Meniti Usia Yang Semakin Tua

Seminggu dua ni aku agak sibuk.Banyak urusan pejabat yang perlu diselesaikan segera kerana ada target masa yang ditetapkan.Kertas siasatan kes misalnya ada tempoh yang ditetapkan untuk diselesaikan sedangkan aku tetap tak punya pembantu tetap untuk berkongsi tugas.Cadangan kepada pegawai kanan agar jadual operasi disusunatur semula agar tidak dijalankan pada akhir bulan tidak pernah dipedulikan.Kesannya menjadikan workload aku tak sekata dan perancangan kerja sering menjadi berantakan.

Bila berdepan dengan suasana kerja yang sebegini aku kekadang merasa cemburu dengan rakan-rakan sejawatan di unit-unit yang lain.Melihat mereka dan aktiviti kerja mereka aku merasakan ....... aku stress sebenarnya!

Dalam keadaan sebegini bila balik ke rumah mendengar omelan isteri menyatakan kepenatannya membasuh pakaian yang banyak dan memasak makanan untuk keluarga - aku lantas terfikir apakah kini kehidupan aku telah semakin menyusahkan dan membebankan kehidupan isteri ku???

Mungkinkah usia tua @ semakin tua yang sedang aku lalui kini menjadikan aku sensitif sebegini ??? Semakin merasa mulai tak diperlukan ??? Semakin tak dihargai ???

Aku berharap ini hanyalah perasaan ku sahaja.Kerenah hati kecil ku yang kecil hati dan bukannya realiti.Semoga aku tidak akan menjadi bebanan kepada isteri dan anak-anak ku!

Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam