aku mesti jadi JUARA !!!

Pagi ini telah ku kemaskan laci-laci minda ku.Telah ku susun semua kertas kerja perancangan niaga.Telah ku senaraikan tindak kerja yang perlu dilakukan segera tanpa menangguh masa.Telah ku updatekan Single Day Action.

Telah ku bersihkan habuk-habuk yang lama terkumpul dan mengotorkan laci minda ku.Telah ku musnahkan nota-nota masa silam yang menjadi penebat kelancaran pandangan ke masa hadapan.Telah ku bakul sampahkan semua kenangan negatif semalam dan hari ni aku tak mahu mengenangnya lagi.


Aku mesti menjadi orang baru.Bersemangat baru.Jati diri baru.Imej baru.


Subuh ini,di atas sejadah keimanan dan ketakwaan,aku memanjatkan doa kepada Mu,Ya Allah!


AKU MAHU JADI JUARA ...... AKU JUARA,INSHA ALLAH!

Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam