Beberapa tinggalan sejarah di sekitar Pendang Kedah berjaya dijejak dan bukti-buktinya juga masih ada setelah hampir 200 tahun tentera raja Thai yang menjajah negeri Siam menyerang Kedah bermula dalam tahun 1821 secara senyap. Serangan ini dikenali sebagai Peperangan Musuh Bisik 1821 di mana Syarif Yang Di Pertuan Kedah turut terbunuh. Peperangan kedua berlaku dalam tahun 1839 iaitu zaman Syed Alang Alauddin, Panglima Bukit Gantang. Manakala peperangan ketiga berlaku dalam tahun 1876 di mana Sultan Jaafar atau Long Jaafar ditangkap di Merbok, diseksa di Ruat, Yan dan akhirnya dibunuh di Gurun Kedah. Pada ketika itulah bantuan daripada kerajaan yang bernaung di bawah kerajaan Siam Islam turut tiba untuk membantu tentera Sultan Jaafar Muadzam Syah. Namun, disebabkan bantuan daripada Inggeris kemenangan berpihak kepada tentera Thai. Maka Siam telah menjajah Kedah selama 5 tahun sehingga tahun 1881. Sepanjang tempoh tersebut banyak istana lama milik Raja Siam Islam telah dimusnahkan bag...