⚔ ⚔ HAPPY 58th BIRTHDAY ⚔ ⚔


10 WASIAT IMAM HASSAN AL-BANNA

1. Apabila saudara mendengar azan, bangunlah sembahyang serta merta walaubagaimana keadaan sekalipun.

2. Bacalah Al-Quran atau tatapilah buku2 atau pergilah mendengar perkara2 yang baik ataupun amalkanlah zikrullah dan janganlah sama sekali saudara membuang masa walau sedikitpun kepada perkara2 yang tidak berfaedah.

3. Berusahalah seberapa daya untuk bertutur dalam bahasa Arab yang betul kerana bahasa Arab yang betul adalah satu2nya syiar agama Islam.

4. Janganlah banyak bertengkar dalam apa jua perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong itu tidak memberi apa2 kebaikan.

5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu selalunya tenang dan tenteram.

6. Janganlah bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh2 dalam sebarang perkara.

7. Janganlah saudara bercakap lebih nyaring daripada yang dikehendaki oleh para pendengar kerana yang demikian itu adalah suatu perkara yang sia2, malah menyakiti hati orang lain.

8. Jauhilah daripada mengumpat peribadi2 orang, mengecam pertubuhan2 dan janganlah bercakap melainkan dengan apa2 yang boleh memberikan kebajikan.

9. Berkenal2lah dengan setiap saudara muslimin yang saudara ketemui sekalipun ia tidak meminta untuk berkenalan kerana asas pergerakan seruan kita ialah berkasih sayang dan berkenal2an.

10. Kewajipan2 kita adalah lebih banyak daripada masa yang ada pada kita. Oleh itu, bantulah saudaramu sendiri tentang cara2 saudara mempunyai tugas sendiri maka ringanlah pelaksanaannya.

Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam