Salam Perkenalan Salam Usahawan

Salam usahawan dan teramat terima kasih kerana anda sudi meluangkan masa untuk menatap rakaman bicara perasaan dan perjalanan kehidupan ini dalam meniti jatah usia yang masih ada untuk mencapai kejayaan bersama-sama Smart Success Team dan Smart Naco Sdn.Bhd.

Buat anda yang pertama kali berkunjung ke blog ini,Salam Perkenalan saya hulurkan dan menjadi harapan saya agar sesuatu yang bermanfaat akan anda temui di sini.Menjadi tujuan utama juga saya membina blog ini untuk mencari kenalan seramai mungkin untuk sama-sama teman berteman mengharungi kehidupan ini.Untuk sama-sama berbincang,bermesyuarah dan tegur menegur.Sebagai manusia biasa yang kerdil di maya pada ini,saya juga tidak dapat lari dari melakukan kesilapan dan kealpaan,so tegurlah,bimbinglah saya agar saya berupaya berdiri sebagai seorang ummah yang terbaik untuk ugama dan bangsa,Insha Allah! Agar saya mampu sentiasa berada on the right track samada dibidang kehidupan seharian,apa tah lagi dalam dunia usahawan yang masih amat baru bagi saya ini.Anda boleh call,sms,email @ chatt jika ingin menghubungi saya.Saya menanti dan sedia menerima teguran dan pandangan anda dengan minda terbuka demi untuk kebaikan bersama.


Saya perkenalkan diri supaya lebih akrab rasa persaudaraan dan persahabatan antara kita.Nama ku Zulkipeli bin Salleh dan anda boleh memanggil saya Zul Salleh atau Zul Pendang.Di kalangan rakan-rakan usahawan Smart Naco dan Smart Success Team aku lebih dikenali dengan Zul Pendang.Di kalangan rakan-rakan pejabat plak di panggil Zul Salleh.


Saya adalah salah seorang anggota jabatan kerajaan yang dijangka akan pencen pada tahun 2019 nanti (itu pun kalau umur panjang!) Itu cerita kat ofis.Periuk nasi utama tu so kena diutamakanlah.Di luar ofis iaitu kat rumah plak saya adalah bapa kepada 2 orang putera,3 orang puteri dan suami kepada seorang isteri.Syukur kepada Allah SWT kerana saya dikurniakan isteri dan anak-anak yang sihat walafiat.Anak-anak membesar dengan begitu baik,sempurna dan telah menampakkan kejayaan di dalam pelajaran masing-masing. Alhamdulillah!


Syukur teramat sangat-sangat juga kerana diusia menjangkau 48 tahun ini saya masih `clean' dari sebarang masalah kesihatan.Pemeriksaan kesihatan yang dibuat baru-baru ni : saya tidak ada apa-apa masalah dengan jantung,paras gula dan juga kolesterol. Semuanya tip top - mungkin ini kesan baik yang dihasilkan oleh amalan saya yang setiap hari meminum 1 sachet Susu IgG-Plus?


Cuma yang menjadi cabaran sekarang ini ialah berat badan saya yang telah pun menjangkau 102 kg.Dengan ketinggian yang hanya 171 sm saya telah meraih BMI: 36 (Obesiti Tahap 2).Suatu cabaran buat seorang anggota Jabatan Kesihatan seperti saya : memiliki berat badan yang ideal iaitu disekitar 70 kg sahaja.Boleh capai ker tu ???. - saya mencabar diri saya sendiri untuk menghampiri tahap ideal itu - selain dari kawalan diet dan aktiviti fizikal,saya akan amalkan meminum 1 sachet Green Factor sebelum tidur dan 1 sachet Susu IgG-Plus diawal pagi setiap hari.

Dah ada kerja tetap kenapa nak bisnes juga ???

Satu persoalan yang menarik untuk diberi penjelasan.Prinsip utama yang wajar menjadi disiplin diri ialah : ketetapan agihan masa agar tidak bercampur baur antara aktiviti utama dan aktiviti sampingan.Tugasan jabatan dilaksanakan penuh komitmen di waktu pejabat kerana itu adalah keutamaan dan aktiviti bisnes iaitu sampingan dilakukan di luar waktu pejabat.

Niat saya hanya satu iaitu ingin menyahut dan melaksanakan salah satu daripada Sunnah Nabi SAW iaitu `berniaga'.Pada mulanya saya menyangkakan hanya berseorangan berperasaan begitu tetapi apabila membaca artikel mengenai seorang bekas Imam Besar Masjid Negara yang kini bergelar ahli perniagaan hanya kerana nak menyahut Sunnah Nabi SAW - lantas saya merasakan bahawa niat saya itu adalah betul dan saya berada di track yang betul dan benar.Saya tak perlu lagi revise niat di hati ini - yang wajar ialah meneruskannya.Niat utk bergelar `Usahawan Muslim yang berjaya'

Pastinya banyak yang perlu dibuat dan dilaksanakan.Pastinya menuntut banyak agihan masa.Namun saya yakin mampu melakukannya dan saya bertekad akan melaksanakannya dengan penuh istiqamah dan beretika.Bidang Multi Level Marketing inilah satu-satunya medan yang paling ideal untuk bergiat sebagai usahawan kerana ianya tak memerlukan banyak persediaan dari segi modal dan juga prasarana.Yang penting komitment dan persistence.Yang paling paling paling penting ialah `home based bussiness'

Makanya tekad dan iltizam saya - saya akan berjuang di medan bisnes ini sepenuhnya demi Sunnah Rasulullah SAW.SAYA AKAN BERJAYA.SAYA MESTI BERJAYA.SAYA PASTI BERJAYA.SAYA AKAN KE PUNCAK KEJAYAAN,INSHA ALLAH.

Pastinya Smart Naco Sdn.Bhd. dan SST (Smart Succes Team) akan membantu saya merealisasikannya.Jika anda juga ingin bersama di dalam Smart Naco dan Smart Success Team ....
sila klik di sini

hmmm kalau everything ok .... kalau terlaksana teratur mengikut landasan perancangan dan matlamat .... saya ingin bersara lebih awal dari usia 58 bersara wajib tu.

Wassalam

Zulkipeli Salleh h/p: 0148541926
email saya
Pendang,Kedah.


Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam