POKOK BUNGA GANDASULI DITAKUTI MAKHLUK HALUS
Gandasuli Nama Botani: Hedychium coronarium Famili: Zingiberaceae Nama Lain: White Ginger atau Butterfly Lily Masyarakat desa zaman dulu gunakan ramuannya untuk menepung tawar, mandi bunga POKOK gandasuli mungkin terlalu asing bagi generasi sekarang. Bagi masyarakat desa zaman dulu, gandasuli ditanam di sekitar rumah kerana baunya yang wangi. Bunga dan daunnya yang berbau wangi digunakan sebagai ramuan mandi bunga atau daun. Gandasuli adalah satu daripada tujuh jenis pokok yang digunakan dalam upacara menepung tawar termasuk upacara menghalau gangguan makhluk halus. Pokok gandasuli berasal dari India ini diperkenalkan oleh orang Hindu ke Jawa seterusnya ke Malaysia. Pokoknya adalah herba berumpun mempunyai rizom seakan-akan halia, berwarna kelabu asap. Dari rizom ini tumbuh batang semu setinggi antara 30 hingga 90 sentimeter (sm). Daunnya yang berbentuk oblong-lanseolat lebar, kira-kira 30 hingga 40 sm panjang, 8 hingga 10 sm lebar, tumbuh secara distik dengan petiolnya yang...