Tafsiran Kolostrum dan Kebaikannya

Kolostrum adalah makanan pertama untuk bayi manusia dan anak spesis mamalia lain di mana kolostrum adalah susu awal yang terhasil dalam beberapa hari selepas kelahiran.

Secara umum,susu awal ini bukan sahaja kaya dengan makronutrein (karbohidrat,protein dan lemak) tetapi juga faktor-faktor immuniti, tumbesaran,antimikrobial,laktoferin dan oligo sakarida.Kesemua nutrien dan bahan pelindung dalam susu awal ini dapat memastikan anak yang baru lahir mendapat nutrien yang diperlukan serta perlindungan dari penyakit.

Imunoglobulin (Ig) adalah faktor imuniti (antibodi) yang penting di dalam kolostrum dan terdapat pelbagai jenis seperti IgA,IgG dan IgM.Pada amnya kepekatan immuno globulin adalah lebih tinggi di dalam susu awal (kolostrum) dari susu dewasa.Bagi manusia, imunoglobulin disalurkan kepada bayi melalui dua cara - semasa di dalam utero, imunoglobulin ibu disalurkan melalui placenta kepada janin dan selepas kelahiran imunoglobulin ini dirembes ke dalam kolostrum bagi pengambilan bayi.

Di dalam susu awal manusia,imunoglobulin yang penting adalah IgA diikuti oleh IgG dan IgM.Bagi kebanyakan spesis mamalia lain seperti lembu,anak yang baru dilahirkan tidak mempunyai sebarang imunoglobulin di dalam badannya.Ini menjadikan anak mamalia ini bergantung sepenuhnya kepada pengambilan kolostrum dari ibu dari untuk faktur imuniti.Di dalam kolostrum spesis mamalia seperti ini,IgG adalah kumpulan imunoglobulin yang paling penting dan diikuti oleh IgA dan IgM.

Selain dari kolostrum lembu yang asli (KA),terdapat juga kolostrum lembu hiper-imun (KH) yang dihasilkan apabila lembu diberi imunisasi bagi mencegah jangkitan penyakit tertentu.KH dianggap sebagai drug atau preskripsi dan penggunaannya sebagai rawatan atau pencegahan penyakit memerlukan pengawasan pakar perubatan.Manakala KA lebih dianggap sebagai suplement diet dan lebih mudah untuk didapati oleh orang ramai.

Walau pun kolostrum lembu asli (KA) adalah kaya dengan pelbagai bahan bukan nutrien seperti imunoglobulin,faktor tumbesaran dan laktoferin,jenis dan jumlah bahan-bahan ini yang sebenar terkandung dalam KA yang digunakan sebagai supplemen diet susah untuk ditentukan.Ini adalah kerana bahan-bahan ini bergantung kepada kesihatan lembu.amalan pemberian makanan kepada lembu,masa dan tempoh pengutipan kolostrum serta kaedah pemprosesan yang digunakan oleh kilang pengeluar.Menurut Pakar Pemakanan,Profesor Madya Dr. Zalilah Mohd Shariff,sekiranya KA hendak digunakan sebagai suplemen diet bagi tujuan rawatan dan pencegahan penyakit,maklumat-maklumat di atas perlu diketahui agar dapat dipastikan kolostum lembu ini benar-benar berkesan. 

sumber : Buletin Naco World

Anda nak order susu ini ? 
silakan tel / sms / wassup : 019 5456516

Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam