Masuk TAHUN BARU Perbaiki Diri Dan Ibadah, USAHA Mengundang Redha Allah
A wal Muharram atau Maal Hijrah bermulalah kiraan masuk tahun baru dalam kalendar Hijrah.Sempena tahun baru kebesaran Islam ini, sebaiknya kita pasang niat berazam memperbaiki diri dan ibadah sebagai salah satu usaha dalam mengundang redha Allah.Biarpun sikit amalan yang dilakukan, berusahalah untuk kekal istiqamah dalam melakukannya. Antara amalan yang boleh dilakukan ialah; 1. Solat Sunat Qobliah (Subuh) Jangan tinggal Solat Sunat Qobliah (Subuh) sekalipun bangun jam 6:45am kerana Nabi saw ada bersabda bahawa ganjaran solat ini adalah lebih baik dari dunia dan seisinya. 2. Istqamah amalan zikir-zikir Subhnanallah, Alhamdhulillah, Allahu Akbar, 33 kali jangan ditinggalkan setiap kali lepas solat. Kerana ini lah zikir khas buat menantu Nabi saw sebagai zikir istiqamah penguat semangat. 3. Solat Subuh Berjemaah Berusahalah sedaya upaya untuk Solat Subuh Berjemaah di rumah-rumah Allah, @ paling kurang berjemaah dengan anak isteri di rumah. Kerana ganja...