HANG makan BABI ker?

Posted on Saturday, May 08 @ 11:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh SongkokPutih

Oleh: notan

Assalamualaikum, Tergelak sendirian apabila mendengar kisah wartawan Islam dari Utusan Meloya meroyan dan Berita hari hari hairan cuba mendapatkan komen dari MB Kedah mengenai pusat penyembelihan babi di Kedah.Begitu sungguh sungguh mereka menunggu MB kedah semata mata nak kan komen MB mengenai babi ini tetapi malang sungguh mereka akhirnya pulang dengan hampa dan malu besar.Kenapa? sebab jawapan yang diberikan oleh MB kedah mengingatkan aku akan kisah Imam Hassan Basri dengan seorang majusi.

Imam Hassan Basri seorang ulamak besar yang juga wali ALLAH yang penuh dengan karomah pernah berdiskusi dengan seorang majusi yang sakit di mana Imam Hassan Basri mengajak majusi itu menukar akidah tetapi majusi itu bertanya Imam Hassan Basri apakah faedah yang bagi dirinya sekiranya beliau menukar akidah kepada Islam?Tapi jawapan Imam Hassan Basri cukup mudah, hanya dengan meminta api diberikan kepadanya dan beliau memasukkan tangannya ke dalam api tersebut kemudian dikeluarkan semula.Tangan Imam Hassan Basri tidak terjejas kerana karomahnya.Kemudian beliau menyuruh majusi tersebut memasukkan tangannya pula ke dalam api tersebut tetapi majusi itu enggan kerana menurutnya tangannya akan terbakar sekiranya beliau berbuat demikian.Lalu Imam Hassan Basri bertanya majusi itu, jadi apakah faedahnya selama ini engkau menyembah api sedangkan api tersebut tidak mampu menolong kamu,sedangkan aku yang tidak pernah menyembah api tidak diapa apakan oleh api yang engkau sembah itu?

Demikianlan lebih kurang tindakan Imam Hassan Basri dalam menangani isu majusi yang pernah berlaku di zamannyn di mana akhirnya majusi itu memeluk Islam.Di zaman dan negara kita hari ini, bukan majusi yang jahil yang menberi masalah tetapi orang Islam yang berbangsa melayu.Sebabnya mereka memberi masalah ialah kerana sedikit habuan dunia dan antara masalah yang dibawa oleh golongan ini ialah cuba menunjukkan bahawa sebuah kerajaan yang bercita cita menegakkan syariat dan syiar Islam sebagai bohong.Caranya ialah menggunakan larangan agama yang jelas tetapi tidak dibebankan kepada orang orang bukan Islam.

Inilah jadahnya, apabila wartawan beragama Islam itu datang berjumpa MB Kedah kerana assigment yang diberikan kepada mereka.Assigment ini pula bukanlah assigment yang beretika kerana awal awal lagi mereka tahu Babi sudah lama bertapak di Kedah, malah bertahun tahun Kedah diperintah oleh BN tidak pun pernah wartawan utusan meloya meroyan dan berita hari hari hairan datang untuk membuat cover up.

Wartawan yang bebal ini nampaknya tidak menyangka seorang MB yang berilmu boleh menangani masalah kebebalan mereka dengan cukup mudah apabila MB bertanya mereka "Hang makan babi ker?". Terpingga pinga wartawan wartawan tersebut kerana mereka baru sedar bahawa mereka juga beragama Islam.kalau mereka tak makan babi kenapa sibuk dengan babi?Setelah mereka menjawab "tidak", MB berkata lagi suruh yang makan babi datang tanya......

Percubaan yang kebudak budakkan wartawan wartawan yang meneirma assigment kerana sibiji jagung dipatahkan hanya dengan soalan mudah dan murah..Akhirnya isu babi di Kedah gagal dimanupulasikan oleh akhbar pengampu besar ini.


http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=4665

**********************************************

Aku ??? : nak gelak pun seriau satgi ada yang beghasa plak.La la ni sensitif oooo jangan dok melukat,jangan dok tebiang nak perli-perli - hangpa pepak hangpa gonyeh hangpa telan la kedhiri!


Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam