Bank Islam oh Bank Islam

Azrul Azwar: Bank Islam rugi, bank lain untung

Harakahdaily,15 Jan 2013

KUALA LUMPUR: Kehilangan Ketua Ekonomi Azrul Azwar Ahmad Tajudin di Bank Islam mempunyai potensi untuk menjejaskan nama bank itu sebagai institusi kewangan negara.

Ini kerana ia kelihatan sebagai permainan politik oleh Bank Islam.

Lantas, badan pemikir Kajian Politik Untuk Perubahan (KPRU) berpendapat kehilangan Azrul Azwar sebagai Ketua Ekonomi Bank Islam merupakan suatu kerugian kepada bank itu dan keuntungan kepada mana-mana institusi kewangan lain yang mungkin mengambil beliau.

Berikut kenyataan KPRU berhubung isu berkenaan.

Badan pemikir Kajian Politik Untuk Perubahan (KPRU) berpendapat bahawa tindakan Bank Islam menggantung tugas Ketua Ekonomi Bank Islam, Azrul Azwar Ahmad Tajudin, hanya menunjukkan Bank Islam mementingkan kepentingan politiknya berbanding melindungi hak kebebasan bersuara kakitangannya.

Justeru, KPRU menyarankan Bank Islam menyemak semula keputusan menggantung tugas Azrul Azwar dan mengembalikan jawatan dan tugas Azrul Azwar kepadanya.

Azrul Azwar mempunyai pengalaman selama melebihi sepuluh tahun dalam bidang ekonomi. Beliau telah bertugas sebagai penganalisa di Meridian Asset Management Sdn Bhd, RHB Bank, Malaysia Industrial Development Finance Bhd (MIDF) dan Islamic Financial Services Board (IFSB).

Hanya kerana memajukan pendapatnya mengenai peluang kemenangan Barisan Nasional, beliau telah digantung daripada tugasnya dan menghadapi risiko untuk kehilangan jawatan beliau sebagai Ketua Ekonomi di Bank Islam.

KPRU menyarankan individu seperti Ketua Ekonomi Bank Islam, Azrul Azwar yang berpengalaman tinggi, dalam bidang ekonomi diangkat penggantungannya dan dilayani sebagai aset dan bukannya musuh politik. Memandangkan Bank Islam telah menjauhi daripada pendapat Ketua Ekonomi Bank Islam Azrul Azwar maka, tindakan menggantung tugas merupakan suatu tindakan ekstrem dan tidak mencerminkan sikap profesionalisme Bank Islam dalam menangani pendapat politik berbeza-beza.

Kehilangan Ketua Ekonomi Azrul Azwar di Bank Islam mempunyai potensi untuk menjejaskan nama Bank Islam sebagai antara institusi kewangan negara kerana ianya kelihatan sebagai permainan politik yang dimainkan oleh Bank Islam. Lantas, kehilangan Azrul Azwar sebagai Ketua Ekonomi Bank Islam merupakan suatu kerugian Bank Islam dan suatu keuntungan mana-mana institusi kewangan lain yang mungkin menggaji beliau.

Sebagai rakyat Malaysia, Azrul Azwar mempunyai hak kebebasan untuk menyuarakan pendapatnya. Sebagai sebuah institusi kewangan negara ini, Bank Islam seharusnya bersikap neutral terhadap para pekerjanya terutamanya dalam mengendalikan pendapat politik yang berbeza. Kegagalan Bank Islam untuk bersikap neutral hanya merugikan Bank tersebut dan menampakkan Bank Islam sebagai suatu alat politik kerajaan Barisan Nasional.

Nota ku : Semoga semua pihak yang berperanan dalam institusi ini akan memperjuangkan roh Islamik sepenuhnya agar perkataan ISLAM pada bank ini tidak sekadar alasan untuk meraih kepercayaan ummah Islam agar mahu menabung / berurusniaga.
 
Pedih pastinya untuk mencatit dalam sejarah negara kita selepas Bank Bumiputera lenyap kini menyusul pula Bank Islam ........sama-samalah kita memartabatkan ISLAM.

Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam