Happy Labour Day 2010

Selamat menyambut Hari Pekerja 2010.Dihari yang khusus meraikan golongan kita iaitu pekerja,marilah kita sama-sama muhasabah diri.Pekerjaan yang kita lakukan adalah sumber pendapatan yang dengannya kita belanjakan untuk kehidupan seharian.Selain dari makanan dan minuman sumber kewangan dari pekerjaan ini juga kita gunakan untuk membeli lain-lain keperluan seperti rumah, kenderaan,pakaian dan perbelanjaan pelajaran persekolahan anak-anak.

Pernah kita bertanya "apakah aku berpuashati dengan sumber rezeki ku ini totally halal??? Atau apakah telah tergaul sama sumber-sumber syubhah ???" (Sumber haram tentu kita dapat buat tapisan kerana ianya jelas).Sempadan atau batasan antara halal dan syubhah saja yang semaklin hari semakin kabus seiring dengan dunia yang semakin menghampiri akhir zaman kini.

Yang mampu menjadi penapis untuk mengasingkan antara yang halal dan syubhah hanyalah ilmu dan iman.Cukupkah ilmu agama yang kita pelajari hanya di sekolah dari Darjah 1 hingga Tingkatan 5 itu kita gunakan untuk menangkis arus dunia yang begitu bergelora kini ??? Apakah kita diizinkan hukum untuk mengatakan itu tak apa ini tak apa kerana dharurah ???

Sempena Hari Pekerja 2010 ini marilah kita sematkan tekad dan azam baru agar setiap minit,setiap detik waktu bekerja kita itu akan terisi dengan urusan kerja dan bukannya urusan peribadi.

Dimulakan dengan ketika melangkah keluar rumah,dihati telah tersemat niat untuk keluar mencari rezeki yang halal untuk keluarga.Lalu sepanjang waktu yang berlalu dari jam 8.00 hingga 5.00 petang akan diisi dengan urusan-urusan yang dibenarkan oleh Arahan Perkhidmatan.

Insha Allah jika kita semua sama-sama memperhalusi persoalan rezeki yang halal ini,semua masalah remaja masa kini akan selesai dengan sendirinya.Anak-anak yang tumbuh membesarnya dari sumber rezeki yang halal akan terpimpin imannya dan tidak akan menjadi liar atau bermasalah dalam masyarakat.

Allah SWT telah berfirman :

"Wahai hamba Ku! Hati mu adalah taman Ku dan syurga Ku adalah taman mu.Sekiranya engkau tidak bakhil kepada Ku dengan taman mu bahkan engkau tempatkan makrifat Ku di dalam hati mu, nescaya Aku tidak akan bakhil kepada mu dengan taman Ku dan akan aku tempatkan engkau di dalamnya!"

Hadis Qudsi.

Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam