Majlis Bacaan Yasin Dan Solat Hajat
Pagi tadi aku dan isteri ke Sekolah Menengah Agama Kedah,Lebuhraya Sultanah Bahiyah,Alor Setar.Hadir bersama dengan puluhan lagi ibu bapa yang sama-sama ingin bermunajat dan menghimpun doa harapan serta sokongan moral kepada anak-anak yang akan menduduki peperiksaan duniawi iaitu PMR,SPM dan STPM pada tahun ini.
Hujan turun agak lebat.Lebuhraya basah ketika aku lalui dari tol Kobah hingga tol Alor Setar utara sehinggalah sampai ke surau sekolah tersebut.Justru untuk memberi peluang lebih masa untuk ibubapa yang masih kehujanan dalam perjalanan,Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat tersebut ditunda dari jam 9.00 ke jam 9.30 pagi.
Majlis dimulakan dengan ucapan aluan dari pihak pentadbiran sekolah dan pengerusi PIBG diikuti dengan penyampaian hadiah kepada pelajar-pelajar cemerlang dan menunjukkan peningkatan prestasi PMR 2010.Satu usaha yang bagi sebagai peransang kepada pelajar untuk terus menjana usaha dan azam untuk istiqamah meningkatkan prestasi dalam pembelajaran.
Perbezaan yang jelas dalam majlis bacaan Yasin di sekolah agama dengan sekolah menengah biasa yang pernah aku hadiri ialah penyertaan pelajar-pelajar dalam mengimarahkan majlis bacaan Yasin tersebut.Jika di sekolah menengah biasa suara ibu bapa yang membaca mendominasikan majlis tetapi suara pelajar-pelajar agak tidak kedengaran.Tandanya ramai pelajar-pelajar yang tidak berupaya untuk turut sama mengkumandang surah tersebut berbanding di sini suara pelajar-pelajar hampir mendominasi suara ibu bapa (maalomlah pitching suara veteran nih dah tak selantang suara remaja).Puas rasanya!
Anak-anak pelajar gigih berusaha belajar,guru-guru gigih mengajar makanya inilah usaha ibu bapa untuk sama-sama menyatukan pakej perjuangan agar akan direstui dan diberkati Illahi dengan kejayaan cemerlang anak-anak di dalam peperiksaan nanti.
Dalam doa solat hajat aku memohon agar semua pelajar-pelajar sekolah ini termasuklah putri kedua ku yang akan menduduki SPM akan sentiasa berada di dalam keadaan yang terbaik dan beroleh kejayaan yang terbaik dalam peperiksaan nanti.
Usaha majlis ini adalah bertepatan dengan Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Az Zubir r.a.
"Sesiapa membaca Yaa siin sebelum dikerjakan hajatnya nescaya ditunaikan baginya hajatnya"
Terima kasih kepada pihak penganjur kerana turut menyediakan jamuan ringan yang kalau ditimbang kira berat juga kalorinya tu! Alhamdulillah!

Comments
Post a Comment