Antara Mat Malaya,Fathul Bari dan Ustaz Azhar


Dalam dok ronda-ronda kat youtube mau mengisi masa dengan ceramah-ceramah Ustaz Azhar aku terjumpa video nih.Sebetulnya aku nih kalau nampak logo abuaqif studio tu terus jerr aku klik kat tanda x tu tapi bila tengok tajuk tu ada nama Ustaz Azhar so aku layan juga lerr.

Ternganga aku bila dengar hujah Mat Malaya & Fathul Bari tu.Aku kagum sebab sungguh aku tak sangka depa yang katanya ulamak tu boleh berfikiran camtu,boleh bertanggapan sebegitu!

Dan dan tu juga aku teringat satu cerita yang disampaikan oleh Tuan Guru Harun Din dalam satu ceramah beliau.Kisah orang bermesyuarat membincang suatu isu semasa yang sedang hangat dan perlu dicapai satu keputusan untuk tindakan segera.

Masing-masing ahli mesyuarat memberi pendapat dan pandangan dan dibahas bersama untuk mencari rumusan yang terbaik.Tapi ada seorang tu yang dari awal mesyuarat lagi hanya diam sahaja,tak bersuara apa-apa pun.Melihat keadaannya tu,ahli-ahli mesyuarat yang lain tertanya-tanya di dalam hati :-

1. dia nih sebenarnya tahu tapi tak mahu bekerjasama memberi pendapat atau
2. dia nih tak tahu apa yang sedang dibincangkan sebab itulah dia tak tahu nak memberi pendapat.

Tandatanya antara 2 keadaan itu berlarutan sehinggalah hampir berakhir mesyuarat dan tuan pengerusi `round table' seorang demi seorang bercakap.Bila tiba gilirannya,merasa terpaksa lalu dia pun bercakap dan bila saja dia bercakap - CONFIRM tanda tanya tadi tu terjawab.Dia memang tak tahu apa-apa!

Aku tak nak komen apa-apa sebab aku pun banyak yang tak tahu dari yang tahu tapi seeloknya Jabatan Ugama pantau-pantau laa sama ke masjid-masjid atau surau-surau dengar ceramah yang disampaikan oleh ustaz-ustaz/ustazah-ustazah kot kot ada yang line tak clear cepat-cepat kita perbetul arial - tarik balik tauliah depa ka atau apa-saja la tindakan yang sesuai supaya keadaan tak bertambah kalut.

Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam