Syukur Nikmat Mu,Ya Allah!

Hampir jam 1230 petang ketika sedang menyemak fail-fail kes yang akan dirujuk ke UIP Negeri henpon ku berdering."A'kum ini bapa Ummi Farah Aqilah ke? Harap dapat datang ke sekolah hari ni juga ambik surat tawaran masuk ke sekolah menengah ugama.Hari Ahad dah kena daftar masuk"

Sukar nak aku gambarkan perasaan ku ketika itu. "Ya Allah Ya Tuhan ku,Kau mendengar rayuan ku.Kau mendengar permintaan ku.Kau makbulkan doa ku,Ya Allah! Sememangnya aku amat amat berharap Farah akan dapat melanjutkan pelajarannya di Tingkatan 1 di mana-mana sekolah menengah agama dan Farah pun nampaknya memang berminat ke arah itu.Syukurlah kerana hasrat dan impian ku terlaksana.Syukur sangat-sangat.


"Maka nikmat Tuhan yang manakah yang kamu dustakan"

(Surah Al-Rahman,ayat 36)


Inilah nikmat yang ku terima dari Nya atas limpah Rahman dan Rahim Nya,Alhamdulillah!


Meski pun masa untuk menyediakan keperluan sekolah dan asrama akan singkat namun itu bukan perkara yang memberatkan fikiran lagi.Dua hari untuk menyediakan baju kurung ala sekolah menengah agama dengan tudung labuh melepasi siku,kasut hitam dsbnya adalah suatu yang `bisa diatur' bila hati dah suka.


Cuma perancangan awal ku nak ke Rumah Yakin Al Wadi pada hari Sabtu ni terpaksa ditangguhkan dulu.(Ada beberapa maklumat yang aku ingin penjelasan dari Ustaz Daud sebagai bahan untuk di updatekan ke website : http://rumahyakin.bravehost.com/

Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam