YABhg Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Siapa yang tidak kenal insan ’gah’ ini yang pernah mengabdikan diri sebagai pemimpin tertinggi negara hampir tiga dasawarsa. Tidak pernah lekang dengan hasil cetusan idea yang segar dan berani yang kadang-kadang ’melawan arus’ cukup membuktikan anak jati Alor Setar, Kedah ini selayaknya berada di tempatnya saat itu. Dek kerana itulah beliau telah digelar sebagai Pencetus Minda Malaysia kerana sering tampil dengan ilham baru yang melangkaui zamannya dalam memahat nama Malaysia di setiap pelosok benua. Berbekalkan daya intelektual yang tinggi dan bersandarkan kepada pemikiran strategi yang dimiliki beliau terus memacu negara Malaysia ke arah negara maju. Menara Berkembar Petronas, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan idea Wawasan 2020 merupakan bukti penting bahawa idea bernas mantan Perdana Menteri Malaysia ini sangat berharga. "Tak lekang dek panas, tak lapuk di hujan”, idea beliau masih terus di guna pakai sehingga ke hari ini. Malah,...