KEMATIAN SEORANG RAKYAT MALAYSIA DI HADAPAN MAKAM RASULULLAH SAW

SubhanAllah,tiada lagi yang lebih membahagiakan apabila dijemput Illahi di bulan Ramadhan.Lebih membahagiakan ianya berlaku di 10 malam terakhir Ramadhan yang berbeza dari malam-malam sebelumnya.Amat membahagiakan lagi ialah kematian lelaki ini betul-betul di hadapan makam Rasullullah SAW di dalam Masjid Nabawi di Madinah - kematiannya amat dicemburui oleh seluruh umat Islam.

Seorang rakyat Malaysia, Badrul Munir atau mesra disapa Abg Bad di kalangan rakan-rakannya menjadi insan terpilih apabila meninggal malam tadi betul-betul di hadapan makam Rasulullah SAW di Madinah ketika arwah memasuki kawasan makam untuk solat ketika mengerjakan umrah. 


Berita ini menjadi viral malah bangsa Arab sendiri menganggap perkara ini luarbiasa kerana ianya jarang-jarang terjadi.Apakah kebaikan dan sisi baik arwah sehingga darjatnya diangkat begitu tinggi iaitu dapat meninggal di hadapan makam Rasulullah SAW,malam jumaat dan lebih penting ialah di 10 malam terakhir umat Islam berpuasa.


Menurut info yang diberikan oleh Ustaz Jamal dari Ulu Langat yang berada di Tanah Suci,dikatakan arwah bersolat tahajjud di dalam bilik sebelum kematiannya.Arwah sempat minum segelas air masak dan selepas itu Ustaz Jamal meminta segelas air masak dari arwah.

Usai minum mereka pun bergerak ke Masjid Nabawi,mengerjakan solat sunat qabliah,solat ferdhu subuh dan solat jenazah.Arwah kemudiannya menuju masuk ke laluan maqam Rasulullah SAW.

Saya dan Wak Ramli di depan sedikit. Bad dan Ibrahim di belakang. Saya dah keluar tapi keduanya belum keluar lagi. Tunggu punya tunggu, Bad dan Ibrahim tak datang-datang. Kami gerak masuk ke masjid semula. Sampailah saya telefon dan dikatakan Bad tumbang depan Makam Rasulullah SAW. Arwah betul-betul jatuh depan Makam Rasullullah, terus meninggal. Innalillahiwaninailahirojiun. 

Ustaz Jamal turut menambah, kerja arwah Abang Bad ini ialah beliau menjadi runner membuat visa bagi pelajar-pelajar madrasah. Pagi ini beliau dijemput oleh Allah Rabbul Jeleel di depan kubur Nabi di Masjid Nabawi. Amalan besar yang Badrul Munir dapat iaitu meninggal depan Makam Rasulullah adalah kerana dia banyak berkhidmat untuk Ulama, Madrasah, Masyaik. Semua mereka ini adalah waris Rasulullah


Jadi Allah baginya satu kematian yang dicemburui oleh semua orang. Orang-orang Arab pun kata ini orang hebat, bukan calang-calang punya manusia. Semua doa dapat untuknya. Kami sedang aturkan solat jenazahnya dan pengkebumiannya di Janantul Baqi. 

Ini enam senarai kelebihan arwah Badrul iaitu meninggal dalam Masjid Nabawi, di hadapan Makam Rasulullah SAW, Sedang Berpuasa, Safar Umrah, Malam Jumaat dan Bulan Ramadan serta 10 malam terakhir. Sangat-sangat beruntung sesiapa yang meninggal di Madinah kerana Nabi saw akan beri syafaat. Ini bersesuaian dengan hadis, 

Sesiapa yg boleh mati di Madinah hendaklah mati di sana kerana Aku akan syafaat sesiapa yg mati di Madinah. Hr Tirmizi sahih. Engkau beruntung kerana Meninggal di hadapan Rasulullah yang menyebabkan gugur dosa-dosa. 

Firman Allah swt : Dan kalaulah Apabila mereka menzalimi diri mereka sendiri lalu datang kepadamu (wahai Muhammad) lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasulullah juga memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. 64 : Annisaa 

Allahumma Innaka ‘Afuwwun Tuhibbul ‘Afwa Fa’fu ‘Anni 2 6/14/2018

Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam