TINGGALKAN 2019,HADAPI 2020 DENGAN OPTIMISME
Hari ini hari terakhir kita berada pada tahun 2019. Kita bukan sahaja akan meninggalkan tahun 2019, tetapi memasuki ambang dekad ketiga kurun ke-21. Selepas hari ini kita akan memasuki tahun 2020 dan juga berada pada tahun terakhir dekad kedua kurun ke-21. Kita telah meninggalkan 365 hari yang penuh warna-warni dan bersejarah. Setahun yang sudah pun berlalu itu seharusnya telah menjadikan kita lebih matang, arif dan bijaksana. Maksudnya, 2019 yang berakhir pada tengah malam ini pasti memberi bekas dan kesan mendalam terhadap diri kita sebagai hamba-Nya di muka bumi ini. Kita sepatutnya mengambil iktibar atau hikmah daripada setiap kejadian yang berlaku pada 2019. Masa silam tidak dapat diubah kerana ia sudah pun berlalu, tetapi ia pasti dapat dijadikan pengajaran. Masa silam ialah sejarah dan sejarah ialah guru terbaik yang dapat dijadikan cermin untuk mengintrospeksi diri sebagai langkah untuk menjadi insan yang lebih baik. Kita memang tidak sempurna tetapi itu bukan alasan untuk ...