wabak chikungunya di Pendang
Sepanjang minggu ini kerja-kerja di pejabat lebih tertumpu kepada aktiviti-aktiviti kawalan dan pencegahan demam chikungunya.Bilik Gerakan telah dibuka dan semua kategori separa perubatan dan perubatan telah di utilise sepenuhnya untuk menangani keadaan ini,termasuklah aku.Biasalah tu!
Berjalan dari rumah ke rumah di kampong-kampong yang dilapurkan berlaku kes memanglah memenatkan tetapi bila dianggap sebagai itu satu peluang untuk bersenam ianya kembali melegakan.
Semuanya kecoh sejak berita ini keluar di TV3 kemudiannya diikuti oleh suratkhabar pula.Ada penduduk kampong yang memanggil wartawan TV3 untuk membuat lapuran.Di satu sudut yang lain aku merasakan tindakan penduduk tersebut adalah seperti menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri atau membuka pekung di dada.
Penyakit demam chikungunya ini dibawa oleh nyamuk aedes dan hanya akan berlaku di kawasan yang persekitarannya kotor iaitu banyak tempat-tempat air bertakung yang membolehkan nyamuk bertelur dan membiak.Tugas membersihkan kawasan sekitar rumah adalah tugas dan tanggungjawab penduduk itu sendiri.Sekarang ni kerana kita sendiri yang memberitahunya - satu Malaysia dah menonton dan tahu bahawa kampong kita kotor dan sekeliling rumah kita sendiri tu kotor.Siapa yang malu???
Tugas anggota kesihatan adalah untuk mengawal dan mencegah supaya tidak merebak dan tugas anggota perubatan memberi rawatan supaya pesakit itu sembuh.Kerjasama dan peranan besar penduduk ialah menyediakan keadaan sekitar mereka yang bersih.Hanya 10 minit seminggu dah mencukupi dan itu bukanlah suatu yang terlalu berat untuk dilakukan!

Comments
Post a Comment