Pagi ni aku masih cuti .......
Hari ni aku masih bercuti.Hanya akan mula bekerja pada 8hb. November,2011 @ hari ke 3 Aidil Adha.Jika kemarin sepanjang hari aku hanya lepak-lepak berguling pating di rumah saja (sendirian kerana anak-anak dan isteri ke sekolah),pagi ni seawal jam 7.00 pagi aku sudah pun berada di tempat letak kereta Mini Stadium Pendang.
Dapatlah jalan-jalan santai 2 pusingan mengelilingi Kolam MADA (jarak hampir 6 km)untuk bersenam baikpulih sistem peredaran darah.Sambil merenung alam sekitar ketenangan air kolam yang sesekali beriak dek hembusan angin pagi dan keheningan suasana pagi yang udaranya mula dicemari oleh karbon monoksida dari kenderaan yang menggunakan jalan tar berdekatan kolam tersebut.Nun dikejauhan,di penghujung kehijaun sawah padi,terbentang gagah kebiruan banjaran Gunung Jerai.Kemuncaknya terputus dilindung oleh deretan gumpalan awan gemawan.
Aduhai agungnya kuasa Mu.Alam ini adalah tafsiran kekuasaan Mu.Setiap kelompok gumpalan awan itu dikawal selia oleh seorang malaikat.Itu pun dah ratusan ribu makhluk malaikat ciptaan Mu yang bertugas melaksanakan perintah Mu dan tanggungjawab kepada Mu.
Ya Allah Ya Tuhan ku,
Suatu ketika dahulu Kau mengutuskan hembusan angin yang dinamakan `sakinah' dan sakinah inilah yang menjadi pedoman perjalanan Nabi Allah Ibrahim AS membawa isteri tersayang Siti Hajar dan putera tercinta Nabi Allah Ismail AS meninggalkan bumi Mesir sehingga akhirnya sampai ke tanah suci Mekah yang menjadi asas tamaddun baru kerasulan Nabi Muhammad SAW dan bermulanya episod rasul dan makhluk akhir zaman.
Tika fikiran menerawang memikirkan apa agenda untuk hari ini,duhai hembusan angin pagi,bisikankanlah mahu kemana aku selepas ini.Mahu berbuat apa aku selepas ini..... semanunya aku tidak mahu mencatatkan keharmonian hari cuti ini dengan ingatan kepada suasana kerja dan pejabat.Mahu sepenuhnya aku memikirkan pengurusan diri dan pengurusan emosi.
Lepas sarapan nanti (nasi bungkus jerr) aku nak membelek dan membelai anak-anak Phoenix dactylifera & Eurycoma longifolia yang dah agak lama aku anak tirikan kerana kesuntukan masa (betul kerrr???).Balik kerja dan rehat sekejap dah pun senja!
Langsai dah tu agenda sebelah pagi.Petang mungkin nak membaca skit .... banyak lagi buku-buku/kitab dalam mini library ku itu yang menanti ku.Moga-moga jatah usia ku masih ada kesempatannya untuk aku menghabiskan bacaan.Semoga aku tetap punyai peluang melunaskan tanggungjawab,melihat kejayaan anak-anak di dalam kehidupan mereka dan mengakhiri usia kehidupan ini dengan tenang tanpa membebankan sesiapa.Insha Allah!

Tiada yang lebih membahagiakan bagi abah dan mama melainkan melihat anak-anak membesar mengikut acuan syariat dan menjadi muslimin dan muslimah yang mukminin dan mukminah.Semoga anak-anak semua akan menjadi uswatun hasanah di dunia yang fana ini,Amin!
Comments
Post a Comment