Masuk TAHUN BARU Perbaiki Diri Dan Ibadah, USAHA Mengundang Redha Allah

 Awal Muharram atau Maal Hijrah bermulalah kiraan masuk tahun baru dalam kalendar Hijrah.Sempena tahun baru kebesaran Islam ini, sebaiknya kita pasang niat berazam memperbaiki diri dan ibadah sebagai salah satu usaha dalam mengundang redha Allah.Biarpun sikit amalan yang dilakukan, berusahalah untuk kekal istiqamah dalam melakukannya. 

 Antara amalan yang boleh dilakukan ialah; 

1. Solat Sunat Qobliah (Subuh) Jangan tinggal Solat Sunat Qobliah (Subuh) sekalipun bangun jam 6:45am kerana Nabi saw ada bersabda bahawa ganjaran solat ini adalah lebih baik dari dunia dan seisinya. 

2. Istqamah amalan zikir-zikir Subhnanallah, Alhamdhulillah, Allahu Akbar, 33 kali jangan ditinggalkan setiap kali lepas solat. Kerana ini lah zikir khas buat menantu Nabi saw sebagai zikir istiqamah penguat semangat. 

3. Solat Subuh Berjemaah Berusahalah sedaya upaya untuk Solat Subuh Berjemaah di rumah-rumah Allah, @ paling kurang berjemaah dengan anak isteri di rumah. Kerana ganjaran solat subuh berjemaah adalah sama seperti berqiamullail sepanjang malam. 

4. Berdoa Selepas Azan Sebelum Iqomah Jangan dilepaskan peluang berdoa selepas azan sebelum iqomah setiap waktu solat kerana disana diantara waktu-waktu mustajabnya doa. 

5. Fahami Bacaan Dalam Setiap Solat Pelajari serta hayati setiap bait-bait bacaan dalam setiap solat, bawa ia setiap kali solat, seolaholah kita berbisik-bisik mengadu hal dengan Robbul Jalil setiap kali kita solat. Agar dengan yang demikian hati kita sentiasa berada dalam solat, mudah-mudahan dengan asbab itu jugalah hati kita tidak lalai setiap kali solat. (Memang itu pun diantara tujuan 5 kali sehari kita bersolat) dan itu janji Allah bahawa solat yang sedemikianlah punyai roh untuk menjaga kita dari berbuat keji & mungkar. 

6. Baca Alquran Setiap Har Jangan dilepaskan Al Quran setiap hari terutama selepas Solat Subuh, bacalah apa juga surah, selain jadikanlah amalan 3 surah ini setiap hari iaitu 10 awal & akhir surah Al Kahfi, Surah Al Waqiah, juga surah Al Mulk. Asbab kepada sabda nabi : Bacalah Al Quran.. sesungguhnya Al Quran itu akan memberi syafaat (pertolongan) pada sahabat-sahabatnya. 

7. Amalkan Solat-Solat Sunat Jangan ditinggalkan solat-solat Sunat Qobliyyah, Ba’diyyah, Witir, Dhuha kerana solat sunat itu menambah asbab kepada redhanya Allah pada kita. 

8. Istiqamah Solat Di Awal Waktu Sentiasalah istiqamah solat di awal waktu. Wanita, bersedia, ternanti-nanti masuknya waktu solat manakala lelaki berusaha istiqamah solat berjemaah di rumah-rumah Allah kerana ia adalah sunnah Nabi kita saw yang utama. 

9. Biasakan Selalu Ada Wudhu’ Lazimi menjaga wudhu’ setiap masa kerana orang yang punyai wudhu’ akan didampingi para malaikat-malaikat Allah. 

10.Amalan Bersugi Selalu Amalkan sentiasa bawa ke mana-mana kayu sugi untuk bersugi kerana ada 70 kelebihan orangorang yang sentiasa bersugi. Antaranya; -Zikir & bacaan ayat-ayat Al Quran orang yang bersugi lebih 70 kali disukai Allah berbanding bacaan orang-orang yang tak bersugi. -Dua rakaat solat orang yang bersugi juga lebih disukai Allah vs 70 rakaat solat orang yang tak bersugi dan juga syaitan benci pada golongan-golongan mereka yang istiqamah bersugi. Riwayat Aisyah.. Bahawa aku tidak bisa mengira berapa kalikah dalam sehari Rasulullah saw bersugi. Dikatakan juga perkara terakhir yang Rasulullah saw lakukan sebelum ajalnya sampai adalah baginda saw sempat bersugi. Saya pernah terbaca dalam artikel tulisan ulama tersohor bahawa nyawa orang yang sentiasa bersugi mudah keluar ketika di datangi sakaratulmaut. 

12.Biasakan Berzikir, Selawat Sentiasalah melazimi lidah untuk berzikir seperti selawat @ kalimah-kalimah taubat @ kalimahkalimah tauhid asbab kita bersugi dikatakan mulut kita ringan untuk tujuan itu. 

13. Amalkan Makan Kurma Lazimi berpagi-pagi dengan kurma dan ambillah juga ia sebelum tidur kerana khasiat makanan sunnah ini sudah cukup sempurna bagi menjana hormon-hormon perangsang kesihatan, kecergasan tubuh & juga minda kita untuk menjurus kepada sentiasa berfikir yang positif setiap hari. Berusahalah menyantuni akan setiap perkara-perkara sunnah serta perkara-perkara ma’ruf setiap masa kerana itu semua akan mengundang redha Allah kepada kita.Asbab bertambahnya redha Allah pada kita maka janji Allah;

 “WAHAI JIWA-JIWA YANG SENTIASA TENANG,KEMBALILAH KEPADA TUHAN MU DALAM KEADAAN ENGKAU REDHA DAN AKU REDHA.BERKUMPULLAH KALIAN DALAM KALANGAN ORANG-ORANG YANG BERBAHAGIAN DAN MASUKLAH KALIAN KE DALAM SYURGA” 

Ini adalah ayat sakaratul maut.Kalaulah seluruh manusia mengetahui akan ini lah tujuan utama kenapa kita hidup di dunia ini (hanya nak dapatkan redha Allah) ketika mana saat kematian menjemput kita.. nescaya sepanjang masa seluruh manusia akan sentiasa khusyuk lagi tawadhu dalam berusaha untuk mengejarnya. Amalan SUPER Ini Mampu Ubah Kehidupan, Beri Kekuatan Diri! .Sama-sama kita berusaha memperbaiki diri, meningkatkan amalan dan ibadah agar dapat mengundang ‘Redha’ Allah hendaknya. Amin.

Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam