Posts

Showing posts from November, 2011

Doa Akhir Tahun & Awal Tahun - bidaah!

30 Zulhijjah 1432 - hari ni adalah hari yang terakhir bagi tahun hijrah dan maghrib nanti akan bermulalah tahun baru hijrah 1433.Ertnya telah 1433 tahun Rasulullah SAW melakukan hijrah dari bumi Mekah ke bumi Madinah lalu bermulalah empayar Kerajaan Islam.Walau bagaimana pun perlu diingat Rasulullah berhijrah ke Madinah bukanlah pada bulan Muharram dan bukanlah tarikh 1 Muharram,cuma tahun berlaku hijrah itu saja diambil kira sebagai tahun permulaan kalendar Hijrah) Sebagai persediaan menghadapi bulan baru dan tahun baru - Muharram,2433H aku membuka buka Hebatnya Bulan Islam karangan Ustaz Mohd Yaakub Mohd Yunus untuk merujuk apa-apa yang wajar dilakukan pada hari pertama dan hari-hari seterusnya di bulan Muharram ini agar dapat aku manfaatkan masa dengan ibadah yang bersesuaian.Niat dan tekad ku seiring dengan usia yang semakin lanjut ni untuk mengoptimumkan penggunaan masa dengan ibadah yang semampu mungkin (semoga dijauhkan Allah SWT dari perasaan riak,taqabbur atau pun ujub) Tersen...
Image

Sepanjang Jalan Kenangan

Image

Mabrurkah Haji Ku!

Image
Alhamdulillah,para tetamu-tetamu Allah telah mula menjejakkan kaki semula ke tanah air,Malaysia.Pulang bersama hasil usaha ibadah disepanjang masa berada di Tanah Suci dan kini mula menuai hasilnya - samada mabrur atau tidak ibadah haji yang dilakukan. Tepuk dada tanyalah iman .... jawabannya pasti ada - dimanakah / siapakah kita setelah bertittle HAJI/HAJJAH ???

Bahana Raya Sakan

Image
Jeng jeng jeng! Setelah 2 hari aku beraya sakan.Dengan menu utama daging dan hasilan daging. Pagi nih ni aku dah terima bahananya. Berdenyut-denyut jerr kepala nih sejak dari bangun tidur tadi lagi. Terpaksalah sambung cuti 1 hari lagi! Sorry Boss!

Indahnya Padang Arafah

Image
NOV. 2011: Umat Islam seluruh dunia mula membanjiri Padang Arafah bermula selepas gelincir matahari Zohor di sini hari ini. Wukuf bermula 9 Zulhijah bersamaan 5 November berlansung selama lima hari. Kelihatan lautan umat membanjiri Jabal Rahmah dekat Arafah. -foto BERNAMA MEKAH 5 Nov. - “Rasa sayu melihat lautan umat Islam dan betapa besarnya kekuasaan Allah SWT.” kata Zid Omar, seorang jurufoto agensi berita yang membuat tinjauan udara keadaan kira-kira tiga juta jemaah haji dari seluruh dunia berwukuf di Arafah hari ini. Zid, daripada Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), bersama beberapa rakan jurufoto dari negara-negara Islam, berpeluang menaiki helikopter bagi meninjau seluruh kawasan Arafah. Jemaah berpakaian ihram yang terdiri daripada dua helai kain putih yang tidak berjahit bagi lelaki dan wanita berpakaian sesuai, tidak putus-putus mengucapkan talbiyah “Labbaika Allahumma Labbaik” yang bermaksud “HambaMu datang menyahut panggilanMu, Ya Allah”. Cuaca panas terik ti...

Pagi ni aku masih cuti .......

Image
Hari ni aku masih bercuti.Hanya akan mula bekerja pada 8hb. November,2011 @ hari ke 3 Aidil Adha.Jika kemarin sepanjang hari aku hanya lepak-lepak berguling pating di rumah saja (sendirian kerana anak-anak dan isteri ke sekolah),pagi ni seawal jam 7.00 pagi aku sudah pun berada di tempat letak kereta Mini Stadium Pendang. Dapatlah jalan-jalan santai 2 pusingan mengelilingi Kolam MADA (jarak hampir 6 km)untuk bersenam baikpulih sistem peredaran darah.Sambil merenung alam sekitar ketenangan air kolam yang sesekali beriak dek hembusan angin pagi dan keheningan suasana pagi yang udaranya mula dicemari oleh karbon monoksida dari kenderaan yang menggunakan jalan tar berdekatan kolam tersebut.Nun dikejauhan,di penghujung kehijaun sawah padi,terbentang gagah kebiruan banjaran Gunung Jerai.Kemuncaknya terputus dilindung oleh deretan gumpalan awan gemawan. Aduhai agungnya kuasa Mu.Alam ini adalah tafsiran kekuasaan Mu.Setiap kelompok gumpalan awan itu dikawal selia oleh seorang malaikat.Itu pun ...

Bila Waktu Telah Berakhir!

Image