Posts

Showing posts from March, 2013

Patah Tumbuh Yang Hilang Belum Tentu Berganti!

Image
  25 Mac 2013 : Hari ini hujan lebat membasahi bumi mengiringi pemergian kekasihNya. 1) Tuan Guru Haji Ali Kedah : Mengajar Tasawuf (kitab Hikam ) di Masjid-masjid di Alor Setar. Akhlaknya indah. Murabbi selalu cerita mengenainya. 2) Tuan guru Hj Muhammad Abdullah : Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Kedah. 3) Dr Uthman El Muhammady yg telah pulang ke Rahmatullah sebentar tadi di rumahnya di ISTAC, IIUM KL Campus, Taman Duta, Kuala Lumpur.   Semoga di tempatkan Nya di kalangan para solihin...   Saya ... anda .... kita semua .... bila plak ??? Who's next ???   Sebelum kita fikirkan jauh-jauh dapat masuk syurga ker tidak,terfikir tak kita ending kita nanti tu dapat tak husnul khatimah???   Seram sejuk gak kalau nak difikir-fikirkan,maalomlah amalan ciput jerr ......

Nabi sedih umat cuai solat!

Image
Ketahuilah bahawa bencana dahsyat, perbuatan yang paling buruk, dan aib adalah berpunca daripada kurangnya perhatian masyarakat terhadap amalan mengerjakan ibadah solat lima waktu, solat Jumaat, solat jemaah dan solat sunat yang lainnya. Pada hal semua itu adalah ibadah yang dengannya Allah SWT meninggikan darjat dan menghapuskan dosa maksiat seseorang. Ibadah solat adalah cara ibadah seluruh penghuni di langit dan di bumi. Cuai kerana urusan dunia Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Langit merintih dan memang ia patut merintih, kerana pada setiap tempat untuk berpijak terdapat malaikat yang bersujud atau berdiri (solat) kepada Allah Azzawajalla.” (Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Ahmad). Orang yang meninggalkan ibadah solat kerana cuai oleh urusan dunia akan malang nasibnya, berat seksaannya, rugi perdagangannya, besar musibahnya, dan panjang penyesalannya. Firman Allah SWT bermaksud: “Sesungguhnya solat itu adalah kewajipan yang ditentukan waktunya bagi orang yang beriman.”(An-Nis...

APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH

Image
Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita? Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.?? Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga. Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau.. Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar.. ...

Hakikat Taubat

Image

Sakaratul Maut Itu Pasti ......

Image

Tuanku Sultan & Menteri Besar Kelantan

Image
1. Tuanku Sultan Kelantan Membuat Kejutan Di Masjid Gunung,Bachok Tuanku Sultan membuat kejutan kepada ahli qariah Masjid Mukim Gunong dengan Tuanku Sultan memandu sendiri ke masjid pada waktu Solat Asar yang kebetulan Tuanku Sultan lalu di Kampung Gunong dari Bachok. Tuanku Sultan tidak memberitahu kepada mana-mana pegawai dan imam masjid tentang kehadirannya untuk solat di masjid tersebut. Imam hanya sedar bila Tuanku Sultan bergegas pergi mengambil wudu' dan pada waktu itu kelihatan pegawai-pegawai Tuanku Sultan dan jawatankuasa masjid keresahan kerana tidak ada persediaan langsung bahkan tidak dihamparkan karpet kuning dan sejadah berwarna kuning kepadanya kerana tidak bersedia. Sungguh, sangat bersederhana Tuanku Sultan dan memahami raut wajah imam yang keresahan, Tuanku Sultan bersalam seolah-olah mahu menenangkan Sumber :  http://ijoks2009.blogspot.com 2. Terharu , melihat Tuan Guru Nik Aziz terima dompet dari seorang Hamba Alllah Penyerahan dompet...

Happy Birthday Ustaz Muhammad Nabil Farhaan

Image

Happy Birthday Ir. Muhammad Shafiq Ashraf

Image

Happy Birthday Dr. Ummi Fatin Izzati

Image