Tuanku Sultan & Menteri Besar Kelantan
1. Tuanku Sultan Kelantan Membuat Kejutan Di Masjid Gunung,Bachok
Tuanku Sultan membuat kejutan kepada ahli qariah Masjid Mukim Gunong dengan Tuanku Sultan memandu sendiri ke masjid pada waktu Solat Asar yang kebetulan Tuanku Sultan lalu di Kampung Gunong dari Bachok.
Tuanku Sultan tidak memberitahu kepada mana-mana pegawai dan imam masjid tentang kehadirannya untuk solat di masjid tersebut.
Imam hanya sedar bila Tuanku Sultan bergegas pergi mengambil wudu' dan pada waktu itu kelihatan pegawai-pegawai Tuanku Sultan dan jawatankuasa masjid keresahan kerana tidak ada persediaan langsung bahkan tidak dihamparkan karpet kuning dan sejadah berwarna kuning kepadanya kerana tidak bersedia. Sungguh, sangat bersederhana Tuanku Sultan dan memahami raut wajah imam yang keresahan, Tuanku Sultan bersalam seolah-olah mahu menenangkan
Sumber : http://ijoks2009.blogspot.com
2. Terharu , melihat Tuan Guru Nik Aziz terima dompet dari seorang Hamba Alllah
Penyerahan dompet yg dibuat khas (handmade) oleh seorg hamba Allah yg terharu melihat tok guru hanya menggunakan sampul surat utk meletakkan duit.
Sumber : http://www.tranungkite.net
Nota : Benar-benar menyentuh perasaan bila melihat kualiti diri dan piawai iman kedua-dua orang Hamba Allah ini.Kita semua juga adalah hamba Allah tetapi bertanyalah kepada diri sendiri dan jawablah secara jujur - kelaku gelagat kita seharian dan pola peribadi kita masa kini - tepatkah kita digelar HAMBA ALLAH (hamba kepada Allah swt).
Comments
Post a Comment