Rasulullah SAW kelaparan ......

Suatu ketika, Rasulullah SAW bersama para sahabat melaksanakan solat berjemaah, Umar bin Khattab yang berada di saf depan berasa terganggu fikirannya. Setiap gerakan Rasulullah SAW di depan para sahabat terasa berat dan sukar. Terdengar bunyi seolah-olah sendi Baginda saling bergesel antara satu sama lain. Solat kali ini terasa lebih lama dari biasa.

Selepas solat, Umar RA yang begitu khuatir dengan keadaan Rasulullah mendatangi Baginda. Dengan hati-hati Umar duduk di sisi Baginda yang serta-merta Baginda sambut dengan senyuman.

“Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah engkau sedang menanggung penderitaan yang sangat berat, sakitkah engkau, Ya Rasul?” tanya Umar.

Rasulullah SAW tersenyum sambil menggeleng, “Tidak wahai Umar, Alhamdulilah aku sihat.”

“Mengapa setiap kali engkau menggerakkan tubuhmu, kami mendengar seolah-olah sendi tubuhmu saling bergeselan?”. ”Kami yakin engkau sedang sakit wahai Rasul.

Meskipun keadaannya agak lemah dan agak pucat, Rasulullah SAW tetap tersenyum. Kerana jawapan “tidak” atau “aku baik-baik saja” baginda rasakan masih tidak cukup lagi, lalu Rasulullah SAW mengangkat jubahnya hingga ke bahagian perut. Umar dan sahabat terperanjat buat seketika. Kelihatan perut Baginda begitu kempis, perut itu dililit oleh kain yang berisi batu kerikil. Kerikil-kerikil inilah yang menimbulkan bunyi ketika mengimami solat.

“Ya Rasul, ”suara Umar bergetar oleh rasa hiba dan penyesalan,“ Apakah jika engkau mengatakan sedang lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan menyediakan dan menyiapkannya untuk engkau?”

Baginda menutup kembali perutnya dengan jubahnya seraya menatap Umar “Tidak, Ya Umar. Aku tahu, apa pun kalian akan korbankan demi aku, akan tetapi apa yang akan aku dapat katakan di hadapan Allah nanti jika sebagai pemimpin aku menjadi beban bagi umatku?”

Baginda mengalihkan pandangan kepada para sahabatnya yang lain seraya berkata, “Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah dari Allah untukku agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia, lebih-lebih lagi di akhirat.”

Subhanallah, siapa pun yang mendengar kalimat Baginda terdiam seketika, ada yang menangis teresak-esak kerana terharu. Maha suci Allah yang telah mengutus seorang pemimpin yang begitu mulia akhlak dan perkataannya.

Alangkah rindunya kita kepada pemimpin sebijaksana Baginda yang tidak mahu membebani umatnya. Kelak pemimpin seperti inilah yang akan dinaungi oleh naungan Allah pada masa tidak ada naungan selain dari-Nya.

Nota : setiap kali aku mendengar kisah rasulullah s.a.w..pasti mataku akan mngalirkan air mata..bila mengenangkan pengorbanan baginda kepada seluruh umatNYA.. Baginda sanggup berlapar demi umatnya...semasa baginda berada di ambang sakaratul maut pun..baginda masih risaukan umat2nya... sehinggalah bila banginda dibangkitkan dari kubur di hari akhirat nnt..baginda tidak akan bertanya pada malaikat.. mana siti khadijah..mana isteriku yg lain..tapi yg pertama sekali baginda akan bertanya pada malaikat..mana umat2ku..adakah umat2ku berada dalam keadaan baik.. betapa mulianya hatimu wahai Rasulullah.. insyaallah kita akan berjumpa di alam yg kekal abadi..

Comments

  1. mohon kongsi ya. sangat sedih bila baca.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam