Bertaut Kasih Bercantum Saudara Di Aidil Fitri
Aidil Fitri 1431 ini pasti suatu hari yang begitu menggembirakan hati ibu ku kerana dikunjungi oleh saudara maranya (saudara mara aku juga ler) yang berlainan sebapa tetapi berlainan ibu dari Kampung Banggul Enggok,Baling pada hari raya kedua.
Alhamdulillah berpadu semula jalinan kekeluargaan yang telah lama tidak bertemu setelah generasi pertama keluarga telah meninggal pun dunia.Pada hari raya ketiga (petang tadi) pula setelah berhari raya di rumah bapa saudara ku di Kampung Banggul Berangan,aku membawa pula ibu dan keluarga berkunjung balas berhari raya pula ke rumah mereka.

Comments
Post a Comment