pendang hujan lagi laaaaa

Pagi ni hujan turun lagi.Dah hampir seminggu camni.Kalau hujan tu berterusan begini maknanya aidil fitri tahun ni akan disambut bersama siraman air hujan.Anak-anak kecil tentu belemoih pakaian ghaya dengan selut atau air keleboq.Tak pa laa yang penting ghaya tetap ghaya.

Tu pun kira ok la juga sebab sebelah petang tak hujan.So penjaja pasar ramadhan tetap dapat berniaga dan mungkin nak full speed minggu terakhir nih.Dari aneka lauk pauk akan beralih pula kepada aneka jualan koi ghaya.Bermacam-macam bentuk beraneka warna cuma kadang-kadang tu rasanya samaaaaa saja.

Berniaga adalah sumber rezeki yang turut diceburi oleh Baginda Rasulullah SAW malah telah dinyatakan bahawa 90% daripada punca rezeki ada dibidang perniagaan.Perlu diingat kejujuran dan keikhlasan dalam perniagaan adalah kriteria utama untuk mencapai keberkatan dari 90% rezeki tersebut.

Sekadar menyebut (semoga ianya hanya satu kesilapan @ technical error hmmmmmmm....) pernah aku beli koeteow kerang yang telah sedia dibungkus di pasar ramadhan tetapi bila nak makan time berbuka tu rupanya hanya koeteow taugeh sahaja.

Peniaga-peniaga koi ghaya pula harap tu biarlah jujur.Janganlah koi yang dibuat oleh orang bukan Islam dijual dan dipromote sebagai buatan orang Islam.Dalam Islam kita tak ada hukum matlamat menghalalkan cara.Buat apa pun takpa,cakap apa pun takpa yang penting jualan laku.Orang yang beli tu mungkin kerana penjual tu beragama Islam,harapannya koi tu pun dibuat oleh orang Islam.

Biarlah untung hanya sedikit asalkan berkat kerana semua itu akan menjadi sumber untuk membeli makanan menyara diri dan anak bini kita.Jangan biarkan kita dan anak bini kita tembon dengan rezeki yang syubhah.

Banyak-banyak koi yang ada tu aku cukup suka ngan koi siput.....

Penoreh-penoreh getah plak camna yerr time hujan ni ???
Dah berapa hari tak masuk ofis ???

Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam