Rindu ku membara semula ....


Sepanjang hari ini sejak pulang dari menghantar kedua mertua ku yang akan bertolak keTanah Suci Mekah dan Madinah untuk ibadah umrah - fikiran dan ingatan lantas menggamit rindu ku membara semula kepada kedua-dua lokasi ibadah yang amat barokah itu.

Terbayang kembali bagaimana hari-hari yang telah ku lalui disepanjang 43 hari aku berada disana pada tahun 2010 lalu.Telah hampir 470 hari aku meninggalkan tanah suci itu dan aku amat bercita-cita untuk ke sana lagi.

Ya Allah Ya Tuhan ku - aku ingin menjadi Duyafur Rahman lagi .....

Masih ada tekad,azam dan janji pada diri yang ku lakukan semasa di sana dahulu yang masih berantakan tidak terlaksana dengan jayanya ..... Kau Maha Mengetahui Ya Allah kelemahan dan kejahilan ku,berikanlah aku kekuatan dan ilmu agama Mu,agar aku dapat berdiri dan gagah sebagai hamba Mu yang bertakwa.

Sisa-sisa usia ku yang masih ada dengan keizinan Mu ini,lapangkanlah dan permudahkanlah perjalanan hidup ku agar mampu untuk aku menggalas dan melaksanakan amanah mu seperti mana yang Kau firmankan,

"Tidak Ku jadikan jin dan MANUSIA melainkan supaya MEREKA berIBADAT kepada KU"
(Surah azZariyat,ayat56)

Amin!

Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam