KHASIAT AIR KETUM
Institut Pencegahan Kanser Negara mengumumkan ranking daun ketum anti kanser.
1) daun ketum urat hijau 46.5%
2) daun ketum jenis urat merah 37.6%
3) daun jenis halus 35,4%
4) daun ketum bawal 34.7%
5) daun ketum ekor babi. 32.9%
6) daun ketum ekor kura. 29.8%
7) daun ketum hitam. 23.8%
TIPS UTAMA:
Semua daun ketum mengandungi kolagen, terutama daun ketum kuning sebagai yang paling banyak. Sedangkan bahan anti-kanser paling popular adalah jus ketum panas tanpa gula.
Penemuan resepi baru dari negara China. Bagi yg berpenyakit diabetes tidak usah bersusah-payah pergi berubat dengan doktor lagi. Cukup dgn mem'blender' 12 helai daun ketum panjang yang dicampur 1 daun ketum urat merah. Minum 2x sehari.
Silakan periksa kadar gulanya keesokan hari, dijamin langsung turun kadar gulanya. Sudah banyak yang membuktikan, ia mujarab tanpa perlu berpantang makan lagi.
Masyarakat kampung menggunakan daun ketum untuk membantu pertambahan tenaga atau mengembalikan kesegaran selepas penat dan kuat berkerja. Ia boleh dimakan secara segar seperti mengunyah daun sirih.
Daun ketum yang dikeringkan dan direbus boleh digunakan untuk mengembalikan tenaga batin.
Selain daripada dikunyah segar, rebusan daun yang kering juga digunakan sebagai tonik untuk menghilangkan rasa lesu selepas berkerja, lenguh-lenguh, radang, kejang otot sakit-sakit sendi dan lelah.
Rebusan daun kering dan akarnya pula boleh digunakan bagi melegakan penyakit darah tinggi dan kencing manis.
PETUANYA:
Jangan petik bahagian pucuk. Petiklah daun-daun yang terdapat sebelum pucuknya.
Daun di pucuk khasiatnya kurang power kerana ia daun baru. Selepas dipetik, masukkan daun-daun tadi ke dalam periuk dan dibasuh dengan bersih.
Ramas daun ketum sehingga menjadi cebisan yang kecil agar kandungan nutriennya senang diserap.
Rebus daun ketum itu, tetapi jangan direbus dengan air yang banyak. Biar pekat. Lagi pekat airnya lagi piau (power).
Selepas 2 jam dimatikan api.
Biarkan rebusan itu sejuk sebelum ditapis.
Minum airnya, tetapi jangan berlebihan.
Air ketum tidak boleh disimpan melebihi 3 hari.
Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.
DAUN KETUM – KEBAIKAN DAN MANFAAT SEBAGAI PERANGSANG SEKSUAL (SEXUAL STIMULANT)
Antara manfaat kesihatan yang paling menarik tentang daun ketum (kratom) atau nama saintifiknya Mitragyna speciose, termasuklah keupayaannya untuk menurunkan tekanan darah, melegakan kesakitan, meningkatkan metabolisme, meningkatkan tenaga seksual, meningkatkan sistem imun, mencegah kencing manis, mengurangkan kebimbangan, menghapuskan tekanan atau stress serta menggalakkan tidur yang sihat.
Tumbuhan ketum berasal dari Asia Tenggara, adalah pokok daun luruh tropika yang digunakan secara meluas di seluruh rantau ini untuk tujuan perubatan. Tumbuhan ini mempunyai sejarah yang sangat menarik. Ianya telah diharamkan penggunaanya secara bebas di Thailand (walaupun ia tumbuhan asli di sana) malah juga di negara kita, Malaysia kerana ia adalah pengganti semulajadi kepada candu serta ganja, sekali gus dibimbangi boleh menjejaskan rakyat dan ekonomi negara. Ia mempunyai banyak kesan ketagihan mirip morfin. Penyalah gunaan daun ketum boleh menyebabkan beberapa aplikasi jangka panjang untuk kesihatan manusia.
