what do you think ???

Ini adalah photo mamat yang dah berjaya memanjat dan melambaikan tangannya di puncak bangunan Menara Berkembar Petronas yang setinggi 88 tingkat tu.

Dari berbagai-bagai sudut dapat kita huraikan photo @ kejadian ini.

Dari sudut nilai motivasi diri mamat tersebut dapat kita contohi betapa semangatnya yang tak berputus asa untuk terus mencuba dan akhirnya berjaya.Begitulah semangat yang wajar kita bina dalam diri kita untuk menggapai sebuah `KEJAYAAN' di dalam apa saja kerja buat kita.Prinsipnya : buat yang betul dengan betul-betul,Insha Allah!

Kalau ditinjau dari sudut keselamatan negara,rasa risau sangat-sangat.Apa yang pegawai-pegawai keselamatan kita buat pun tak tau laaa.Mamat tu nak sampai ke atas tu bukannya seminit dua takkan laa tak ada sistem alarm kat mana-mana pun......

Macam mana laa kalau ada orang pi ceroboh masuk ke loji-loji air yang dok supply air paip kat kita tu,tuang racun kat dalam tu.....Masya Allah!

petikan berita :

SPIDERMAN TAWAN PUNCAK MENARA BERKEMBAR PETRONAS
Oleh TAN MING WAI
tan.mingwai@utusan.com.my
--------------------------------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR 1 Sept. – Setelah dua kali gagal, lelaki warga Perancis yang terkenal dengan gelaran 'Spiderman' kerana kebolehannya menakluk bangunan pencakar langit tanpa kelengkapan, akhirnya hari ini berjaya menawan puncak tertinggi Menara Berkembar Petronas.

Alain Robert, 47, pernah memanjat bangunan yang mempunyai ketinggian 88 tingkat atau 452 meter termasuk antena pada 1997 dan 2007, namun kedua-dua percubaannya itu terhalang apabila ditahan pihak berkuasa di tingkat 60.

Sebaik menuruni salah satu puncak menara berkenaan, Menara Dua hari ini, Alain ditahan pihak keselamatan di tingkat 88 sebelum diserahkan kepada polis kira-kira pukul 8.20 pagi.

caption photo :

'SPIDERMAN' Perancis, Alain Robert mengangkat kedua-dua belah tangan sebagai tanda kejayaannya menakluki puncak tertinggi Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur, semalam

Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam