Antara Mat Malaya,Fathul Bari dan Ustaz Azhar
Dalam dok ronda-ronda kat youtube mau mengisi masa dengan ceramah-ceramah Ustaz Azhar aku terjumpa video nih.Sebetulnya aku nih kalau nampak logo abuaqif studio tu terus jerr aku klik kat tanda x tu tapi bila tengok tajuk tu ada nama Ustaz Azhar so aku layan juga lerr. Ternganga aku bila dengar hujah Mat Malaya & Fathul Bari tu.Aku kagum sebab sungguh aku tak sangka depa yang katanya ulamak tu boleh berfikiran camtu,boleh bertanggapan sebegitu! Dan dan tu juga aku teringat satu cerita yang disampaikan oleh Tuan Guru Harun Din dalam satu ceramah beliau.Kisah orang bermesyuarat membincang suatu isu semasa yang sedang hangat dan perlu dicapai satu keputusan untuk tindakan segera. Masing-masing ahli mesyuarat memberi pendapat dan pandangan dan dibahas bersama untuk mencari rumusan yang terbaik.Tapi ada seorang tu yang dari awal mesyuarat lagi hanya diam sahaja,tak bersuara apa-apa pun.Melihat keadaannya tu,ahli-ahli mesyuarat yang lain tertanya-tanya di dalam hati :- 1. dia nih s...