Kebanyakan manfaat kesihatan tumbuhan ketum diperolehi daripada sebatian kimia yang unik dan nutrien yang terdapat dalam daunnya. Ini termasuk pelbagai alkaloid dan bahan-bahan organik yang lain yang memberi kesan kepada banyak sistem organ dalam tubuh manusia. Daun ketum juga didapati diambil secara mengunyahnya oleh penduduk di beberapa negara di mana pokok itu tumbuh secara semula jadi. Di Thailand umpamanya dikatakan sehingga 70% daripada populasi lelaki negara tersebut mengunyah antara 10 ke 60 helai daun ketum setiap hari.
Ketum memberikan kesan ketenangan serta beberapa manfaat kesihatan lain yang tidak dapat dinafikan. Pada asasnya daun ketum adalah sebagai pengganti candu, mengurangi ketagihan dadah dan merbahaya andai disalah guna pengambilannya.
Antara Kebaikan Daun Ketum Yang DiPerakui
1. Meredakan Kesakitan
Salah satu kesan yang paling jelas dan terkenal daun ketum adalah melegakan kesakitan. Sejak daun mula-mula dikenali, ini telah menjadi kegunaan utama kerana sifat-sifat analgesik alkaloid dan nutrien daripada daun dengan cepat boleh melegakan kesakitan di seluruh badan dengan cara memberi kesan kepada sistem hormon. Dengan meningkatkan jumlah serotonin dan dopamine yang dilepaskan ke dalam badan, rasa sakit boleh dikurangkan bila mengunyah daun ketum. Ia bertindak umpama pelali atau pill killer.
2. Penguat Sistem Imun
Kajian bebas mengenai pelbagai alkaloid yang terdapat dalam daun ketum telah menunjukkan bahawa kesan “combinative” boleh mempunyai efek yang besar kepada kekuatan dan daya tahan sistem imun. Walaupun kajian ini masih belum sempurna, kepercayaan tradisional dan anekdot tentang daun ini menunjukkan bahawa ia boleh mengurangkan keparahan penyakit atau memberi kesan pencegahan.
3. Perangsang Tenaga
Kesan metabolik ketum ialah kebolehannya meningkatkan tahap tenaga seseorang dengan mengoptimumkan proses metabolik tertentu dan memberi kesan tahap hormon. Ini adalah hasil daripada peningkatan peredaran dan pertambahan oksigen dalam darah ke bahagian-bahagian badan yang memerlukannya, menggabungkan dengan peningkatan aktiviti metabolik untuk menghasilkan tenaga. Untuk penghidap sindrom keletihan yang rronik, daun ketum sering boleh menjadi alternative penyelesaiannya.
4. Perangsang Seksual
Ini terlihat terutamanya dalam hal libido seksual dan kesuburan. Ketum dilihat oleh ramai pengamal perubatan tradisional serta penggunanya sebagai afrodisiak dan penggalak kesuburan, perangsang tenaga dan melicinkan aliran darah, boleh membantu meningkatkan kesuburan, menambah libido malah meningkatkan tahap ketegangan zakar para lelaki.
5. Meredakan Kebimbangan Dan Tekanan
Seperti yang anda mungkin boleh bayangkan apa-apa bahan yang mampu melegakan kesakitan dan menyebabkan kesan candu seperti pada tubuh, juga berkemungkinan akan memberi kesan kepada kestabilan mental individu. Daun ketum digunakan secara meluas sebagai bahan anxiolytic untuk orang yang mengalami tekanan kronik, kemurungan, kebimbangan atau perubahan mood. Dengan mengawal hormon dalam badan kita, mengamal pengambilan ketum akhirnya boleh mendapatkan kelegaan daripada gejala-gejala tersebut akibat ketidakseimbangan kimia badan tanpa perlu bergantung kepada ubat-ubatan berasas kimia lain.
