim dalam mengingati Allah! Itu adalah “rukun hidup” yang wajib difahami oleh semua Muslim yang bertuhankan Allah. Ada sesetengah manusia hanya mencari Allah ketika susah. Apabila hidup dilanda resah, solatnya menjadi khusyuk luar biasa mengalahkan para wali. Apabila masalahnya hilang, solatnya langsung hanyut ke laut. Ini sikap manusia yang tidak mengenang budi dan jasa Allah. Kewajipan mengingati Allah secara konsisten terangkum dalam arahan solat 5 waktu. Dalam solat yang 5 ini, Muslim mengatur munajat kepada Allah dalam setiap lafaz bacaan solat. Tambah menarik jarak yang sedikit jauh antara solat Subuh dan Zohor ditampung oleh solat Dhuha, manakala jarak panjang antara Isyak dan Subuh juga dipendekkan dengan saranan solat Tahajjud. Dengan kitaran ini, hubungan dan ingatan seorang hamba kepada Allah berlangsung hampi

MUHASABAH DIRI 30 HARI MENCARI TUHAN YANG HILANG

Image

UMUR DAH LANJUT TAPI KEJAP KE KIRI KEJAP KE KANAN

“Ustaz! Bagaimana dengan diri saya ini? Usia dah mencecah 52 tahun, tapi hidup masih terumbang-ambing sekejap ke kiri dan sekejap ke kanan.” Dengan mata berkaca lelaki ini bertanya kepada saya usai program "IBRAH RASUL ULUL AZMI DARI JENDELA AL-QURAN" petang tadi. Dari air mukanya saya rasa lelaki ini orang baik. Soalannya seolah menampakkan longgokan dosa yang dilakukannya, tapi saya memahaminya secara terbalik. Beliau sebenarnya orang baik kerana “risau nasib penghujung hidupnya.” Orang sebegini dipuji Allah: وَالَّذِينَ يُؤْتُونَ مَا آَتَوْا وَقُلُوبُهُمْ وَجِلَةٌ أَنَّهُمْ إِلَى رَبِّهِمْ رَاجِعُونَ (60) أُولَئِكَ يُسَارِعُونَ فِي الْخَيْرَاتِ وَهُمْ لَهَا سَابِقُونَ (61) Ertinya: Dan orang yang memberi apa yang mereka berikan sedang hati mereka gementar (bimbang kalau amalan mereka ditolak Allah) kerana mereka yakin akan kembali kepada Tuhan mereka; Mereka itulah orang yang segera mengerjakan kebaikan, dan merekalah orang yang mendahului pada mencapainya (al-Mu’minun

AYAT MOTIVASI DARI DIA

Image
Ayat Motivasi dari Dia! Assalamualaikum.. Dengan kalam Allah. Maha suci Engkau! Kehidupan seakan berlari terlalu laju. Adakah aku yang lambat? Atau aku sendiri tidak mengejar? Lemas. Sebenarnya aku tenggelam dalam tumpukan kerja. Allahuakhbar.. Ya Allah, bantu aku dalam mengingati, beribadah dan sujud kepadaMu. Wake up HAKIM! Jangan terus dihanyut jauh. Pentas dunia hanya sekali. Ok, aku tak nak menjadi manusia yang rugi lagi.. Sebab? Tentu sekali kerana jawatan khalifah yang aku pegang dan title hamba yang aku ada! (muka serius). Uhmmm... (tarik nafas dalam-dalam) Hembussss!! Yaaa.. kita semua wajib ada tujuan hidup. Hidup bukan hanya di dunia. Tetapi di akhirat lebih panjang. Dan aku harus mendapatkan kedua-duanya. Apabila kamu kejar dunia ia akan lari, tetapi jika kamu kejar akhirat.. kedua-duanya akan datang. Gembira kan dengar ayat cinta ni? Lumrah manusia. Syaitan itu datang bukan sahaja saat kita ingin berubah, malah ketika sedang berubah. Saat itulah kita diuji dengan