Bertemu Teman Sebilik Duyafur Rahman
Petang tadi semasa dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur ke Pendang aku bertekad untuk singgah di Batu Gajah,Perak untuk menziarahi teman sebilik semasa mengerjakan ibadah haji tahun 2010 lalu.
Dorongan kuat untuk bertemu beliau ialah kerana telah beberapa kali menalipon tetapi tidak diangkat (rupanya beliau menghadapi masalah kecurian kabel talipon) dan faktor kesihatannya yang semasa mengerjakan ibadah haji dulu pun telah mengidap Parkinson.
Meski telah melencong arah perjalanan yang agak jauh kerana tersesat dan setelah beberapa kali berhenti bertanya arah (kerana alamat yang ada kurang lengkap) akhirnya aku dan isteri sampai juga ke rumah beliau yang jaraknya hanya selang beberapa buah rumah sahaja dengan KIlang Kicap Tamin.
Alhamdulillah beliau sihat (selain dari penyakit Parkinsonnya) namun usia yang semakin lanjut memelukan bantuan tongkat sebagai penyokong apabila berjalan.Isteri beliau,Hajjah Rofeah (teman sebilik isteri ku) tetap seperti dulu semasa di sana.Sihat ceria dan ramah bercerita mengungkit kembali kenangan-kenangan semasa menjadi Duyafur Rahman dahulu.

Terubat rindu ku & isteri pada Tuan Haji Ismail dan Hajjah Rofeah.Semoga mereka akan terus diberi kemudahan pergerakan untuk melaksanakan ibadah seharian,Amin!
Comments
Post a Comment