Friday, December 30, 2016

TOK WAN SYEIKH TOYYIB AL MAKKI BERPESAN


Tokwan (Syeikh Toyyib Al Makki) berpesan:

1) Tiap-tiap hari bangun pukui 1 ka 2 ka...buat solat tahajjud 10 rakaat baca surah daripada Al Ikhlas sampai ad-Dhuha..bahagi-bahagikan ...kalau tak hapai..,ulamak-ulamak mekah kata takpa klo tengok alQuran.

2) Kemudian solat tasbih 4 rakaat ...ada 300 kali tasbih ..hadisnya sahih..,siapa-siapa duk buat..dosa macam pasir kat pantai pun...Allah kikih habih.

3) Kemudian solat witir 11 rakaat ..nie yg Nabi saw duk buat..hadisnya sahih.

4) Hampa jangan lupa selawat 1000 kali pagi..1000 kali malam...Inshaallah nanti boleh jumpa Nabi..aku nak jumpa Nabi..masalah apapun selesai...buat baik-baik.

5) Baca Bismillahirrahmanirrahim...1000 kali...kat situ ada 3000 nama Allah...buat tiap-tiap hari.

6) Kalau hampa nak rezeki melimpah ruah...malam jumat baca surah alWaqiah 41 kali...tak payah makan gaji...hampa nak apa pun dapat.

7) Syeikh ijazahkan pada semua amalan tersebut ,sambutlah dengan kata "Qabiltu"

-Bintu Walid-

Nota : Syeikh Toyyib adalah ulamak Mekah berbangsa Melayu yang baru saja meninggal dunia - Qabiltu ertinya aku terima

No comments:

Post a Comment