taubat berulang kali
div style="text-align: center;"> ⚔ ⚔⚔ ⚔⚔ ⚔⚔ ⚔⚔ ⚔⚔ ⚔⚔ ⚔⚔ ⚔⚔ ⚔⚔ ⚔⚔ ⚔⚔ ⚔⚔ ⚔⚔ ⚔⚔ ⚔ Soalan Seseorang bertaubat atas sesuatu maksiat, kemudian nafsunya kembali menguasai dirinya sehingga dia kembali mengulangi melakukan maksiat. Adakah taubatnya diterima? Jawapan Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan. Konsep Taubat dalam Islam Ibn Manzur berkata, taubat ialah kembali kepada Allah daripada dosa, kembali kepada Allah sahaja atau kembali mentaati selepas melakukan dosa, atau memberi maksud kembali daripada dosa. (Lihat Lisan al-Arab, 2/61) Menurut Kamus Dewan, taubat ialah sesal akan dosa (perbuatan jahat dan lain-lain) dan berazam tidak akan berbuat dosa (jahat) lagi, perasa...