6. Mengatasi Ketagihan Candu Atau Dadah
Oleh kerana sifat semulajadi daun ketum, ia telah digunakan sebagai kaedah untuk merawat ketagihan sejak beratus-ratus tahun. Dalam banyak budaya, ketagihan candu adalah isu utama, tetapi dengan kerap mengunyah daun ketum, ia menyediakan sensasi yang sama tanpa tanpa kesan sampingan yang negative teruk berbanding pengambilan candu dan dadah. Oleh itu ramai penagih yang sukar mendapatkan dadah atau candu, mereka sering beralih kepada daun ketum sebagai penyelesaian
7. Menjaga Kesihatan Jantung
Kajian telah membuktikan penggunaan daun ketum juga mampu menurunkan tekanan darah. Komponen kimia dalamnya memberi kesan kepada hormon badan, mampu mengurangkan keradangan seluruh badan termasuk dalam saluran darah dan arteri. Kerana kemampuannya melegakan ketegangan dalam sistem kardiovaskular, daun ketunm didapati dapat membantu mencegah keadaan yang serius pada jantung, umpamanya terosklerosis, serangan jantung, dan strok.
8. Merawati Dan Mencegah Diabetes
Salah satu faedah yang kurang dikenali daun ketum adalah kesan mereka ke atas paras gula darah. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa alkaloid yang terdapat dalam daun dapat membantu mengawal jumlah insulin dan glukosa dalam darah, berkesan mencegah kenaikan mendadak paras gula yang dihadapi pesakit kencing manis. Ia bukan sahaja dapat membantu pesakit diabetes menguruskan gangguan luka akibat paras gula, tetapi juga dapat membantu ia daripada merebak.
Amaran: Walaupun tidak ada bahaya yang diketahui jika diambil dengan cara yang betul, namun ramai orang yang mengambil daun ketum melalui kesan sampingan tertentu seperti keletihan, loya, dan sembelit. Ini biasanya dialami bagi pengambilan pertama atau kedua kali akibat tubuh kita “acclimate” kepada sensasi. Kesan lain ialah ia boleh memabukkan termasuk sakit kepala atau rasa mual pada waktu pagi selepas digunakan. Ini adalah sesuatu yang anda boleh rasai sendiri berdasarkan sensitiviti tubuh masing masing.
Posted by NetMarker at 10:08 AM
Khasiat Daun Ketum Dan Cara Guna Dengan Betul.
Daun
ketum urat merah diakui sebagai daun herba terbaik di dunia. Pihak farmasi di
Amerika Amerika Syarikat berminat bagi membeli daun ketum dari
Malaysia.Malangnya undang undang yang telah dilaksana oleh kerajaan telah
menghalang penjualannya namun tidak menghalang penggunaannya kalau ianya
digunakn dengan betul.
Cara Rebus Daun Ketum Dengan Betul
1. Gunakan daun tua iaitu daun yang ke 4..Gunakn 7 helai daun sahaja.
2. Buang urat daun tengah. Urat tengah ini boleh menyebabkan mabuk kalau tidak dibuang.
3. Guna air sebanyak 500ml bagi merebus daun.
4. Sebaiknya periuk tanah. Rebus sampai air menjadi separuh.
5. Air mestilah berwarna kuning teh.Kalau air berwarna hijau atau keputihan air ini boleh memabukkan ( tidak dibuang urat tengah daun )
6. Sejukkn serta simpankan dalam peti sejuk ( chiller )
7. Minum diawal pagi sebelum sarapan atau lewat malam sebelum masuk tidur.
Kebaikan Air Daun Ketum
1. Melancarkn perjalanan darah.
2. Melegakn sakit sendi, lengguh-lenguh.
3. Memanaskn badan serta membakar lemak.
Semoga perkongsian tentang manfaat daun ketum diatas dapat memberi anda sedikit manfaat.Jangan lupa kongsikannya dengan yang lain. Terima kasih
Comments
Post a Comment