Menjejak Tinggalan Sejarah Di Pendang Kedah
Beberapa tinggalan sejarah di sekitar Pendang Kedah berjaya dijejak dan bukti-buktinya juga masih ada setelah hampir 200 tahun tentera raja Thai yang menjajah negeri Siam menyerang Kedah bermula dalam tahun 1821 secara senyap. Serangan ini dikenali sebagai Peperangan Musuh Bisik 1821 di mana Syarif Yang Di Pertuan Kedah turut terbunuh. Peperangan kedua berlaku dalam tahun 1839 iaitu zaman Syed Alang Alauddin, Panglima Bukit Gantang.
Manakala peperangan ketiga berlaku dalam tahun 1876 di mana Sultan Jaafar atau Long Jaafar ditangkap di Merbok, diseksa di Ruat, Yan dan akhirnya dibunuh di Gurun Kedah. Pada ketika itulah bantuan daripada kerajaan yang bernaung di bawah kerajaan Siam Islam turut tiba untuk membantu tentera Sultan Jaafar Muadzam Syah. Namun, disebabkan bantuan daripada Inggeris kemenangan berpihak kepada tentera Thai. Maka Siam telah menjajah Kedah selama 5 tahun sehingga tahun 1881.
Sepanjang tempoh tersebut banyak istana lama milik Raja Siam Islam telah dimusnahkan bagi menutup sejarah, menjadikan Siam itu sebagai waris mereka, sejarah negara mereka, beragama Buddha seperti mereka dan lain-lain. Mereka melantik Sultan Abdul Hamid menjadi Sultan Kedah dan dengan itu salasilah Kesultanan Kedah hari ini adalah dari keturunan baginda.
Tentera Majapahit juga turut tiba untuk membantu dalam peperangan besar di Tanah Merah Pendang, Kedah. Hari ini mereka telah menjadi orang Kedah dan menetap di perkampungan mereka sendiri. Namun, anehnya ada yang cuba menutup butki yang ada dengan menukar kepada nama alor yang terletak bersebelahan jalan masuk ke kampung tersebut kepada Manjapahit padahal nama sebenarnya ialah Majapahit.
Pekan Tanah Merah yang terletak beberapa km sahaja daripada Pendang merupakan tempat kesan darah yang tumpah begitu banyak sekali sewaktu peperangan berlaku. Tempat inilah berlakunya peperangan besar tentera Thai dan tetera Siam Islam Kedah yang diketuai oleh Sultan Jaafar Muadzam Syah atau Long Jaafar. Masjid beru Kg. Jelutong yang dibina menuju ke Kubur Panjang ini menggunakan senibina Siam Islam bersesuaian dengan masyarakat setempatnya. Masyarakat Siam Islam di Kedah adalah orang-orang Melayu Kedah hari ini.
Terdapat juga Alor China yang terletak di Kampung Tualang. Alor ini dikatakan telah dikorek oleh tentera Maharaja China Manchu Islam bagi kegunaan saliran air ke sawah padi berdekatan yang mengeliingi Kg. Tualang sehingga ke Titi Haji Idris. Tentera China Manchu yang beragama Islam telah berkahwin dengan orang Siam Islam tempatan dan hari ini mereka dikenali sebagai Melayu Kedah. Rupa paras mereka putih kemerah-merahan dan ramai dalam kalangan mereka boleh bertutur dalam bahasa Siam Kedah.
Berhampiran dengan Kebun 500 iaitu jalan yang sama ke Kampung Tualang terletak perkampungan orang-orang Minangkabau. Keturunan mereka dahulu adalah tentera yang dihantar oleh raja wilayah masing-masing untuk berjuang menentang tentera Raja Thai Buddha. Kewujudan mereka di Kedah telah dinafikan oleh sejarah kita yang ditulis secara versi sejarah. Rata-rata penduduk di sekitar sini bertutur dalam bahasa Siam. Begitulah serba sedikit mengenai tinggalan sejarah yang masih ada di Kedah hari ini. Sama-samalah kita peliharanya.
sumber :
Comments
Post a Comment