Hari Assyura 1430

Catatan Muhasabah Diri
Merenung jauh ke hadapan,melihat keadaan diri pada ketika ini dan juga mengenang semalam yang telah ditinggalkan,kiranya kepuasan masih jauh untuk digapai tangan.Meski pun masih di awal tahun,hanya beberapa hari saja yang dah berlalu namun jika asas permulaan perjalanan kurang memberansangkan bagaimanakah kelancaran perjalanan seterusnya akan dilakukan.Jika permukaan jalan masih berbatu kerikil,bagaimanakah sebuah kenderaan mahu memecut ketika membuat perjalanan menerpa ke puncak kejayaan yang diidamkan.

Seminggu dah berlalu dan seminggu itu terlalu memalukan kalau mahu dianggap `berjaya'.Terlalu jauh merosot kualiti kehidupan seharian jika dibandingkan dengan proposal yang diidamkan.Penggunaan masa secara berkualiti masih boleh dipertikaikan.Sedangkan tempoh masa semakin pendek dan semakin mendikit.Hanya ada 294 hari saja lagi.Mampukah pengurusan rohani,jasmani dan impian dapat dikotakan ketika itu jika kini pengurusan masa masih tunggang langgang.

Check it out! SDA ???

Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam