Monday, September 20, 2010

macam orang bercinta la plak!

seminggu sebelum raya dan sehingga hari ni pun aku dah jadi macam orang tengah bercinta jerr.Asyik tertunggu-tunggu kedatangan posman....bila la nak mai!

Hari ahad start kerja semula setelah bercuti raya,tengahari rasa tak sabar nak balik tengok kotak surat kat rumah ... ada tak lagi surat yang ditunggu-tunggu tu!

Bukannya surat dari kekasih hati yang ditunggu nanti tu tapi surat dari Lembaga Tabung Haji.Mengikut kata pegawai kat pejabat tabung haji minggu akhir bulan puasa tu jemaah-jemaah haji yang terpilih untuk mengerjakan ferdhu haji tahun ni akan mula menerima surat pemberitahuan tarikh penerbangan masing-masing.

Itu yang suspen tu,yang dok tunggu-tunggu surat Tabung Haji tu sebab tarikh penerbangan pertama ialah 9 Oktober,2010.Tarikh untuk aku dan isteri bila plak???

Suspen! Suspen!

No comments:

Post a Comment