Tuesday, October 05, 2010

Siapakah Diri Ini???

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM
Tuhan yang Maha pengasih dan Maha penyayang

Terduduk aku melihat mentari yang kian beransur tenggelam di ufuk barat.Semakin berbalam sinarannya.Semakin pudar kecerahannya sedang kan tadinya terik memancar ke segenap alam. Pagi esok kau muncul lagi sebagaimana fitrah mu di ufuk timur namun adakah aku akan berkesempatan menemui mu lagi hai sang mentari..? adakah itu sinar yang terakhir buat aku..?

Siapa diri aku sebenarnya untuk menyoal persoalan-persoalan sedemikian..? Berhakkah aku menyoal akan hak Allah S.W.T..? Semakin hari aku melangkah,semakin aku dekat akan kiamat yang bakal mendatang...namun adakah bekalan ku semakin bertambah..?persoalan buat diriku sendiri..muhasabah diri..mencari dan menjana kekuatan diri kembali..

Ya Allah..ya Rahman...ya Rahhim..ya Fatah hu ya A'lim...
Aku mencari nadi kekuatan, nadi keinsafan, nadi istiqamah, nadi kejayaan, nadi kecemerlangan,nadi kebahagian, nadi kezuhudan, nadi keberkatan juga kerahmatan, dan nadi taqwa yang hakiki untuk aku sematkan dalam nadi kurniaan Mu ini..aku ketandusan semua itu daripada MU

Ya Allah..Aku mohon, aku pinta daripada Mu Azzawajalla..tiada tempat lagi untuk aku meminta,memohon,merayu, dan mengadu, hanya kepada MU wahai sang Pencipta..aku tahu ada orang diseliling aku,yang saling melengkapi, dan mampu membantu, tetapi hakikatnya semua bantuan itu semuanya datang daripada Mu..Aku milik Mu ya Allah..dan semua milik Mu..aku akan menemui ajal, makanya pertemukanlah ajal aku dalam husnul khatimah..

Ya Allah..ya Rahman...ya Rahhim..ya Fatah hu ya A'lim...
Aku sujud memohon. bantulah perjuangan aku,perjuangan sahabat2 aku, dan perjuangan seluruh umat islam yang inginkan islam terpacak mekar di bumiMu ini..supaya islam kembali berkuasa..islam dilaksanakan sepenuhnya tanpa menolak sedikit pun hukum Allah..jauhilah aku,ibu bapa ku,isteri ku,anak-anak ku dan sahabat-sahabat ku daripada sebarang fitnah dalam perjuangan hidup ini ya Allah..

Akhirnya aku memohon daripada mu Ya Allah..janganlah campakkan aku dalam neraka Mu ya Allah..aku takut ya Allah..amatlah pedihnya ya Allah..satu titisan api yang membakar itu boleh menghancurkan diri aku..disiksa dan terus..ya Allah..aku mohon belas kasihan MU dan Syafa'at untuk aku melangkah di gerbang syurga Mu dan menjadi penghuni syurga buat selama-lamanya..masukkanlah akhlak Nabi Mu dalam naluri ku Ya Allah..

Siapakah diri ini....??????

Akulah setitis air mani yang tidak bernilai,menjadi segumpal darah, menjadi seketul daging, seterusnya ku juga tulang belulang yang terbentuk,aku dimasukkan roh,lantas aku dilahirkan sebagai seorang juara yang bernama khalifah..
ITULAH AKU..

No comments:

Post a Comment