Bank Islam Alor Setar 18.04.2011 - awat jadi lagu tu!
Sekadar menceritakan pengalaman apa yang berlaku petang tadi agar menjadi peringatan kepada pelanggan-pelanggan bank tersebut yang lain.Apa yang aku alami ini tak pernah berlaku ketika berurusan dengan autoteller machine bank-bank tempatan yang lain.
Kisahnya begini.
Petang tadi aku ke Bank Islam di Lebuhraya Sultanah (Sambungan) Alor Setar.Jalan nak ke Shahab Perdana tu laa.Cadang tu nak keluarkan skit duit dari akuan simpanan kat situ. Terdapat 2 autoteller machine yang boleh digunakan untuk urusan pengeluaran duit dan aku beratur di barisan pengguna machine yang sebelah kanan.Tiba giliran aku selepas memasukkan kad,no pin,memilih urusan serta memasukkan nilai/amaun duit yang hendak dikeluarkan - tertera kat skrin tu kenyataan (aku lupa dah wording asal nya) yang bermaksud amaun yang aku key ini itu lebih dari jumlah simpanan dalam akaun.Selepas itu keluar plak kenyataan `Urusniaga Dibatalkan' dan kad pun ditendang keluar dari machine.
Terkejut gak aku kerana aku yakin + pasti amaun simpanan dalam akaun aku adalah melebihi dari amaun yang aku nak keluarkan itu.Yang timbul dalam fikiran ku tika itu ialah `aku mesti pi ke kuanter bank la ni juga untuk buat aduan kat kerani-kerani bank yang bertugas masa tu'
Aku pun bergerak keluar dari barisan untuk memberi peluang kepada pengguna yang di belakang pula.Baru dua langkah aku bergerak keluar barisan mengarah ke kaunter bank,aku terasa bahu ku dicuit orang dari belakang.
Aku menoleh.Rupanya pengguna yang kat belakang aku tadi tu yanng mencuit."Pak cik,duit tu tak ambik ke?"
Laa awat jadi lagu tu.... tadi dah kata urusniaga dibatalkan.Macam mana plak duit tu keluar juga.Bingung gak aku! Nasib baik laa pemuda tu beriman.Kalau dia diam jerr pun tak ada siapa yang tahu.
Moral of the story : Jangan percaya sangat kat machine tu!
Apa komen anda plak???

Comments
Post a Comment