Posts
Showing posts from July, 2014
Kelebihan Puasa 6 Hari Di Bulan Syawwal
- Get link
- X
- Other Apps
Dari Abu Ayyub radhiAllahu `anhu bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda: مَن ٌصَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ اَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ. رَوَاهُ مُسْلِم “Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa 6 hari dari bulan Syawwal maka adalah dia seperti berpuasa sepanjang masa.” (HR Muslim) Menurut Imam Ahmad, puasa 6 hari di bulan Syawwal boleh dilakukan samada berturut-turut atau tidak berturut-turut. Tiada kelebihan antara kedua-dua cara itu. Sama sahaja. Sedangkan menurut ulama-ulama madzhab Hanafi dan madzhab asy-Syafi`i, mereka berpandangan lebih utama melakukan puasa 6 hari di bulan Syawwal secara berturut-turut, iaitu sesudah `Eidul-Fitri. Ada ulama berpandangan dikatakan berpuasa 6 hari dari bulan Syawwal selepas berpuasa di bulan Ramadhan seperti berpuasa sepanjang masa kerana secara umumnya kebajikan yang dilakukan oleh ummat Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam akan digandakan sebanyak 10 kali ganda. ...